Ini adalah kali ke-3 aku terlibat dalam acara tahunan terbesar Kraftangan Malaysia. Dan seperti tahun-tahun lepas, aku akan terlibat dlm preparation exhibiton & decoration Hari Kraf Kebangsaan tahun ini... tapi unit aku akan dikurangkan manpower bila field agent aku yg hebat- Zulizwan akan ditarik ke Unit Hiasan.
Still, Unit ID perlu sediakan cadangan utk ruang Pameran Produk Baru- Khusus utk designer dalaman Kraftangan di Laluan Seri Anjung, dan Ruang Pameran Produk di International Buyers Meet (IBM) tingkat 2, bangunan yang sama.
Buat masa ini, kerja2 decoration sekitar Kompleks Kraf masih lagi kabur- samada last minute akan jadi tugas Unit ID atau pun Unit Hiasan yg baru. Tunggu dan lihat....
Pageheader Blog Bahagian Rekaan Kraftangan dengan warna-warna RETRO
Boleh dikatakan produk-produk yang akan dipamerkan pada HKK 2011 kali ini berkonsepkan warna-warna Retro - so RETRO will be the main theme for the exhibition design, plus it must have a combination of our traditional motif or icon. Warna dan motif selalunya tidakkan lari dari apa yang dicadangankan pada Unit Grafik yang terlibat dari awal dlm menyediakan bahan-bahan kempen HKK....
Cadangan awal Invitation Card dgn warna RETRO & motif-motif tradisional
Unit aku perlu fikirkan apakah overall konsep pameran utk kedua-dua ruang pameran... and usually, 2 types of display will be use again... and again, iaitu products on display pedestal/box dan mix products display. Berkemungkinan, unit aku akan cuba method lain dlm mengekspresi produk baru kraf untuk HKK2011 kali ini. Ruang pameran Laluan Seri Anjung & IBM adalah 2 ruang yang berasingan dan boleh memberi impak yang berbeza kepada pengunjung. Tetapi semua ini bergantung kepada masa dan team yang aku dpt assemble dalam beberapa minggu lagi ini....
"So...Keep ours fingers cross"
No comments:
Post a Comment