Tak dapat aku nak buat entry minggu ni... oleh kerana aku teramat busy seminggu ini. Dalam tangan aku saja, ada projek Promosi Kerja Kawin... ada New York Int. Gift Fair... ada Sambutan 50thn Bunga Raya... ada pulak yang baru datang -Majlis Persaraan... Huh!
Alang2 dah menulis, aku nak recall balik apa yang aku dah lalui- Sepanjang aku menjadi kepala pereka a.k.a head designer di Unit ID Kraftangan Malaysia ini, aku sudah handle 103 projek dlm masa 2 tahun 1 bulan. (tepat pada hari aku menulis ini). Projek dalam negara... projek luar negara... projek yg agak remeh... projek yg pecah kepala.... semua ada!. Ini tak dikira pada sub-sub kerja yang ada pada setiap projek. Jika dikira:-
* Sepanjang aku di Kraftangan= 25 bulan
Jumlah Projek (tak termasuk sub2 projek)= 103 projek
103 projek bahagi 25 bulan = 4.12 projek sebulan
4 projek sebulan = 1 projek seminggu....
Wah! aku pun kagum... 1 minggu 1 projek??!!. Itupun kiraan 1 projek seminggu jika aku berkerja 7 hari tanpa cuti... jika tolak cuti sabtu ahad, kursus, dan perkara2 yang tak bersangkut paut... berapa harilah yang tinggal?
* kiraan 1 projek yang lengkap perlulah melalui semua design process ini:-
1)Briefing
2)Development of idea + concept
3)Presentation of concept to management,
4)Pindaan(kalau ada)
5)Mobilization
6)Execute a.k.a Setting-Up/Bump-in
7)Hand-over
8)dan last sekali- Pulling down/bump out...
Wah! lagilah.. segala proses diatas perlu dibuat dlm beberapa hari yang tinggal dalam seminggu tu??!! Hmmm... mcm tak logik pun ada.. tapi itulah yang aku dah lalui 25 bulan lepas sebagai seorg designer kerajaan.
So, siapa kata kerja dlm kerajaan goyang kaki??... keje dlm kerajaan xbyk??... Ini salah satu buktinya. Org kata, ini semua adalah utk rakyat. Tapi, aku kata ini semua kepuasan aku..... 103 kepuasan dah aku rasa... ade beribu lagi menunggu... Terima kasih kepada unit aku yang sentiasa berhempas pulas tapi sentiasa dalam gembiranya. Hebat bukan gandingan Zuraida+Zulizwan+Atras?
No comments:
Post a Comment