For what i'm thinking of... what i'm doing... and what's inspire me... and this is how i see the world!
Showing posts with label My DESIGN. Show all posts
Showing posts with label My DESIGN. Show all posts

Monday, May 6, 2013

Ujian aku 5 tahun lepas.....

Malam tadi Barisan Nasional baru saja lulus ujian PRU-13nya yang paling gentir.... walaupun bukan dengan cemerlang, tapi masih lagi berjaya dalam ujiannya....

5 tahun yang lepas, pada tarikh yang sama...... Aku juga melalui satu ujian. Ujian yang menentukan sama ada aku dapat berbakti kepada rakyat... ataupun terus menjadi orang biasa yang pentingkan hal kocek sendiri.... Dan Alhamdulillah... 5 tahun lepas, telah aku lulus dengan jayanya....

Ketika itu, sebelum aku di interview oleh para penal.... aku telah diminta untuk buat satu ujian sketches ... dan ini hasilnya (yang agak buruk strok drawingnya...)
"Soalan:- Anda dikehendaki untuk melakar rekabentuk produk kraf yang berkaitan dengan kepakaran bidang anda. Lakaran produk tersebut perlu disesuaikan mengikut situasi yang sesuai di mana mengambarkan ciri-ciri produk tersebut. Rekabentuk produk tersebut perlulah menepati kehendak pasaran semasa, tetapi masih mengekalkan ciri-ciri tradisional. Anda digalakkan untuk mencatatkan idea secara kasar pada lakaran tersebut untuk menyokong lakaran konsep. Anda bebas mengunakan medium untuk membuat lakaran. Anda perlu menyiapkan lakaran dalam masa 45 minit."

COKMAR HOLDER....

Aku pun tak tahu macamana idea cokmar holder ni boleh ada dalam otak aku.... dan terus menjadi lakaran di atas kertas ujian yang diberi.... (Tindakan bawah sedar aku...). Boleh kira detail juga explanation aku dalam sketches ini- dah macam technical drawing pun ada.

Kombinasi rehal, pending, motif songket & batik dan segala bagai idea mengarut yang datang untuk 10 minit pertama, dah cukup untuk hasilkan sketches ini.... Dalam kerja aku yang sebenar pun, tak mencapai tahap explanation konsep se detail ini..

Sebenarnya, aku baru terjumpa gambar ini. Dalam timbunan gambar-gambar koleksi 2008.....Oleh sebabkan tarikh ini ulang tahun ke-5 aku dalam Kraftangan. Aku tributekan posting ini untuk sketches yang menyebabkan segalanya menjadi kenyataan...


Alhamdulillah amin...


Saturday, May 28, 2011

"Biasa je...., dah lama kot org pakai idea ni...."

YESSS...!! Ayat spontan yang keluar dari mulut isteri aku bila aku tunjuk gambar Final Work aku untuk Promosi Kerja Kahwin tahun 2011 dari iPad ku. Bunyinya agak kasarkan... Hehehe... adekah aku perlu terasa dengan komen isteri aku tu?.... Jawabnya TIDAK. Kenapa aku tak perlu ambik hati sedangkan aku dah bersengkang mata 2-3 minggu utk siapkan kerja2 ni...? Balik rumah lewat... sampaikan tak balik rumah pun ada.... tapi respon dari dia- Negatif!

Jawapannya pun masih lagi TIDAK....

Aku sentiasa akan rasionalkan apa saja yang lalu dalam minda aku.... Bagi aku, dia hanya komen pada apa yang ada di depan matanya sahaja, pada saat itu juga- cuma beberapa gambar final work pameran aku. Dia tak tau dari segi design process yang aku kene lalui... Dia tak tau budget limitation.... Dia pun tidak tahu juga tentang time frame yang ada... So clearly, her respond is to what he saw on the spot....

YES!!!... Aku suka isteri aku yg selalu 'straight to the point'... Komen hati kering. Walau aku tau respon dia mesti slalu pedas di telinga... tapi tetap aku nak tengok respon dari Puan Nina... sebagai 'Check & Balance' pada kerja-kerja aku.... Dia juga ada taste seorg designer walaupun senario kerja kami berbeza... Bagi aku, kerja-kerja aku yang sedikit 'terpesong' dari asal usul aku yg sebenar amat memerlukan pandangan org luar...

(..elok saja Official Opening utk Promosi Kerja Kahwin 2011... aku ke KLCC dan aku lihat konsep 'Maze Garden' yang lebih kurang sama di Center Court- Roadshow BVLGARI.)


