For what i'm thinking of... what i'm doing... and what's inspire me... and this is how i see the world!
Showing posts with label My Story. Show all posts
Showing posts with label My Story. Show all posts

Monday, August 3, 2015

Ehhh!!! Serabut lah!!!....

Aku kata ko serabut..... Ko pandang aku pun serabut... Kang Tony Ja makan dia!!


Berserabut.... Otak, Meja, Rumah. Kocek je rasa terurus sikit sebab cuma ada 2 keping seringgit... Yang lain semua aku rasa serabut. Tambah lagi apa yang dah jadi minggu lepas... Huhuhu... Tapi relaks la, aku masih boleh senyum lagi.... masih boleh solat... masih boleh bernafas....

Sikit sebanyak aku percaya pada ayat cliche orang-orang FB sekarang - "Allah tidak akan turunkan ujian tersebut melainkan sesuai dengan kemampuan hambanya." Aku percaya aku boleh harung semua kehidupan harian serabut ini dengan apa yang ada di dada- ilmu, iman, pengalaman dan nasihat.... Tapi tak la easy like nuts macam hari-hari biasa lagi (sape baca ni jgn senyum...)

Apa salahnya nampak serabut? Klu belagak cool pun, bila kena sergah melatah mencarut-carut, tak guna jugak.... Biar lah serabut tapi hati tetap cool. Arrghhh...... Persetankan itu semua..!!


Otak kosong....




Tuesday, January 13, 2015

..jikalau......




" jikalau hari-hari mu semakin membosankan....
.... bercintalah ... "

sepintas lalu di wall FB siapa ntah


Logik....!

Kuatnya kuasa cinta sehingga boleh merubah suasana tanpa mengira ruang dan masa....tanpa perlu kisah berapa lama kebosanan yang dah melanda..... tanpa perlu kisah berapa banyak perkara membosankan yang dah berlaku..... Dan bila kuasa cinta tu datang, semua kebosanan hilang begitu saja..

Tapi, aku juga rasa 'bosan' tak hilang.... di cuma terpinggir sementara. Kesian aku pada bosan- sudah la membosankan dan menunggu masa untuk dipinggirkan. Tapi nanti bila cinta itu dah mula pudar, kebosanan akan kembali menjenguk....

Jadi, bercintalah untuk pinggirkan kebosanan hidup..... bercinta pada siapa, itu terpulanglah.... bercinta dengan hobi?, bercinta dengan kerja?, bercinta dengan duit?... Aku ingat pada 1 script Kuch Kuch Hota Hai bila masa Rahul menjawab soalan 'what is love' Miss Briganza semasa di kelas:

"Pyar dosti hai , agar woh meri sab se achchi dost nahin ban sakti to main us se pyaar kar hi nahi sakta".... Eceeeh!.. (translation cari sendiri..)

....sesungguhnya bercinta dengan Sang Pencipta adalah yang paling berbaloi.




"....People may not have the professional capacity to comment on production of architecture, but they are in the right place to comment on reception of architecture......"

taken from my ex-colleague's FB Wall
Xeem Nor
"....People may not have the professional capacity to comment on production of architecture, but they are in the right place to comment on reception of architecture......"

taken from my ex-colleague's FB Wall
Xeem Nor
"....People may not have the professional capacity to comment on production of architecture, but they are in the right place to comment on reception of architecture......"

taken from my ex-colleague's FB Wall
Xeem Nor
"....People may not have the professional capacity to comment on production of architecture, but they are in the right place to comment on reception of architecture......"

taken from my ex-colleague's FB Wall
Xeem Nor
"....People may not have the professional capacity to comment on production of architecture, but they are in the right place to comment on reception of architecture......"

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
"....People may not have the professional capacity to comment on production of architecture, but they are in the right place to comment on reception of architecture......"

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Friday, August 8, 2014

Belated wishing.... Sorry.




"Kerajaan tidak pandai berniaga. Kerajaan memerintah sahaja."

