For what i'm thinking of... what i'm doing... and what's inspire me... and this is how i see the world!

Thursday, December 23, 2010

~Quote of the week~

"....it's true, when something exceed your ability to understand how it works... it should become magical"

"....I don't have to change myself to fit the product... it fit me.."

"...important feature we design in iPad, is the affordable price......usually when we get a brand new latest technology, it start in a high price. Over time it more affordable works its way down.... we want it to do differently. We want to oust take this advance technology to the hand out of many people as possible- right from the start..."
semua ni aku qoute dari video Apple iPad- introducing the iPad. Aku yang sentiasa kagum dengan cara Steve Job introduce produk Apple dalam setiap presentation keynote nya... begitu juga dengan promo video produknya...

Dengan adanyua masa terluang ni...aku extract qoute2 yg cukup catchy (bagi aku) dalam introduction iPadnya.

~Quote of the week~

Wednesday, December 22, 2010

"....sindrom Takpe Takpe semakin menjadi di hujung-hujung tahun ni.... ada gaya jadi pandemic kalau melarat ke tahun depan...."
Yes, i say this!

kalau aku ada masa, aku try explain balik ape tu sindrom takpe takpe....

Saturday, December 18, 2010

? ? ? ?

" ...kerja kerajaan mcm kita, kenalah slalu stand-by buat kerja2 last minute mcm ni... kenelah biasakan"
...betul ka?, kalau betul semua org berfikiran dan bertindak seperti dikata, aku pasti akan bangga dgn budaya kerja ini, tapi adakah budaya kerja yang diharapkan ini tak diambil kesempatan kelak??... sedangkan kadang kala sedikit perubahan pun sudah disalah ertikan- mampu tak bererti 'mahu'. Hek eh!?

Friday, November 19, 2010

~Quote of the week~

"In overseas, people want to know more about practicality & functional of the product... but here in Malaysia- we like to see more on the beauty aspect.... "

"Maybe part of their show-off to others...."
apa yang aku dgr dari pembentangan seorg usahawan
tentang produknya semasa kursus minggu lepas.....


~Quote of the week
~

Thursday, November 11, 2010

Just a simple smile...

Selama lebih dua tahun aku kerap breakfast di kedai Mamak Jalan Utara (area Imbi)... Hari ini baru aku perasan ada senyuman yg selalu menyambut aku datang... Satu senyuman dari facade shophouse bersebelahan. Hahaha patutlah rasa senang hati kalau breakfast disana... hik.. hik..



Shophouse Art Deco dicelah2 bangunan ini tak punya sebarang signage seperti kedai bersebelahan... Creativity ownernya yang appreciate elemen2 architecture asal kedai ini hanya perlu bermain dgn warna dan simple curve form utk menceriakan facade shophousenya, seolah-olah bermain hide & seek dicelah2 bangunan. Berkemungkinan juga 'mata' facade ini - tingkap sliding tinted- adalah kerja2 owner sebelumnya. Jika tidak, mungkin tingkap asal masih lagi dikekalkan oleh owner sekarang...
Kadang kala, sedikit appreciation & comical touch dah cukup utk hiburkan mata yang asyik memandang bangunan2 sombong di KL ni...

Monday, November 8, 2010

Trade fair Color Combination 101

Sedikit tips pasal colors combination yang aku jumpa di Trade Show Success site.... basic info but still a good reference tho...

1) Remember that cool colors (blues, greens, purples) are soothing and restful while warm colors (reds, oranges, yellows) are active and stimulating.
Use cool colors where you want your customers to stop and spend some time, and warm colors where you want to urge them to action.

2) Complimentary color schemes (red + green, orange + blue, yellow + purple) are dynamic and eye-catching.

3) Monochromatic color schemes (several shades of the same color) are harmonious and stable.

4) Color can be added to your exhibit via the use of lighting.


