For what i'm thinking of... what i'm doing... and what's inspire me... and this is how i see the world!
Showing posts with label ~Quote of the week~. Show all posts
Showing posts with label ~Quote of the week~. Show all posts

Tuesday, January 13, 2015

..jikalau......




" jikalau hari-hari mu semakin membosankan....
.... bercintalah ... "

sepintas lalu di wall FB siapa ntah


Logik....!

Kuatnya kuasa cinta sehingga boleh merubah suasana tanpa mengira ruang dan masa....tanpa perlu kisah berapa lama kebosanan yang dah melanda..... tanpa perlu kisah berapa banyak perkara membosankan yang dah berlaku..... Dan bila kuasa cinta tu datang, semua kebosanan hilang begitu saja..

Tapi, aku juga rasa 'bosan' tak hilang.... di cuma terpinggir sementara. Kesian aku pada bosan- sudah la membosankan dan menunggu masa untuk dipinggirkan. Tapi nanti bila cinta itu dah mula pudar, kebosanan akan kembali menjenguk....

Jadi, bercintalah untuk pinggirkan kebosanan hidup..... bercinta pada siapa, itu terpulanglah.... bercinta dengan hobi?, bercinta dengan kerja?, bercinta dengan duit?... Aku ingat pada 1 script Kuch Kuch Hota Hai bila masa Rahul menjawab soalan 'what is love' Miss Briganza semasa di kelas:

"Pyar dosti hai , agar woh meri sab se achchi dost nahin ban sakti to main us se pyaar kar hi nahi sakta".... Eceeeh!.. (translation cari sendiri..)

....sesungguhnya bercinta dengan Sang Pencipta adalah yang paling berbaloi.




"....People may not have the professional capacity to comment on production of architecture, but they are in the right place to comment on reception of architecture......"

taken from my ex-colleague's FB Wall
Xeem Nor
"....People may not have the professional capacity to comment on production of architecture, but they are in the right place to comment on reception of architecture......"

taken from my ex-colleague's FB Wall
Xeem Nor
"....People may not have the professional capacity to comment on production of architecture, but they are in the right place to comment on reception of architecture......"

taken from my ex-colleague's FB Wall
Xeem Nor
"....People may not have the professional capacity to comment on production of architecture, but they are in the right place to comment on reception of architecture......"

taken from my ex-colleague's FB Wall
Xeem Nor
"....People may not have the professional capacity to comment on production of architecture, but they are in the right place to comment on reception of architecture......"

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
"....People may not have the professional capacity to comment on production of architecture, but they are in the right place to comment on reception of architecture......"

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Friday, August 8, 2014

Belated wishing.... Sorry.




"Kerajaan tidak pandai berniaga. Kerajaan memerintah sahaja."

Tun Daim Zainuddin, Berita Harian 13 Jun 2014





Dibawah adalah salah satu petikan penuh interview berkaitan:

Soalan: 
Pada pandangan Tun, sejauh mana agenda pemerkasaan ekonomi bumiputra dapat membantu melayu menguasai kek ekonomi yang lebih besar?

Tun Daim:
Saya sudah tidak tahu macam mana lagi nak buat orang melayu jadi kaya. Macam yang kita buat menerusi (agenda) pemerkasaan ekonomi (bumiputera). Bagi saya sepatutnya ambil usahawan Melayu daripada sektor swasta yang  berjaya, suruh mereka bagi idea macam mana nak lahirkan lebih ramai usahawan Melayu yang berjaya. 

Panggil mereka bagi ceramah praktikal dan bentangkan kajian bagaimana seseorang usahawan seperti Tan Sri Halim Saad umpamanya, naik dan jatuh, malah ketika saya di (universiti) Havard, Mereka turut buat kajian kes mengenai DEB (Dasar Ekonomi Baru).

Akan tetapi (kita lihat) kerajaan ambil peranan sendiri, buat mesyuarat sesama sendiri (pelbagai agensi kerajaan) sebulan sekali minta laporan. Sekarang sudah terlalu banyak agensi mengenai usaha memperkasakan usahawan melayu. Kerajaan tidak pandai berniaga. Kerajaan memerintah sahaja. Sebab apa bagi duit untuk buat itu ini. Apa yang kerajaan tahu mengenai perniagaan?.

~ ~ ~ ~ ~

.... Logik teguran Tun itu dan aku sudah lama saksikan dengan mata kepala aku sendiri. Satu demi satu program/projek cuba diperkenalkan tanpa ada struktur yang kuat. Lebih-lebih lagi hanya melibatkan hanya ilmu 'orang-orang dalam'.