Tun Daim Zainuddin, Berita Harian 13 Jun 2014





Dibawah adalah salah satu petikan penuh interview berkaitan:

Soalan: 
Pada pandangan Tun, sejauh mana agenda pemerkasaan ekonomi bumiputra dapat membantu melayu menguasai kek ekonomi yang lebih besar?

Tun Daim:
Saya sudah tidak tahu macam mana lagi nak buat orang melayu jadi kaya. Macam yang kita buat menerusi (agenda) pemerkasaan ekonomi (bumiputera). Bagi saya sepatutnya ambil usahawan Melayu daripada sektor swasta yang  berjaya, suruh mereka bagi idea macam mana nak lahirkan lebih ramai usahawan Melayu yang berjaya. 

Panggil mereka bagi ceramah praktikal dan bentangkan kajian bagaimana seseorang usahawan seperti Tan Sri Halim Saad umpamanya, naik dan jatuh, malah ketika saya di (universiti) Havard, Mereka turut buat kajian kes mengenai DEB (Dasar Ekonomi Baru).

Akan tetapi (kita lihat) kerajaan ambil peranan sendiri, buat mesyuarat sesama sendiri (pelbagai agensi kerajaan) sebulan sekali minta laporan. Sekarang sudah terlalu banyak agensi mengenai usaha memperkasakan usahawan melayu. Kerajaan tidak pandai berniaga. Kerajaan memerintah sahaja. Sebab apa bagi duit untuk buat itu ini. Apa yang kerajaan tahu mengenai perniagaan?.

~ ~ ~ ~ ~

.... Logik teguran Tun itu dan aku sudah lama saksikan dengan mata kepala aku sendiri. Satu demi satu program/projek cuba diperkenalkan tanpa ada struktur yang kuat. Lebih-lebih lagi hanya melibatkan hanya ilmu 'orang-orang dalam'.

Sebagai orang yang dulunya hanya melaksanakan arahan (need-to-know-basis?), mempertikaikan arahan punyai risiko yang amat tinggi. Walaupun aku bukan jenis rebellious dalam mengikut arahan, tapi tahap rebellious aku agak tinggi dalam mempertikaikan agenda & program yang dirancang. Mungkinkah itu antara penyebab aku cuba di 'cawangan' kan?. Wallahualam.

Jadi, bulan ini aku bukan lagi seorang penjawat awam. Anggaplah ini ucapan terlewat (belated wish) aku untuk bekas rakan-rakan sepejuangan: 
"Semoga apa yang korang usahakan dengan lebihan masa kerja dan keringat, akan membuahkan setitik hasil. Teruskanlah usaha kalian. Terus gigih. Kalau pun akhirnya gagal (atau digagalkan).... anda sudah pun belajar serba sedikit ilmu perniagaan..... "
"Berniaga tanpa risiko, tak ada apa yang rugi. Cuma duit je dibazirkan....."




Friday, June 6, 2014

T-Minus 48 Days.....

 
 
Ok....
 
 
Terbukti khabar angin boleh jadi khabar benar untuk aku.... Bila disampaikan sendiri oleh R.S.K.P.P. (Rakan Sekerja Kau Paling Percaya)- Laili, tak ada apa lagi yang nak di nafikan lagi....
 
Aku akan dipindahkan ke Cawangan untuk mencuba bidang baru- Produk Kraf dan kemungkinan besar unit yang aku ada akan ditutup.
 
 
................
 
........
 
....
 
..
 
 
Otak masih cuba cari di mana positifnya.... apa positifnya. Tapi itu cuma nak sedapkan hati yang dah membuak-buak kepanasan bila masa banyak yang negative berlegar dalam kepala. Persoalan-persoalan yang berbaur Conspiracy Theory pun dah masuk meracun minda..... Whatdahek!!. Apa perlu aku lepaskan Unit ID aku sendiri untuk beralih angin pada kerja-kerja yang aku sendiri selalu kondem?... Ini peluang untuk aku buktikan sesuatu pulak ke? Buktikan yang aku boleh jadi bidan terjun menjadi Product Designer (dan berjaya dengan jayanya di cawangan sana??!!) dan lupakan terus bidang Interior Design??... Positive please..!!. Atras be positive!. Silver lining cloud kot.... Naaahh.
 