Friday, October 22, 2010

Suzuki Swift 'Bumblebee Stealth' Project; Part II

Seminggu selepas aku tinggalkan dibengkel....





Alhamdulillah.... rasanya 98% apa yang aku visualize jadi realiti.... hehe. Material asal lining hanya sticker, tapi ditukar pada paint kuning- so akan jd permenant pada hood & bumper fog light. Even outline yg aku nak pun nampak perfect seperti dlm gambar....

Cuma headlight baru aku saja yang berkabus.... mcmana boleh masuk air pun aku tak tau, sedangkan aku tinggalkan dalam kotak (siap plastik) masa hantar ke kedai dulu.... tapi itu hal kecik aja....

So, aku puas hati dgn workmanship kedai ni (hehehe kedai cat Iki je pun) siap polish satu kereta lagi... Xde bodypart baru melainkan headlight dan kerja repairing lain cuma ketuk & repaint sahaja.... Kos pun xbyk sgt, dlm 1K... Dan sekarang, aku dah boleh bwk Benji jalan2 mcm biasa.... So, dah boleh aku panggil 'Benjiblebee'?

Saturday, October 9, 2010

Bumblebee Swift

Sudah ada Suzuki Swift yang bertukar menjadi Bumblebee,

Aku terjumpa gambar ini dalam blog seorg Swifter - The Story of Koh -Swift- . Berkemungkinan ini adalah total make-over kalau dilihat pada warna kuning camaro- bukannya standard color body Suzuki Swift Sport biasa. Cuma design lining hitamnya saja yang sambung hingga ke bumbung. Malangnya, tak ada gambar bahagian bonnet.

Tarikh pada post ni 19 July 2009 - 1 tahun awal dari aku. Berkemungkinan semasa filem Transformers; Revenge of the Fallen tengah top kat wayang... So, dah ada contoh terdekat utk aku meneruskan niat Swift Stealth aku.... yahhhoo....

Friday, October 8, 2010

Suzuki Swift 'Bumblebee Stealth' Project; Part I

Lebih kurang sebulan aku gunakan kereta Swift Benjamin aku dlm keadaan remuk & pecah headlight kanan.... disebabkan accident 2 hari sebelum raya di Cyberjaya.

Dalam sebulan tu, satu persatu bende dlm kereta aku menjadi malfunction... bermula dgn lampu headlight terbakar, fog light xboleh pakai, dashboard jadi gelap, indicator light hilang.... rasanya, dah tiba masanya utk aku mula ambik perhatian pada Benji.

So, pendekkan cerita. Bila Benji dah masuk workshop utk ketuk, aku mula ushar ape make-up yg aku boleh buat pada Benji.... mulalah aku mencari gambar Swift plain black sebagai canvas experiment aku...
Untuk mengurangkan kos make-up, aku cadang utk maintain warna asal hitam dan pilihan yang ada cuma kombinasi warna yang suit dgn hitam.... Body Suzuki Swift yang curvy & kurang rigid agak menyukarkan utk make-up specific area or parts.

Di pendekkan cerita lagi, salah satu mainan aku dah bagi idea yang paling cun!.. 'Transformer Bumblebee Stealth' - Body hitam dengan lining effect kuning Camaro. Perfecto!!!

Beza dengan 'Bumblebee Camaro' biasa yang keseluruhannya bewarna kuning dan lining hitam... 'Stealth' adalah reverse color scheme daripada yang asal. Sangat sesuai dgn Benji. Aku pun terus visualize design lining kuning pada 'canvas experiment' swift aku... Aku tambah satu outline kecil seperti effect lining camaro asal... Kalau mengikut pada kereta Camaro Bumblebee, bahagian roof memang tiada design lining- itulah karakter unik lining Camaro kalau nak dibandingkan dengan design lining yang biasa ada di kereta-kereta lain...


