For what i'm thinking of... what i'm doing... and what's inspire me... and this is how i see the world!
Showing posts with label Produk Display. Show all posts
Showing posts with label Produk Display. Show all posts

Wednesday, July 3, 2013

At last..... for me, its sumthing.


Event Promosi Kerja kahwin 2013 tamat semalam..... Harini aku mula sibuk dengan kerja-kerja pulling down exhibition area.... Selain aku, designer-designer lain pun sibuk jugak membungkus produk mereka....

Terang-terang aku mengaku, tak ada produk kraf yang buat aku mahu tengok dengan detail- sekali lalu itu selalu. Tapi kali ini ada juga dalam celahan-celahan produk 'lemau' ini, ada produk yang 'bernyawa'. Ini 3 antara yang aku nampak 'bernyawa'...

~ ~ ~ ~ ~ ~

Kotak tepak sirih ....... dengan penutup magnetic.... Tradisional content with modern approach...

Set cawan & piring dari Kayu Sena....... good as souvenir item...

Full scale Mangkuk tingkat dari Kayu Sena juga.... maybe good as souvenir item too...

So far, aku bagi credit a.k.a pujian pada designer yang buat 3 product di atas..... Inilah level produk kraf yang boleh jadi benchmark. Bukan je dari segi kualiti design, tapi karakter produk yang marketable.... So far, ada nampak usaha PREKA untuk UP kan standard produk kraf. Aku nak tengok berapa lama mereka dapat bertahan.....

Ini cuma pandangan peribadi.....

p/s: PREKA by Kraftangan Malaysia--> segmen produk kraf yang mementingkan kualiti untuk pasaran upmarket. Boleh di dapati di Outlet PREKA --> Main Outlet- House of PREKA di Kompleks Kraf Kuala Lumpur Jalan Conlay




Monday, July 23, 2012

GOOD GOODS JAPAN at Pavilion, Kuala Lumpur

Lunch time tadi, ku telah pergi ke Pavilion untuk recce site Decor 'Blooming Raya' bersama Pavilion. Hujung minggu depan aku akan berkampung 2 hari untuk set-up Festive Decor Kraftangan bersama Pavilion di Center Court Pavilion. Semasa aku datang recce, sedang ada pameran produk dari company-company Jepun - GOOD GOODS JAPAN.

Dari info yang aku dapat, GOOD GOODS JAPAN adalah pameran produk kegunaan harian dari syarikat-syarikat SME dari Jepun dalam memperkenalkan produk lifestyle terkini mereka. Berlangsung selama 5 hari dari 23hb(Selasa) - 27hb(Ahad) Julai di Center Court Pavilion, Kuala Lumpur.

Serentak juga dengan sambutan ulang tahun pertama "Tokyo Street" di Pavilion KL dari 23hb - 29hb Julai, banyaklah aktiviti-aktiviti berkaitan 'kejepunan' diseletkan, antaranya termasuklah penampilan khas MIYAVI 'Samurai Rocker', ENA MATSUMOTO, ORIGAMI Workshop, TOKYO FASHION FIESTA dan juga COSPLAY FASHION FIESTA

aktiviti busking di 'Tokyo Street' yang sempat aku 'snap' sempena TOKYO STREET 1ST ANNIVERSARY

menjengok ke Center Court pula....
Mereka datang dengan display minimalis nya... so Jepun.. Aku suka. Tak perlu rack shelving bertingkat semua, apa yang perlu cuma plain top display..... nanti aku tengok sejauh mana aku boleh masukkan konsep display ni dalam kerja-kerja aku... Harap-harap tak kene bambu dengan Bos... atau Big Boss

Dalam pameran produk ini, ada juga dari daerah utara jepun - daerah yang terkena Tsunami - TOHOKU District dan IBARAKI. Fokus produk mereka banyak kepada hasil kerja tangan tradisional Jepun. Bagi aku tradisional jepun adalah satu yang cukup kontemporari.... sesuai dengan gaya hidup minimalis.

Cardboard Papercraft Zirafah.... dari Aki Co. Ltd

Pameran GOOD GOODS JAPAN ini merupakan anjuran JETRO- Japan External Trade Organization, - organisasi yang bertanggungjawab membantu SME Jepun untuk memaksimumkan potensi ekspot mereka dan mempromosikan pelaburan terus asing ke dalam Jepun.... ala-ala Matrade aku rasa. Pada yang berminat, sila lah ke Center Court Pavilion hingga hujung minggu ini. Zirafah kertas menuggu anda.




Monday, June 11, 2012

10 kaki kali 10 kaki...


Sebulan dua ni, assignment aku banyak melibatkan satu sifir yang bunyinya agak mudah '10 kaki x 10 kaki' atau pun kadang2 '3 meter x 3 meter'... 

Merancang satu petak segi empat tepat yang sebenarnya lagi sukar dari merancang susunatur 20 tingkat bangunan pejabat.... 

Di tambah lagi dengan projek brief yang kadang kala tak membantu dalam mendapatkan output design yang terbaik.... jadi kebanyakan assignment aku yang mudah ni menjadi tergendala, terbantut dan tergantung tanpa ada solution. 