Dalam situasi yang aku tidak diberi pilihan, aku sendiri yang kene 'create' pilihan nampaknya. Belum ada lagi sekelumit dihati untuk aku tinggalkan my-ID, tinggalkan my-KL, tinggalkan my-family, tinggalkan segala kehidupan sedia ada, tinggalkan si Laili di Kraf dan tinggalkan sekali lagi impian yang aku nak kejar semata-mata 'demi kepentingan organisasi' katanya---- dan aku yang sudah biasa melihat dengan alas an kepentingan organisasi yang lambat laun tak beri apa-apa impak melainkan pada mereka yang terkesan.
 
Yup... Nampaknya aku sendiri kene create pilihan untuk terus survive. If you can't beat the system, just leave it, let the system takes its toll. I will create my own silver lining cloud.
 
 
Hurmmmm.....
 

 
...Countdown sequence initiated... T-Minus 48 Days.....
 
 
 
 

Monday, March 3, 2014

Yang ini ada dapat dari sendiri.....

Akhirnya, hari ini aku juga business card ini dari tangan Prof sendiri.....


Banyak lagi benda yang aku dapat dari Prof TJ arini.... selain perkongsian ilmu dia semasa Bicara Kreatif sempena Hari Kraf Kebangsaan 2014 pagi tadi.... Nanti ada masa free, aku cerita lagi....

~ ~ ~ ~ ~


~ ~ ~ ~ ~





Thursday, July 26, 2012

Isu Logo Kemerdekaan ke-55 - Reaksi Rakyat Prihatin

Hehehehe... mampus.... kali ini betul-betul mampus.....
Nak salahkan pada siapa lagi?... Designer yang mereka logo?.. Pegawai yang meluluskannya?... Mesyuarat Induk yang telah meluluskannya?... Pegawai yang mem'publish'kan Logo ini siap dengan keterangan lengkap di internet?... Ntah mereka sedar atau tidak apa yang dah jadi.... Apa pun mereka patut mula sedar 'ripple effect' dari tindakan mereka.... bermula dari menjadi bahan lawak sehingga menjadi bahan mainan politik....

Pada komuniti yang peka, yang berharap ada ruang perubahan dalam mindset rakyat malaysia terutama mereka graduan lepasan grafik yang tidurnya tungang-langgang di studio, berbelanja duit kocek untuk membeli majalah dan buku-buku grafik yang tentunya mahal belaka, berdepan dengan lecturer-lecturer bengis yang sedia mengoyakkan kerja-kerja 'Hampas' yang disiapkan berminggu-minggu, dan sehinggalah mereka bekerja dan masih  lagi mengamalkan kehidupan tunggang-langgang yang sama- pasti mereka rasa terhina dengan kemunculan Logo seperti ini lebih-lebih lagi untuk acara yang boleh membangkitkan rasa patriotisme mereka. Termasuklah aku (tapi aku bidang lain.... basicnya masih sama)

 dulu ini antara grafik yg menjolok mata hati aku..... ingatkan dah terkubur dah...

Logo yang sepatutnya hanya level utk idea development, (bagi aku lah...) digunakan sebagai Logo Rasmi acara- Siapa tak marah.....