Di sebabkan surface body Swift yg terhad & kecil, aku highlightkan juga warna kuning pada bahagian Fog Light supaya bahagian bumper depan nampak lebih menonjol. (tak ada pada design asal Camaro Bumblebee Stealth). Cuma aku ragu2, kalau2 perlu juga sedikit lining pada sidemirror?.... hhmmm takpe, aku biarkan dahulu.

So terpulang pada workmanship workshop tu nanti utk jadikan design aku ni reality..... harap2 boleh dapat 80% dari apa yang aku harapkan....

....To be continue part II....

Saturday, September 18, 2010

~Quote of the week~

"Manusia boleh dibezakan bila 'kuasa' yg ada/diberi, digunakan sebagai tanggungjawabnya ataupun sebagai kesempatan yang ada padanya;- tapi akan tidak dapat melawan apa yg telah ditakdirkan oleh Allah kepadanya"
Yes, i say this!

~Quote of the week~

Tuesday, September 7, 2010

"Lain kali salin...."

" ...Harap kamu semua buat note apa yang saya cakap harini... teori2 ni kadang2 datang dgn tiba2... saya takut lain kali kamu takkan dpt dengar idea2 dan teori2 yang sama mcm hari ni ...."
bilang Prof Madya Doc. Mohamed Awang (DocMat) semasa lecture nya dulu...


...sebenarnya itulah yang terjadi sekarang pabila banyak idea & isu2 aku nak highlight dan persoalkan dalam blog ni, tapi bila dah ada depan moniter PC- semuanya hilang kaput mcm tu saja..... huhu, satu benda tak ingat.....

inilah contoh org kita yang lemah dalam mendokumentasi... sekian.




Thursday, August 26, 2010

~Quote of the week~

"We view this as an assault on New York City and its iconography,"
Anthony Malkin

~Quote of the week~

..komen Anthony Malkin, owner Empire State Building- bangunan yg telah menjadi ikon bandar New York yg bercirikan Art Deco sejak dari 1930- tentang cadangan pembinaan 15 Penn Plaza oleh Pelli Clarke Pelli Architects yang akan 'mencacatkan' skyline New York yang asal...

Selepas WTC runtuh 9 tahun lepas... Empire State Building kembali menjadi bangunan paling tinggi di New York dan populariti bangunan ini telah melebihi White House. Malkin juga menambah;

"we are concerned about the legacy" — of the Empire State Building. "We are the stewards of this great icon,"

Adakah kita akan ambil peduli kalau kisah yang sama terjadi pada ikon KL kita seperti- Bangunan Sultan Abdul Samad atau KLCC?... hhmmmm...

Images: news.yahoo.com/s/ap/us_empire_state_building_competitor

Friday, August 6, 2010

~Quote of the week~

“[A designer is] an emerging synthesis of artist, inventor, mechanic, objective economist, and evolutionary strategist.”
Buckminster Fuller
(July 12, 1895 – July 1, 1983)
seorang engineer, author, designer, inventor, dan futurist.

Friday, July 30, 2010

Keciknya DUNIA

Sedang aku setting-up produk di Matrade... tiba2 officer disana menegur aku..

"Encik ni memang dulu belajar ID ke?"

"A'ah, saya memang pure ID...."

"Belajar kat mana dulu??"

"...UiTM Shah Alam"

"OOoo... kalau belajar sana, mesti kenal Mazlan Onn kan?"

"A'ah... kenal sgt.. Dia lecturer plus pernah jadi boss saya dulu..."

"Oh yeke?... you pernah keje dgn dia dulu?"

"A'ah.. lepas study terus saya kerja dgn dia..."
"Mcmana cik boleh kenal dia?"

"Dia tu abang ipar saya...."

Lah..... keciknya DUNIA (nothing much..)