Meronda-ronda aku ke KLCC, Pavilion dan kadang2 berjam-jam aku memerhatikan buku2 browsing copy di Kinokuniya, Times dan Borders..... kadang2 mood aku sendiri tak mahu absorb apa yang aku sendiri cari...

Sejauh mana aku cari idea, seluas mana Mall aku round.... semuanya cuma nak dimuatkan dalam...

'10 kaki x 10 kaki'... 




Thursday, January 19, 2012

BMW Vision visited me..

Tenjat boboi bila nampak keta BMW Vision ni.... Sedang aku naik escalator ke tingkat 2 di Pavilion, (sambil bercakap dengan BB ku)... tiba-tiba bentuk kereta yang cukup aku familiar ni terus buat aku terpaku.... Vision betul-betul depan mata aku. Woohhuuu.... (Mcmana kau boleh datang sini haaaa... tanpa pengetahuan aku??). Melintang kedudukan dia di atas platform berlatar belakangkan poster Mi4: Ghost Protocol.....

Aku dah cukup kagum bila kereta ini buat appearance dalam Mi4: Ghost Protocol, bertambah kagum bila ia betul-betul ada depan mata aku. Malangnya cuma camera 2.0M BB ni saja yang ada ditangan. Aku tahu walau hasil yang pasti akan mengecewakan... aku terus jugalah snap beberapa keping gambar. 

Walaupun bila aku tgk dari dekat, ini bukan lah prototype Vision yang boleh di-Test Drive... tapi disebalik cermin gelap, samar-samar dapat tengok interior chasisnya yang cukup detail... huuh!!

Front grill + Tail Light = Design Iconic BMW Vision..... bagi aku, this's the sexiest eco-futuristic sport car ever produce- into reality..

Musyikil aku dengan backdrop Ghost Protocol yang dah lama di pawagam.... Takkan sebegini lambat mereka nak promo movie ni? Tak pa, esok aku datang lagi bertemankan NEX utk dapatkan gambar-gambar dan angle-angle yang lebih paw wow!! Jumpa lagi esok....


Alex Summer ~ ~ ~ An Artistic Mutant

WOW!! this what i found while doing my typical window-display-survey, Alex Summer Certificate!... At first, i was thought of different person using the same signature name, until i saw 'Xavier's School of Gifted Youngster' in the paragraph. Hehehee... Never in my thought to see a famous mutant character to be in commercial gimmick of Pull & Bear's window display....


Its say ~ Alex Summer- The Degree of Bachelor of Fine Art with Honors in Cake Decoration....
Hehehe.... what an artistic mutant with a devastating talent....


FYI: Alex Summer is a fictional Marvel Superhero and a member of X-men. Also known as 'Havok' - appear in latest X-men movie: X-men- First Class. A lost brother to the well-known X-Men leader -Scott Summer a.k.a 'Cyclops'.... That why both got a similar plasma blast power, after being attack by Shi'ar spaceship while in-flight.


Tuesday, January 11, 2011

HKK2011: Our Task

Ini adalah kali ke-3 aku terlibat dalam acara tahunan terbesar Kraftangan Malaysia. Dan seperti tahun-tahun lepas, aku akan terlibat dlm preparation exhibiton & decoration Hari Kraf Kebangsaan tahun ini... tapi unit aku akan dikurangkan manpower bila field agent aku yg hebat- Zulizwan akan ditarik ke Unit Hiasan.

Still, Unit ID perlu sediakan cadangan utk ruang Pameran Produk Baru- Khusus utk designer dalaman Kraftangan di Laluan Seri Anjung, dan Ruang Pameran Produk di International Buyers Meet (IBM) tingkat 2, bangunan yang sama.

Buat masa ini, kerja2 decoration sekitar Kompleks Kraf masih lagi kabur- samada last minute akan jadi tugas Unit ID atau pun Unit Hiasan yg baru. Tunggu dan lihat....

Pageheader Blog Bahagian Rekaan Kraftangan dengan warna-warna RETRO

Boleh dikatakan produk-produk yang akan dipamerkan pada HKK 2011 kali ini berkonsepkan warna-warna Retro - so RETRO will be the main theme for the exhibition design, plus it must have a combination of our traditional motif or icon. Warna dan motif selalunya tidakkan lari dari apa yang dicadangankan pada Unit Grafik yang terlibat dari awal dlm menyediakan bahan-bahan kempen HKK....

Cadangan awal Invitation Card dgn warna RETRO & motif-motif tradisional

Unit aku perlu fikirkan apakah overall konsep pameran utk kedua-dua ruang pameran... and usually, 2 types of display will be use again... and again, iaitu products on display pedestal/box dan mix products display. Berkemungkinan, unit aku akan cuba method lain dlm mengekspresi produk baru kraf untuk HKK2011 kali ini. Ruang pameran Laluan Seri Anjung & IBM adalah 2 ruang yang berasingan dan boleh memberi impak yang berbeza kepada pengunjung. Tetapi semua ini bergantung kepada masa dan team yang aku dpt assemble dalam beberapa minggu lagi ini....

Laluan Seri Anjung semasa ubahsuai

Pameran Produk Kraf Terkini di Laluan Seri Anjung HKK2010


Props ruang cenderamata eksklusif sebelum dipenuhi produk

Pameran Cenderamata Eksklusif di Laman Wau HKK2010

"So...Keep ours fingers cross"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...