Nak salahkan pada siapa lagi?... Designer yang mereka logo?.. Pegawai yang meluluskannya?... Mesyuarat Induk yang telah meluluskannya?... Pegawai yang mem'publish'kan Logo ini siap dengan keterangan lengkap di internet?... Ntah mereka sedar atau tidak apa yang dah jadi.... Apa pun mereka patut mula sedar 'ripple effect' dari tindakan mereka.... bermula dari menjadi bahan lawak sehingga menjadi bahan mainan politik....
Pada komuniti yang peka, yang berharap ada ruang perubahan dalam mindset rakyat malaysia terutama mereka graduan lepasan grafik yang tidurnya tungang-langgang di studio, berbelanja duit kocek untuk membeli majalah dan buku-buku grafik yang tentunya mahal belaka, berdepan dengan lecturer-lecturer bengis yang sedia mengoyakkan kerja-kerja 'Hampas' yang disiapkan berminggu-minggu, dan sehinggalah mereka bekerja dan masih lagi mengamalkan kehidupan tunggang-langgang yang sama- pasti mereka rasa terhina dengan kemunculan Logo seperti ini lebih-lebih lagi untuk acara yang boleh membangkitkan rasa patriotisme mereka. Termasuklah aku (tapi aku bidang lain.... basicnya masih sama)
dulu ini antara grafik yg menjolok mata hati aku..... ingatkan dah terkubur dah...
Logo yang sepatutnya hanya level utk idea development, (bagi aku lah...) digunakan sebagai Logo Rasmi acara- Siapa tak marah.....
Munculnya Facebook Fanpage KAMI BANTAH LOGO KEMERDEKAAN MALAYSIA ke 55, antara bukti yang logo kemerdekaan ini mendapat perhatian dari orang ramai... Perhatian yang banyak menjurus pada negatif. Maaflah, aku juga turut serta untuk "like" Fanpage tersebut sebagai orang ke 450++ (kalau tak silap....), tapi hari ini dah bertambah menjadi 3,350++. Sudah ada yang mula mempolitikan isu logo ini disana.... Memalukan. Maybe niat asal moderator cuma untuk mendapatkan pandangan rakan-rakan grafik designer yang lain, tapi bila dah melarat pada mereka yang benci gomen dan kerajaan- apa boleh buat. BlogSerius pun dah jadikan Logo ini sebagai header... jadi renung-renungkan.
Pada rakan-rakan pereka dalam kerajaan (terutama geng-geng acara yang 24jam sepanjang tahun bertungkus-lumus untuk keraian negara seluruh Malaysia- aku masih salute sama korang), harap jangan ambil mudah semua hal.... sindrom takpe-takpe yang kita selalu amalkan tu, cukuplah sekadar untuk edaran dalaman.... bila dah 'ter'keluar, buruk padahnya... Dulu masa belajar di Universiti, lecturer selalu kata, "Design ko mcm standart gomen.... nak Play Safe aje".
Bila dah masuk gomen, cubalah ubah persepsi orang awam terhadap gomen.... Memang tak mampu dengan mindset mereka yang dah tepu. Tapi pada yang dah tersedar awal, berusahalah...
"Kerna Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga....."
dah la rosak sebelanga... masih dihidang pada org kampung, Orang kampung mengamuk, Balai Raya dibakar, bomba buat tak tahu.....
Wassalam
Note: Komen aku menjurus pada isu Logo Kemerdekaan ke-55 sahaja, tak melibatkan takbir-urus mana-mana bahagian dalam kerajaan. Ini cuma komen prihatin tentang hasil kerja dari kerajaan untuk rakyatnya. Peace!!
No comments:
Post a Comment