En Mazlan Onn atau lebih senang dgn panggilan En Lan, adalah antara salah seorang lecturer diploma & degree yg telah meng'mold'kan aku seperti apa yang aku jadi sekarang. (selain Prof TJ, En Burn, En Azlaini dll).... Kata2nya cukup meng'inspire' otak aku setiap kali dia mahu mulakan lecture nya... kalau org kata yang ayat2 aku pedas & tak berlapik.... mereka belum dengar lagi apa yang keluar dari mulut En Lan... itu yang buat aku kagum dgn dia sampai sekarang.....terima kasih En Lan. You are the best~ period.



~Quote of the week~

"What exactly is a Satisfaction? - is it the feeling of securing your design or seeing others failed theirs? ...I think designer must learn to accept both..."

Yes, i say this!


~Quote of the week~

Friday, July 23, 2010

~Quote of the week~

"Keeping an eye on trends - whether to follow or leave them behind - is an important aspect of design."
~Quote of the week~


GOOD DESIGN... dari mana ia sepatutnya bermula??



Design yang bagus bermula dengan kehendak penggunanya. Walau sehebat dan secantik mana design itu, tak akan berguna langsung kalau ia tak mengikut kehendak pengunanya.

Bunyinya mcm masalah biasa tetapi banyak produk & services telah GAGAL, kerana mereka yang menjalankannya tidak paham perkara pokok ini.

Mengenalpasti apa kehendak pengguna/client/customer adalah perkara paling utama designer perlu lakukan dan kemudiannya perlu come-out dgn design berdasarkan research dan kreativiti serta sedikit aspek dari segi komersil. Walaupun naluri seorg designer boleh digunapakai, masih banyak lagi kaedah yg lebih saintifik dalam memastikan design itu memenuhi kehendak.

Setiap designer dengan caranya tersendiri- pengumpulan research pasaran, testing dari pengguna, prototype dan analisis trend. Setiap produk yang dikeluarkan umpama satu perjudian, tetapi setiap cara yang digunakan akan membantu mengurangkan risiko kegagalannya - fakta yang selalunya, kejutan bagi client.

Sumber: Translate dari artikel Design Council,UK via Pereka.net
Images: http://www.creativecreativity.com

Friday, July 16, 2010

~Quote of the week~

"better to look like an idiot if u want to work as smart as possible...."
Yes, i say this!


~Quote of the week~

Tersangat Busykah aku??

Tak dapat aku nak buat entry minggu ni... oleh kerana aku teramat busy seminggu ini. Dalam tangan aku saja, ada projek Promosi Kerja Kawin... ada New York Int. Gift Fair... ada Sambutan 50thn Bunga Raya... ada pulak yang baru datang -Majlis Persaraan... Huh!

Alang2 dah menulis, aku nak recall balik apa yang aku dah lalui- Sepanjang aku menjadi kepala pereka a.k.a head designer di Unit ID Kraftangan Malaysia ini, aku sudah handle 103 projek dlm masa 2 tahun 1 bulan. (tepat pada hari aku menulis ini). Projek dalam negara... projek luar negara... projek yg agak remeh... projek yg pecah kepala.... semua ada!. Ini tak dikira pada sub-sub kerja yang ada pada setiap projek. Jika dikira:-

* Sepanjang aku di Kraftangan= 25 bulan
Jumlah Projek (tak termasuk sub2 projek)= 103 projek
103 projek bahagi 25 bulan = 4.12 projek sebulan
4 projek sebulan = 1 projek seminggu....

Wah! aku pun kagum... 1 minggu 1 projek??!!. Itupun kiraan 1 projek seminggu jika aku berkerja 7 hari tanpa cuti... jika tolak cuti sabtu ahad, kursus, dan perkara2 yang tak bersangkut paut... berapa harilah yang tinggal?

* kiraan 1 projek yang lengkap perlulah melalui semua design process ini:-
1)Briefing
2)Development of idea + concept
3)Presentation of concept to management,
4)Pindaan(kalau ada)
5)Mobilization
6)Execute a.k.a Setting-Up/Bump-in
7)Hand-over
8)dan last sekali- Pulling down/bump out...