Munculnya Facebook Fanpage KAMI BANTAH LOGO KEMERDEKAAN MALAYSIA ke 55, antara bukti yang logo kemerdekaan ini mendapat perhatian dari orang ramai... Perhatian yang banyak menjurus pada negatif. Maaflah, aku juga turut serta untuk "like" Fanpage tersebut sebagai orang ke 450++ (kalau tak silap....), tapi hari ini dah bertambah menjadi 3,350++. Sudah ada yang mula mempolitikan isu logo ini disana.... Memalukan. Maybe niat asal moderator cuma untuk mendapatkan pandangan rakan-rakan grafik designer yang lain, tapi bila dah melarat pada mereka yang benci gomen dan kerajaan- apa boleh buat. BlogSerius pun dah jadikan Logo ini sebagai header... jadi renung-renungkan.

Pada rakan-rakan pereka dalam kerajaan (terutama geng-geng acara yang 24jam sepanjang tahun bertungkus-lumus untuk keraian negara seluruh Malaysia- aku masih salute sama korang), harap jangan ambil mudah semua hal.... sindrom takpe-takpe yang kita selalu amalkan tu, cukuplah sekadar untuk edaran dalaman.... bila dah 'ter'keluar, buruk padahnya... Dulu masa belajar di Universiti, lecturer selalu kata, "Design ko mcm standart gomen.... nak Play Safe aje"

Bila dah masuk gomen, cubalah ubah persepsi orang awam terhadap gomen.... Memang tak mampu dengan mindset mereka yang dah tepu. Tapi pada yang dah tersedar awal, berusahalah...

"Kerna Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga....."
 dah la rosak sebelanga... masih dihidang pada org kampung, Orang kampung mengamuk, Balai Raya dibakar, bomba buat tak tahu.....

Wassalam



Note: Komen aku menjurus pada isu Logo Kemerdekaan ke-55 sahaja, tak melibatkan takbir-urus mana-mana bahagian dalam kerajaan. Ini cuma komen prihatin tentang hasil kerja dari kerajaan untuk rakyatnya. Peace!!

Monday, June 11, 2012

10 kaki kali 10 kaki...


Sebulan dua ni, assignment aku banyak melibatkan satu sifir yang bunyinya agak mudah '10 kaki x 10 kaki' atau pun kadang2 '3 meter x 3 meter'... 

Merancang satu petak segi empat tepat yang sebenarnya lagi sukar dari merancang susunatur 20 tingkat bangunan pejabat.... 

Di tambah lagi dengan projek brief yang kadang kala tak membantu dalam mendapatkan output design yang terbaik.... jadi kebanyakan assignment aku yang mudah ni menjadi tergendala, terbantut dan tergantung tanpa ada solution. 

Meronda-ronda aku ke KLCC, Pavilion dan kadang2 berjam-jam aku memerhatikan buku2 browsing copy di Kinokuniya, Times dan Borders..... kadang2 mood aku sendiri tak mahu absorb apa yang aku sendiri cari...

Sejauh mana aku cari idea, seluas mana Mall aku round.... semuanya cuma nak dimuatkan dalam...

'10 kaki x 10 kaki'... 




Friday, October 7, 2011

Tribute to Steve Job

" There goes my inspirational keynote presenter....  R.I.P Steve Jobs. :( :( "

My 1st reaction on FB after reading Yahoo News on the death of Steve Jobs....


Bila aku buka Apple.com, terus ada tribute page - gambar Steve Jobs dan tahun kelahiran & matinya dan condolence message dari Apple - 2 pages in remembering Steve Jobs



Walaupun kenal hanya dari artikel-artikel yang aku baca, Steve Jobs adalah antara orang yang sentiasa mengkagumkan aku... Jalan hidupnya yang keluar masuk Apple Inc pun dah menunjukkan dedikasinya pada minatnya sehingaa nafasnya yang terakhir... Bagi aku, Steve Job adalah salah seorang insan yang ditakdirkan dapat merubah cara hidup manusia dengan idea dan kegeniusan yang telah tuhan berikan padanya... (Kalau lah tuhan diberikan aku peluang yang sama...)