Sebagai orang yang dulunya hanya melaksanakan arahan (need-to-know-basis?), mempertikaikan arahan punyai risiko yang amat tinggi. Walaupun aku bukan jenis rebellious dalam mengikut arahan, tapi tahap rebellious aku agak tinggi dalam mempertikaikan agenda & program yang dirancang. Mungkinkah itu antara penyebab aku cuba di 'cawangan' kan?. Wallahualam.

Jadi, bulan ini aku bukan lagi seorang penjawat awam. Anggaplah ini ucapan terlewat (belated wish) aku untuk bekas rakan-rakan sepejuangan: 
"Semoga apa yang korang usahakan dengan lebihan masa kerja dan keringat, akan membuahkan setitik hasil. Teruskanlah usaha kalian. Terus gigih. Kalau pun akhirnya gagal (atau digagalkan).... anda sudah pun belajar serba sedikit ilmu perniagaan..... "
"Berniaga tanpa risiko, tak ada apa yang rugi. Cuma duit je dibazirkan....."




Friday, June 6, 2014

T-Minus 48 Days.....

 
 
Ok....
 
 
Terbukti khabar angin boleh jadi khabar benar untuk aku.... Bila disampaikan sendiri oleh R.S.K.P.P. (Rakan Sekerja Kau Paling Percaya)- Laili, tak ada apa lagi yang nak di nafikan lagi....
 
Aku akan dipindahkan ke Cawangan untuk mencuba bidang baru- Produk Kraf dan kemungkinan besar unit yang aku ada akan ditutup.
 
 
................
 
........
 
....
 
..
 
 
Otak masih cuba cari di mana positifnya.... apa positifnya. Tapi itu cuma nak sedapkan hati yang dah membuak-buak kepanasan bila masa banyak yang negative berlegar dalam kepala. Persoalan-persoalan yang berbaur Conspiracy Theory pun dah masuk meracun minda..... Whatdahek!!. Apa perlu aku lepaskan Unit ID aku sendiri untuk beralih angin pada kerja-kerja yang aku sendiri selalu kondem?... Ini peluang untuk aku buktikan sesuatu pulak ke? Buktikan yang aku boleh jadi bidan terjun menjadi Product Designer (dan berjaya dengan jayanya di cawangan sana??!!) dan lupakan terus bidang Interior Design??... Positive please..!!. Atras be positive!. Silver lining cloud kot.... Naaahh.
 
Dalam situasi yang aku tidak diberi pilihan, aku sendiri yang kene 'create' pilihan nampaknya. Belum ada lagi sekelumit dihati untuk aku tinggalkan my-ID, tinggalkan my-KL, tinggalkan my-family, tinggalkan segala kehidupan sedia ada, tinggalkan si Laili di Kraf dan tinggalkan sekali lagi impian yang aku nak kejar semata-mata 'demi kepentingan organisasi' katanya---- dan aku yang sudah biasa melihat dengan alas an kepentingan organisasi yang lambat laun tak beri apa-apa impak melainkan pada mereka yang terkesan.
 
Yup... Nampaknya aku sendiri kene create pilihan untuk terus survive. If you can't beat the system, just leave it, let the system takes its toll. I will create my own silver lining cloud.
 
 
Hurmmmm.....
 

 
...Countdown sequence initiated... T-Minus 48 Days.....
 
 
 
 

Thursday, May 29, 2014

....Houston, WE'VE HAD A GO FOR AUTO-SEQUENCE START... T-Minus ? days.....




..... Apa rasanya bila ada rakan sekerja datang dan berkata....


"Akak ade dengar bunyi-bunyi yang Farid mungkin nak kene transfer.... Harap Farid sabar erk!!!"

~ ~ ~
 
Whatdahek!
 
 
.....Harap-harap apa akak dengar tu bunyi-bunyi sumbang sepanjang kursus tempohari sajalah...

 Berbalik pada rasa.... inilah rasa yang paling tak enak bila kau ada dalam 'sistem' kerajaan (melainkan kau memohon setiap masa dan berharap) lebih-lebih lagi bila kau tak tau apa logik akalnya kau perlu di transfer. Rasa sebu dalam perut dah mula terasa.... Otak dah mula pikir hal-hal -ve..... Rumors di jabatan aku selalunya jadi kenyataan.... tapi rileks brother, brother rileks.....
 
 ...aku dah boleh mula countdown ke tarikh yang tak tau munculnya bila....
 
 
 
....Houston, WE'VE HAD A GO FOR AUTO-SEQUENCE START... T-Minus.....
 
 
 

 

Tuesday, March 12, 2013

~Quote of the week~

Architecture-really?!!