Wah! lagilah.. segala proses diatas perlu dibuat dlm beberapa hari yang tinggal dalam seminggu tu??!! Hmmm... mcm tak logik pun ada.. tapi itulah yang aku dah lalui 25 bulan lepas sebagai seorg designer kerajaan.

So, siapa kata kerja dlm kerajaan goyang kaki??... keje dlm kerajaan xbyk??... Ini salah satu buktinya. Org kata, ini semua adalah utk rakyat. Tapi, aku kata ini semua kepuasan aku..... 103 kepuasan dah aku rasa... ade beribu lagi menunggu... Terima kasih kepada unit aku yang sentiasa berhempas pulas tapi sentiasa dalam gembiranya. Hebat bukan gandingan Zuraida+Zulizwan+Atras?

Friday, July 9, 2010

~Quote of the week~

"Look, these people, they have no jobs, no food, no education, no future. I just figure that we have two things we can do. Help, or we can sit back and watch a country destroy itself on CNN. Right?"

Staff Sgt. Matt Eversmann of Black Hawk Down. Quoted before he gone to a combat in Mogadishu- first time he commanded a group of Rangers & eager to change others hope....

p/s: Quote ini sebenarnya ada kaitan dgn pekerjaan aku sekarang ~ dan kenapa aku bekerja dalam kerajaan.

~Quote of the week~

Friday, July 2, 2010

~Quote of the week~

My Father When I Was...

4 years old: My daddy can do anything.
6 years old: My dad is smarter than your dad.
8 years old: My dad doesn't know exactly everything.
12 years old: Oh, well, naturally, Father doesn't know anything about that.
14 years old: Don't pay attention to my Father. He is so old-fashioned!
21 years old: Him? My Lord, he's hopelessly out-of- date.
25 years old: Dad knows a little bit about it, but then he should because he has been around so long.
30 years old: Maybe we should ask Dad what he thinks. After all, he's had a lot of experience.
35 years old: I'm not doing a single thing until I talk to Dad.
40 years old: I wonder how Dad would have handled it. He was so wise and had a world of experience.
50 years old: I'd give anything if Dad were here now so I could talk this over with him. Too bad I didn't appreciate how smart he was. I could have learned a lot from him.

Versi yang lebih kurang sama yg aku dengar pada penghujung talk Mr.Mann Young semasa Green Building Forum di ARCHIDEX 2010 KLCC.... Cukup menarik.

~Quote of the week~


Ng Sek San of SEKSAN DESIGN said:

"Sometimes, its okey to back-off from a project... even if people say you are crazy...."
selepas ditanya berkenaan client yang terlalu cerewet

YES! totally agree.... seperti yang dikatakan oleh Ar Dr Tan Loke Mun;
"....When faced with absolute wrong, he can resolutely disagree and walk away."

Ng Sek San juga menambah;
"then if you are good, they will come back to you, and to get your attention"

Ng Sek San adalah seorg landskap arkitek. Belajar dan pernah bekerja di New Zealand selama 12 tahun dan dia banyak menggunakan elemen industrialist seperti raw concrete finish, metal decking ke dalam elemen semulajadi rekaannya. Antara kerja-kerja landskap tersohornya - KLPAC, Sentul West Park, Lot10 Rooftop, Troika Showhouse, etc....

Further info: www.seksan.com

Images: www.seksan.com

Wednesday, June 30, 2010

Prof Tajuddin Ismail said;


“My works are inspired by nature and natural landscapes- which is synonymously interrelated and complimentary of one another.

To me, I’m not only moved by its majestic beauty or its awesome forces and power- but a means of reflecting upon spiritual consciousness on the greatness of the Almighty creator – ALLAH.