Pixar, Lucasfilm,Walt Disney dan tentunya Apple, merupakan syarikat-syarikat yang sentiasa melakukan 'Wonders!' dan semuanya punya sentuhan dari Steve Jobs. Apa saja sentuhannya, pasti 'turn into gold'.

Suatu masa dulu, bila aku punyai masalah dalam presentation idea aku pada khalayak ramai.... Steve Jobs juga menjadi sumber inspirasi aku dalam mencari tips untuk menjual idea dalam presentation ku... Apple Keynote pasti menjadi benda yang aku tunggu-tunggu untuk melihat bagaimana Steve Job ini memukau audience dengan fakta-fakta, ayat bombastik, dan hanya berbekalkan simple presentation yang sama setiap kali dia bercerita... itu aku kagum...

Harini, hilanglah salah seorang sumber inspirasi aku....

Rest in Peace 
Steven Paul "Steve" Jobs (February 24, 1955 – October 5, 2011)
 
 

Photos are owned by respective owner(s)

Friday, July 22, 2011

MindScape Exhibition @ TJ Fine Art, Plaza Damas...

Aku tahu yang aku mesti tidak dapat luangkan masa utk hadir sendiri semasa MindSpace opening ceremony pada 17hb lepas.... (aku kene buat set-up untuk majlis perasmian Pusat Budaya Mah Meri di Pulau Carey). Hujung minggu lepas aku bekerja untuk persiapan perasmian di Pulau Carey pada 18hb nya.. Lepas je perasmian, terus menunggu kerja lain- pameran produk logam utk Promosi Kraf Aidilfitri di Kompleks Kraf Kuala Lumpur..
Pura-pura bekerja...
Tapi, thanks to Suhana Nana sebab kongsi dan tag pada aku gambar opening ceremony di TJ Fine Art, Plaza Damas tempohari... Dapat juga aku jengok koleksi painting2 Prof yang terbaru...(walaupun tak puas kot..). So, rasa mahu aku kongsikan di sini beberapa gambar opening ceremony tu dari koleksi Facebook Nana.. (few description directly taken)

OOo Cengini rupernya entrance galeri Prof......

Itu dia 'the legendary' Prof 'TJ' Tajuddin Ismail'...
isteri Puan Khalijah (women with scaft) pun ada...
Noted ade several 'cute' sketches prof  pada dinding tangga...
(mcm sketches dia yang aku kenal masa diploma dulu...)
Inilah Suhana Nana yang invite aku....
last2 dia tag aku kat gambar2 dia..

hhuuurrmmm.... (sambil tangan menggaru janggut..)

Ok.. koleksi painting Prof yg ini aku cukup admire...

Prof Awang Damit, Najwa dan Nana Suhana....

lite snack (maybe) + live band = Nicey

Tq, Nana.... harap ko tak kisah aku upload picca ko nih... heheheh. Nak dtg tak sempat lah katakan... FYI kat umah aku ade 2 painting Prof yang dia buat kat kelas diploma dulu.... hehe, dah jadi private collection aku... PEACE!!

Monday, March 21, 2011

Simple Stage Design Task

Petang khamis lepas aku dapat satu call dari potential client utk develop satu design performance stage utk satu dinner di Kuala Lumpur Convention Center, Jun depan. Esok harinya, aku pun berjumpa dengan client untuk mendapatkan brief project untuk memudahkan aku develop concept stage itu. 


Tag line malam itu "Diversity in Culture & Unity in Partnership".... dan keyword Diversity, Culture, Unity, semua perlu ada dlm design stage itu nanti yang akan digunakan sebagai pentas persembahan & ucapan... Budget yang diberi tidaklah semewah yang selalu aku buat di Kraftangan. Cukup2 untuk aku gunakan sidikit construction prop dan guna printing backdrop di atas stage bersaiz 9 meter x 6 meter ini. Masa yang aku ada, cuma 2 hari utk develop design dan pagi-pagi Isnin aku perlu email kepada mereka..... Bagi aku, weekend bukanlah masa yang selalunya idea turun mencurah2, melainkan gangguan yang tak henti-henti dari mendapatkan idea2 yang bernas....