Kebetulan? atau benar seperti yang isteriku katakan....?? hhmmm...

Kebetulan samelah pulak.... maze garden @ Laman Plaza,Promosi Kerja Kahwin 2011

Monday, March 21, 2011

Simple Stage Design Task

Petang khamis lepas aku dapat satu call dari potential client utk develop satu design performance stage utk satu dinner di Kuala Lumpur Convention Center, Jun depan. Esok harinya, aku pun berjumpa dengan client untuk mendapatkan brief project untuk memudahkan aku develop concept stage itu. 


Tag line malam itu "Diversity in Culture & Unity in Partnership".... dan keyword Diversity, Culture, Unity, semua perlu ada dlm design stage itu nanti yang akan digunakan sebagai pentas persembahan & ucapan... Budget yang diberi tidaklah semewah yang selalu aku buat di Kraftangan. Cukup2 untuk aku gunakan sidikit construction prop dan guna printing backdrop di atas stage bersaiz 9 meter x 6 meter ini. Masa yang aku ada, cuma 2 hari utk develop design dan pagi-pagi Isnin aku perlu email kepada mereka..... Bagi aku, weekend bukanlah masa yang selalunya idea turun mencurah2, melainkan gangguan yang tak henti-henti dari mendapatkan idea2 yang bernas....


Today; Monday 21 March 2011
Hari ni aku berjaya menghasilkan design stage dlm masa yang diberi.... Tapi aku tak sempat utk buat self-assessment pada design kali ini. Sedikit concept description aku sertakan dalam email kepada client aku.....

"Concept of Diversity in Culture is reflected in the combination of multiple traditional percussion instrument (partly as rostrum platform) & also with the traditional songket & batik motif at the backdrop. Whilst for Unity in Partnership can be seen in hand-held-globe graphic and the repetition pattern of songket & batik motif may also symbolize 'Unity'. A stretch tensile from the stage floor upward symbolize the dynamic-ism of the theme and will be the focal backdrop for speech and also for stage lighting play"

Alhamdulillah..... satu lagi amanah berjaya aku laksanakan....

Tuesday, January 11, 2011

HKK2011: Our Task

Ini adalah kali ke-3 aku terlibat dalam acara tahunan terbesar Kraftangan Malaysia. Dan seperti tahun-tahun lepas, aku akan terlibat dlm preparation exhibiton & decoration Hari Kraf Kebangsaan tahun ini... tapi unit aku akan dikurangkan manpower bila field agent aku yg hebat- Zulizwan akan ditarik ke Unit Hiasan.

Still, Unit ID perlu sediakan cadangan utk ruang Pameran Produk Baru- Khusus utk designer dalaman Kraftangan di Laluan Seri Anjung, dan Ruang Pameran Produk di International Buyers Meet (IBM) tingkat 2, bangunan yang sama.

Buat masa ini, kerja2 decoration sekitar Kompleks Kraf masih lagi kabur- samada last minute akan jadi tugas Unit ID atau pun Unit Hiasan yg baru. Tunggu dan lihat....

Pageheader Blog Bahagian Rekaan Kraftangan dengan warna-warna RETRO

Boleh dikatakan produk-produk yang akan dipamerkan pada HKK 2011 kali ini berkonsepkan warna-warna Retro - so RETRO will be the main theme for the exhibition design, plus it must have a combination of our traditional motif or icon. Warna dan motif selalunya tidakkan lari dari apa yang dicadangankan pada Unit Grafik yang terlibat dari awal dlm menyediakan bahan-bahan kempen HKK....

Cadangan awal Invitation Card dgn warna RETRO & motif-motif tradisional

Unit aku perlu fikirkan apakah overall konsep pameran utk kedua-dua ruang pameran... and usually, 2 types of display will be use again... and again, iaitu products on display pedestal/box dan mix products display. Berkemungkinan, unit aku akan cuba method lain dlm mengekspresi produk baru kraf untuk HKK2011 kali ini. Ruang pameran Laluan Seri Anjung & IBM adalah 2 ruang yang berasingan dan boleh memberi impak yang berbeza kepada pengunjung. Tetapi semua ini bergantung kepada masa dan team yang aku dpt assemble dalam beberapa minggu lagi ini....