"....People may not have the professional capacity to comment on production of architecture, but they are in the right place to comment on reception of architecture......"

taken from my ex-colleague's FB Wall
Xeem Nor


~ ~ ~

If architect and designer don't read more on critical analysis of architecture, DOES that mean they do not care about the reception of their work so long as the production happens?....

Mind you, what you read in magazine are mostly the architect intention and not the critical review.....


I think, we still need both....


~Quote of the week~

Wednesday, May 2, 2012

~Quote of the week~

Lama sudah aku tak posting 'Quote'. Dalam otak ni penuh dgn 'Qoute' sepanjang masa beredar.... jadi mengikut isu semasa, eloklah aku postingkan 'Qoute of the week' yang dah lama terbuku..




"Di antara kita (di Malaysia), bangsa Melayu memang terkenal dgn sifat rendah diri, sopan santun, utamakan tetamu, sehinggalah sifat komplesennya.... Sesetangah mula ambil mudah sifat2 baik ini.... Tapi Meriam-Webster & Wikipedia tahu yang 'Running Amok' itu memang sifat khas bangsa Melayu...... Silalah juga ambil tahu"

Yes, i say this!


aku yang sentiasa terasa Melayu ditindas di tanah airnya sendiri.... dan sekarang makin menjadi-jadi.... harap mereka dan melayu sendiri sedar....




Tuesday, October 25, 2011

~Quote of the week~


"..When something itches, my dear, the natural tendency is to scratch..."

Dr. Brubaker of The Seven Year Itch (1955)

~Quote of the week~

Tuesday, June 14, 2011

~Quote of the week~

Rimbun Dahan of Hijjas Kasturi




"Always thinking in getting a perfect contemporary look ~ but within a traditional mood... ..vice versa..."
Yes, i say this!

 Aku dah terlalu terikut untuk blend elemen kontemporari & tradisional 'ala-ala gomen'.... Sebenarnya lebih molek utk aku dapatkan elemen kontemporari secara zahirnya tapi tradisional secara batinnya.....atau sebaliknya... Dan 'mereka' takkan mudah faham... Biar kerja2 aku yang fahamkan 'mereka'. Sama seperti kerja2 mereka ini...appearance nampak modern dan kontemporari tapi mereka yang tinggal dan menggunakannya pasti akan merasa elemen kontranya....


South East Asia’s first carbon zero residence project by Sime Darby. Architect; Broadway Malyan


~Quote of the week~

Photos are owned by respective owner(s)

Wednesday, May 11, 2011

~Quote of the week~



"..Ya Allah, ku cari rezeki Mu yang halal di dunia ini... janganlah Kau tarik segala ilham dan bisikan hati yang telah Kau beri selama ini...."
 "....aku amat perlukannya...."


Yes, i say this!

~Quote of the week~ 

Tuesday, April 19, 2011

~Quote of the week~

“Why, you may take the most gallant sailor, the most intrepid airman or the most audacious soldier, put them at a table together- what do you get?
-The sum of all fears..."
Winston Churchill

Sesuai tak utk aku guna Qoute famous Winston Churchill pada hari2 awalan Kursus Induksi Umum?.... Aku rasakan hampir semua rasa terpaksa mengikuti kursus ini... Paksa rela, Kami semua tak tahu apa outcome kursus ni... samada akan dapat harungi 12 hari dgn tenang.. atau dengan tekanan..... Masih2 mcm tidak yakin.... Apa yg aku rasa lah....

~Quote of the week~

Thursday, April 7, 2011

~Quote of the week~

 

“Apabila sesuatu urusan itu diserahkan bukan kepada ahlinya, maka nantikanlah saat kehancurannya” 

 – Hadith riwayat al-Bukhari


Petikan hadith yang selalu disebut oleh Bos ku dalam mesyuarat bahagian R&D.... Kadang kala buat aku terfikir. Perlukah kita sedarkan 'mereka' seboleh mungkin (sedaya upaya), yang mereka bukan 'ahli 'supaya kita tidak terus terjerumus kepada kehancuran.... Ataupun, perlukah kita tunggu sehingga saat kehancuran itu untuk buktikan yang mereka bukanlah 'ahli'nya yang sebenar??!... Bagi aku kedua-duanya masih belum terlewat....

~Quote of the week~

Tuesday, March 22, 2011

~Quote of the week~


"..Kadang-kadang aku lebih rasa takut kalau design aku tak diterima oleh client, daripada design aku tak dibayar oleh client.... sebab kerja itu amanah dari tuhan, dan rezeki adalah ganjaran darinya.... bukan dari client"

Yes, i say this!