Today; Monday 21 March 2011
Hari ni aku berjaya menghasilkan design stage dlm masa yang diberi.... Tapi aku tak sempat utk buat self-assessment pada design kali ini. Sedikit concept description aku sertakan dalam email kepada client aku.....

"Concept of Diversity in Culture is reflected in the combination of multiple traditional percussion instrument (partly as rostrum platform) & also with the traditional songket & batik motif at the backdrop. Whilst for Unity in Partnership can be seen in hand-held-globe graphic and the repetition pattern of songket & batik motif may also symbolize 'Unity'. A stretch tensile from the stage floor upward symbolize the dynamic-ism of the theme and will be the focal backdrop for speech and also for stage lighting play"

Alhamdulillah..... satu lagi amanah berjaya aku laksanakan....

Friday, February 11, 2011

Designer Pelacur


"...We do design with passion & honor, that's what we learn from day one... I've once heard of -Designer Pelacur... hope i'm not one of it...."

Yes, i say this!

Opsss.. title posting kali ni memang panas... Sebenarnya aku mmg pernah dgr, cuma aku tak ingat dari mana (mungkin masa diploma dgn En Mazlan Onn dulu kot).... terngiang2 di telinga.

Designer Pelacur.

Direct translation mungkin membawa maksud seorang designer yang melacurkan dirinya utk mendapatkan apa yang diinginkan... Tapi sehari dua ni aku dapat rasakan apa maksud sebaliknya... Mungkin inilah yang dirasakan oleh orang yang keluarkan ayat ini dari mulutnya-sampaikan hari ni aku masih ingat.....

Apa yang aku rasakan..... Dalam keadaan design kita dianggap suatu yang boleh dihasilkan dalam masa yang cukup singkat.... masih boleh dihasilkan tanpa apa2 maklumat lengkap diberi.... masih boleh terhasil tanpa ada masa utk buat rujukan.... tapi tiba2 boleh ditolak ke tepi hanya kerna tidak lagi memenuhi keperluan...

'Mereka' tahu yang apa pun, hasil kerja si designer saja yang boleh melengkapkan apa yang mereka bayangkan. Tapi kadang kala bila 'mereka' hilang timbang rasa, si designer yang menerima tekanannya... Apa yang 'mereka' tahu- Siap, Cantik, On time mengikut masa mereka. Di sini yg aku rasakan si designer tak ubah seperti pelacur murahan yang perlu perform sebaik mungkin, dalam keadaan paksa rela, sedangkan hasilnya belum tentu memuaskan hati (nafsu) 'mereka'.... Pasti situasi lebih memihak pada 'mereka'.

'Pelacuran sang pereka' seperti ini akan berterusan selagi 'mereka' tidak memikirkan impak ke atas org lain apabila mereka mengambil sesuatu tindakan... Mungkin tidak terjadi pada semua... Mereka yang punyai 'maruah' dan 'harga diri' pasti seboleh cuba utk mengelak terjerumus dlm situasi ini...

Mungkinkah ini yang dirasakan oleh org yang pertama kali menyebut Designer Pelacur depan aku??.... kini aku paham...




Tuesday, January 11, 2011

HKK2011: Our Task

Ini adalah kali ke-3 aku terlibat dalam acara tahunan terbesar Kraftangan Malaysia. Dan seperti tahun-tahun lepas, aku akan terlibat dlm preparation exhibiton & decoration Hari Kraf Kebangsaan tahun ini... tapi unit aku akan dikurangkan manpower bila field agent aku yg hebat- Zulizwan akan ditarik ke Unit Hiasan.

Still, Unit ID perlu sediakan cadangan utk ruang Pameran Produk Baru- Khusus utk designer dalaman Kraftangan di Laluan Seri Anjung, dan Ruang Pameran Produk di International Buyers Meet (IBM) tingkat 2, bangunan yang sama.