Laluan Seri Anjung semasa ubahsuai

Pameran Produk Kraf Terkini di Laluan Seri Anjung HKK2010


Props ruang cenderamata eksklusif sebelum dipenuhi produk

Pameran Cenderamata Eksklusif di Laman Wau HKK2010

"So...Keep ours fingers cross"

Friday, October 22, 2010

Suzuki Swift 'Bumblebee Stealth' Project; Part II

Seminggu selepas aku tinggalkan dibengkel....





Alhamdulillah.... rasanya 98% apa yang aku visualize jadi realiti.... hehe. Material asal lining hanya sticker, tapi ditukar pada paint kuning- so akan jd permenant pada hood & bumper fog light. Even outline yg aku nak pun nampak perfect seperti dlm gambar....

Cuma headlight baru aku saja yang berkabus.... mcmana boleh masuk air pun aku tak tau, sedangkan aku tinggalkan dalam kotak (siap plastik) masa hantar ke kedai dulu.... tapi itu hal kecik aja....

So, aku puas hati dgn workmanship kedai ni (hehehe kedai cat Iki je pun) siap polish satu kereta lagi... Xde bodypart baru melainkan headlight dan kerja repairing lain cuma ketuk & repaint sahaja.... Kos pun xbyk sgt, dlm 1K... Dan sekarang, aku dah boleh bwk Benji jalan2 mcm biasa.... So, dah boleh aku panggil 'Benjiblebee'?

Saturday, October 9, 2010

Bumblebee Swift

Sudah ada Suzuki Swift yang bertukar menjadi Bumblebee,

Aku terjumpa gambar ini dalam blog seorg Swifter - The Story of Koh -Swift- . Berkemungkinan ini adalah total make-over kalau dilihat pada warna kuning camaro- bukannya standard color body Suzuki Swift Sport biasa. Cuma design lining hitamnya saja yang sambung hingga ke bumbung. Malangnya, tak ada gambar bahagian bonnet.

Tarikh pada post ni 19 July 2009 - 1 tahun awal dari aku. Berkemungkinan semasa filem Transformers; Revenge of the Fallen tengah top kat wayang... So, dah ada contoh terdekat utk aku meneruskan niat Swift Stealth aku.... yahhhoo....

Friday, October 8, 2010

Suzuki Swift 'Bumblebee Stealth' Project; Part I

Lebih kurang sebulan aku gunakan kereta Swift Benjamin aku dlm keadaan remuk & pecah headlight kanan.... disebabkan accident 2 hari sebelum raya di Cyberjaya.

Dalam sebulan tu, satu persatu bende dlm kereta aku menjadi malfunction... bermula dgn lampu headlight terbakar, fog light xboleh pakai, dashboard jadi gelap, indicator light hilang.... rasanya, dah tiba masanya utk aku mula ambik perhatian pada Benji.

So, pendekkan cerita. Bila Benji dah masuk workshop utk ketuk, aku mula ushar ape make-up yg aku boleh buat pada Benji.... mulalah aku mencari gambar Swift plain black sebagai canvas experiment aku...
Untuk mengurangkan kos make-up, aku cadang utk maintain warna asal hitam dan pilihan yang ada cuma kombinasi warna yang suit dgn hitam.... Body Suzuki Swift yang curvy & kurang rigid agak menyukarkan utk make-up specific area or parts.

Di pendekkan cerita lagi, salah satu mainan aku dah bagi idea yang paling cun!.. 'Transformer Bumblebee Stealth' - Body hitam dengan lining effect kuning Camaro. Perfecto!!!

Beza dengan 'Bumblebee Camaro' biasa yang keseluruhannya bewarna kuning dan lining hitam... 'Stealth' adalah reverse color scheme daripada yang asal. Sangat sesuai dgn Benji. Aku pun terus visualize design lining kuning pada 'canvas experiment' swift aku... Aku tambah satu outline kecil seperti effect lining camaro asal... Kalau mengikut pada kereta Camaro Bumblebee, bahagian roof memang tiada design lining- itulah karakter unik lining Camaro kalau nak dibandingkan dengan design lining yang biasa ada di kereta-kereta lain...


Di sebabkan surface body Swift yg terhad & kecil, aku highlightkan juga warna kuning pada bahagian Fog Light supaya bahagian bumper depan nampak lebih menonjol. (tak ada pada design asal Camaro Bumblebee Stealth). Cuma aku ragu2, kalau2 perlu juga sedikit lining pada sidemirror?.... hhmmm takpe, aku biarkan dahulu.

So terpulang pada workmanship workshop tu nanti utk jadikan design aku ni reality..... harap2 boleh dapat 80% dari apa yang aku harapkan....

....To be continue part II....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...