Thus, the essence of nature and natural landscape such as color, form, texture, light, pattern and structures are explored to reflect upon the mystical phenomena of the natural world.”
Prof Tajuddin Ismail a.k.a Prof TJ adalah salah seorg pensyarah yang aku cukup respect di UiTM Shah Alam sepanjang diploma aku di FSPU. Prof TJ juga dikenali sebagai seorg pelukis kontemporari yang sebaris dgn Awang Damit.

Akan aku abadikan beberapa pesanannya dalam posting2 akan datang....


Friday, June 25, 2010

~Quote of the week~

"You know you're in love when you can't fall asleep because reality is finally better than your dreams"

~Quote of the week~

Ar Dr Tan Loke Mun of PRESIDENT PAM said;

"Professional Architect lives almost by faith. When called upon he can do the job without fear or favour. He possesses a specialized skill and lives by a code of ethics cloaked in honour and integrity. He is expected to speak his mind and give his views. When faced with absolute wrong, he can resolutely disagree and walk away."
Quote taken from jalakmas blog... Apa yang menarik pada kata2 akhirnya. Mungkin ia kelihatan seperti lari dari permasalahan... mungkin juga ini yang dikatakan 'ego' seorg designer... tapi nature seorg designer, tidak mahu org lain mempersenda2kan pandangannya.... walaupun dtg dlm bentuk sinikal, serius atau libur..... dan berundur diri adalah pilihan paling sesuai... Perbincangan yg bertukar jd pertengkaran hanya akan merendahkan martabat designer....

Wednesday, June 23, 2010

TKP (Operasi) said~

"Peranan kita bantu rakyat dlm industri kraf, dan juga org yang berminat dgn kraf... kita tak boleh charge design yang kita buat.... design inilah yang akan bantu mereka...."
-semasa Meeting E-Rekaan

Inilah yang dikatakan "rakyat didahulukan...". Aku terpikir, dimanakah lagi tempat yang bagi idea dan design secara percuma.... ada ke?. Mungkin di tempat lain, idea + design adalah sumber utama utk mendapat kekayaan.... Tapi disini ,kami berikan FOC (free of charge)... Mungkin inilah tempat untuk org yang selalu berkata; "idea datang dari tuhan, kita cuma perantara utk sampaikan pada manusia sahaja"......semoga kerja aku diberkati.. amin

Mies van der Rohe said ~

"Architecture begins when you place two bricks carefully together"
Yess!! I agree,! Mudah saja org menafsir sesuatu kerja pada luarannya... tapi perlu difahami sebenarnya perancangan yang teliti adalah perkara pokok... Bila kerja2 cincai dah mula diiktiraf, pasti akan mula hilang sedikit demi sedikit kriteria2 penting dalam hasil kerja.... masa inilah akan ada yg berkata mereka pun 'boleh buat kerja2 designer'.... mereka sebenarnya hanya mengaku designer bila try & error mereka berjaya, sedangkan kami designer akan bertanggungjawab dari sebelum kerja bermula....

Aku kata apa yang aku pikir...

Blog ini adalah blog ke-tiga dibawah jagaan aku.... bezanya dari 2 blog yang lain- blog ini akan aku gunakan utk mendokumenkan apa saja yg aku dengar, apa yang aku pikir, apa yang aku paham; tentang kehidupan aku sebagai seorg designer...

Ada golongan yang senang mengaku mereka Designer, dan ada juga yang takut nak guna title Designer. Terpulanglah... Aku percaya pada qadaq & qadar. Aku dah diberi peluang untuk memahami hidup yang singkat ini dari mata seorg pereka,dan aku takkan lepaskan begitu saja...

Semakin lama semakin aku paham tanggungjawab aku yang diamanahkan oleh Designer alam semesta - Yg Maha Esa.... Mungkin pendapat2 aku tidak disukai, atau tidak menepati kehendak sesiapa... tapi itulah aku. Diharap blog ini akan beri pandangan alternatif kepada mereka yang membacanya.. dan aku sentiasa dahagakan inspirasi.... sluuurrrpp!

Akhir kata, Assalamualaikum Dunia...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...