Buat masa ini, kerja2 decoration sekitar Kompleks Kraf masih lagi kabur- samada last minute akan jadi tugas Unit ID atau pun Unit Hiasan yg baru. Tunggu dan lihat....

Pageheader Blog Bahagian Rekaan Kraftangan dengan warna-warna RETRO

Boleh dikatakan produk-produk yang akan dipamerkan pada HKK 2011 kali ini berkonsepkan warna-warna Retro - so RETRO will be the main theme for the exhibition design, plus it must have a combination of our traditional motif or icon. Warna dan motif selalunya tidakkan lari dari apa yang dicadangankan pada Unit Grafik yang terlibat dari awal dlm menyediakan bahan-bahan kempen HKK....

Cadangan awal Invitation Card dgn warna RETRO & motif-motif tradisional

Unit aku perlu fikirkan apakah overall konsep pameran utk kedua-dua ruang pameran... and usually, 2 types of display will be use again... and again, iaitu products on display pedestal/box dan mix products display. Berkemungkinan, unit aku akan cuba method lain dlm mengekspresi produk baru kraf untuk HKK2011 kali ini. Ruang pameran Laluan Seri Anjung & IBM adalah 2 ruang yang berasingan dan boleh memberi impak yang berbeza kepada pengunjung. Tetapi semua ini bergantung kepada masa dan team yang aku dpt assemble dalam beberapa minggu lagi ini....

Laluan Seri Anjung semasa ubahsuai

Pameran Produk Kraf Terkini di Laluan Seri Anjung HKK2010


Props ruang cenderamata eksklusif sebelum dipenuhi produk

Pameran Cenderamata Eksklusif di Laman Wau HKK2010

"So...Keep ours fingers cross"

Tuesday, September 7, 2010

"Lain kali salin...."

" ...Harap kamu semua buat note apa yang saya cakap harini... teori2 ni kadang2 datang dgn tiba2... saya takut lain kali kamu takkan dpt dengar idea2 dan teori2 yang sama mcm hari ni ...."
bilang Prof Madya Doc. Mohamed Awang (DocMat) semasa lecture nya dulu...


...sebenarnya itulah yang terjadi sekarang pabila banyak idea & isu2 aku nak highlight dan persoalkan dalam blog ni, tapi bila dah ada depan moniter PC- semuanya hilang kaput mcm tu saja..... huhu, satu benda tak ingat.....

inilah contoh org kita yang lemah dalam mendokumentasi... sekian.




Friday, July 30, 2010

Keciknya DUNIA

Sedang aku setting-up produk di Matrade... tiba2 officer disana menegur aku..

"Encik ni memang dulu belajar ID ke?"

"A'ah, saya memang pure ID...."

"Belajar kat mana dulu??"

"...UiTM Shah Alam"

"OOoo... kalau belajar sana, mesti kenal Mazlan Onn kan?"

"A'ah... kenal sgt.. Dia lecturer plus pernah jadi boss saya dulu..."

"Oh yeke?... you pernah keje dgn dia dulu?"

"A'ah.. lepas study terus saya kerja dgn dia..."
"Mcmana cik boleh kenal dia?"

"Dia tu abang ipar saya...."

Lah..... keciknya DUNIA (nothing much..)

En Mazlan Onn atau lebih senang dgn panggilan En Lan, adalah antara salah seorang lecturer diploma & degree yg telah meng'mold'kan aku seperti apa yang aku jadi sekarang. (selain Prof TJ, En Burn, En Azlaini dll).... Kata2nya cukup meng'inspire' otak aku setiap kali dia mahu mulakan lecture nya... kalau org kata yang ayat2 aku pedas & tak berlapik.... mereka belum dengar lagi apa yang keluar dari mulut En Lan... itu yang buat aku kagum dgn dia sampai sekarang.....terima kasih En Lan. You are the best~ period.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...