~Quote of the week~

Friday, February 18, 2011

~Quote of the week~

" I have offended God and mankind because my work didn't reach the quality it should have...."
Da Vinci
Lecturer aku pernah bagitau.... (en. burn klu tak silap). "Designer sepatutnya kembali kepada ajaran agama bila dia rasakan sudah mula taksub dengan gah diri rekaannya.... Tak salah juga, seorg designer menjurus menjadi seorg sufi... menghambakan seluruh hidup pada pereka-Nya"

Huh! berat sungguh topik itu tatkala aku baru diploma....

Tapi ada kebenarannya.... kerja-kerja designer umpama wakil kecil dari Maha Pencipta dalam membantu umat manusia menyelesaikan masalah duniawi untuk mendapatkan kesempurnaan yang mereka cari.

Sedikit ilmu yang ada pada designer itu, dapatlah diluahkan dalam rekaannya supaya orang lain dapat merasa sedikit sempurna atau keselesaan... dan jika itu membuatkan mereka semakin ingat pada yg maha pencipta..~~ alhamdulillah, itu bonus pada designer....

Jadi, 'melepas batuk di tangga' bukanlah ciri yang patut ada pada seorang designer 'sufi'. Perlulah ikhlas dalam memberi ciptaan yang merupakan amanah dari yang Maha Pencipta.... dan perlu ada rasa tidak selesa atau bersalah bila designer itu tahu yang hasil kerjanya bukanlah dengan sepenuh hatinya.....

~Quote of the week~

Tuesday, January 11, 2011

~Quote of the week~

“....We feel like explorers, driven by curiosity, constantly investigating, inquiring and associating. We come back with stories that are told through design,

for design is our language...”

~Quote of the week~

Friday, January 7, 2011

~Quote of the week~

"Gold attract gold people...."

qoute awal tahun yang aku dgr dari BFM, nampaknya 2011 tak banyaklah bende yang akan berubah...

~Quote of the week~

Thursday, December 23, 2010

~Quote of the week~

"....it's true, when something exceed your ability to understand how it works... it should become magical"

"....I don't have to change myself to fit the product... it fit me.."

"...important feature we design in iPad, is the affordable price......usually when we get a brand new latest technology, it start in a high price. Over time it more affordable works its way down.... we want it to do differently. We want to oust take this advance technology to the hand out of many people as possible- right from the start..."
semua ni aku qoute dari video Apple iPad- introducing the iPad. Aku yang sentiasa kagum dengan cara Steve Job introduce produk Apple dalam setiap presentation keynote nya... begitu juga dengan promo video produknya...

Dengan adanyua masa terluang ni...aku extract qoute2 yg cukup catchy (bagi aku) dalam introduction iPadnya.

~Quote of the week~

Friday, November 19, 2010

~Quote of the week~

"In overseas, people want to know more about practicality & functional of the product... but here in Malaysia- we like to see more on the beauty aspect.... "

"Maybe part of their show-off to others...."
apa yang aku dgr dari pembentangan seorg usahawan
tentang produknya semasa kursus minggu lepas.....


~Quote of the week
~

Saturday, September 18, 2010

~Quote of the week~

"Manusia boleh dibezakan bila 'kuasa' yg ada/diberi, digunakan sebagai tanggungjawabnya ataupun sebagai kesempatan yang ada padanya;- tapi akan tidak dapat melawan apa yg telah ditakdirkan oleh Allah kepadanya"
Yes, i say this!

~Quote of the week~

Thursday, August 26, 2010

~Quote of the week~

"We view this as an assault on New York City and its iconography,"
Anthony Malkin

~Quote of the week~

..komen Anthony Malkin, owner Empire State Building- bangunan yg telah menjadi ikon bandar New York yg bercirikan Art Deco sejak dari 1930- tentang cadangan pembinaan 15 Penn Plaza oleh Pelli Clarke Pelli Architects yang akan 'mencacatkan' skyline New York yang asal...

Selepas WTC runtuh 9 tahun lepas... Empire State Building kembali menjadi bangunan paling tinggi di New York dan populariti bangunan ini telah melebihi White House. Malkin juga menambah;

"we are concerned about the legacy" — of the Empire State Building. "We are the stewards of this great icon,"

Adakah kita akan ambil peduli kalau kisah yang sama terjadi pada ikon KL kita seperti- Bangunan Sultan Abdul Samad atau KLCC?... hhmmmm...

Images: news.yahoo.com/s/ap/us_empire_state_building_competitor

Friday, August 6, 2010

~Quote of the week~

“[A designer is] an emerging synthesis of artist, inventor, mechanic, objective economist, and evolutionary strategist.”
Buckminster Fuller
(July 12, 1895 – July 1, 1983)
seorang engineer, author, designer, inventor, dan futurist.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...