For what i'm thinking of... what i'm doing... and what's inspire me... and this is how i see the world!
Showing posts with label Exhibition. Show all posts
Showing posts with label Exhibition. Show all posts

Wednesday, July 3, 2013

At last..... for me, its sumthing.


Event Promosi Kerja kahwin 2013 tamat semalam..... Harini aku mula sibuk dengan kerja-kerja pulling down exhibition area.... Selain aku, designer-designer lain pun sibuk jugak membungkus produk mereka....

Terang-terang aku mengaku, tak ada produk kraf yang buat aku mahu tengok dengan detail- sekali lalu itu selalu. Tapi kali ini ada juga dalam celahan-celahan produk 'lemau' ini, ada produk yang 'bernyawa'. Ini 3 antara yang aku nampak 'bernyawa'...

~ ~ ~ ~ ~ ~

Kotak tepak sirih ....... dengan penutup magnetic.... Tradisional content with modern approach...

Set cawan & piring dari Kayu Sena....... good as souvenir item...

Full scale Mangkuk tingkat dari Kayu Sena juga.... maybe good as souvenir item too...

So far, aku bagi credit a.k.a pujian pada designer yang buat 3 product di atas..... Inilah level produk kraf yang boleh jadi benchmark. Bukan je dari segi kualiti design, tapi karakter produk yang marketable.... So far, ada nampak usaha PREKA untuk UP kan standard produk kraf. Aku nak tengok berapa lama mereka dapat bertahan.....

Ini cuma pandangan peribadi.....

p/s: PREKA by Kraftangan Malaysia--> segmen produk kraf yang mementingkan kualiti untuk pasaran upmarket. Boleh di dapati di Outlet PREKA --> Main Outlet- House of PREKA di Kompleks Kraf Kuala Lumpur Jalan Conlay




Monday, July 23, 2012

GOOD GOODS JAPAN at Pavilion, Kuala Lumpur

Lunch time tadi, ku telah pergi ke Pavilion untuk recce site Decor 'Blooming Raya' bersama Pavilion. Hujung minggu depan aku akan berkampung 2 hari untuk set-up Festive Decor Kraftangan bersama Pavilion di Center Court Pavilion. Semasa aku datang recce, sedang ada pameran produk dari company-company Jepun - GOOD GOODS JAPAN.

Dari info yang aku dapat, GOOD GOODS JAPAN adalah pameran produk kegunaan harian dari syarikat-syarikat SME dari Jepun dalam memperkenalkan produk lifestyle terkini mereka. Berlangsung selama 5 hari dari 23hb(Selasa) - 27hb(Ahad) Julai di Center Court Pavilion, Kuala Lumpur.

Serentak juga dengan sambutan ulang tahun pertama "Tokyo Street" di Pavilion KL dari 23hb - 29hb Julai, banyaklah aktiviti-aktiviti berkaitan 'kejepunan' diseletkan, antaranya termasuklah penampilan khas MIYAVI 'Samurai Rocker', ENA MATSUMOTO, ORIGAMI Workshop, TOKYO FASHION FIESTA dan juga COSPLAY FASHION FIESTA

aktiviti busking di 'Tokyo Street' yang sempat aku 'snap' sempena TOKYO STREET 1ST ANNIVERSARY

menjengok ke Center Court pula....
Mereka datang dengan display minimalis nya... so Jepun.. Aku suka. Tak perlu rack shelving bertingkat semua, apa yang perlu cuma plain top display..... nanti aku tengok sejauh mana aku boleh masukkan konsep display ni dalam kerja-kerja aku... Harap-harap tak kene bambu dengan Bos... atau Big Boss

Dalam pameran produk ini, ada juga dari daerah utara jepun - daerah yang terkena Tsunami - TOHOKU District dan IBARAKI. Fokus produk mereka banyak kepada hasil kerja tangan tradisional Jepun. Bagi aku tradisional jepun adalah satu yang cukup kontemporari.... sesuai dengan gaya hidup minimalis.

Cardboard Papercraft Zirafah.... dari Aki Co. Ltd

Pameran GOOD GOODS JAPAN ini merupakan anjuran JETRO- Japan External Trade Organization, - organisasi yang bertanggungjawab membantu SME Jepun untuk memaksimumkan potensi ekspot mereka dan mempromosikan pelaburan terus asing ke dalam Jepun.... ala-ala Matrade aku rasa. Pada yang berminat, sila lah ke Center Court Pavilion hingga hujung minggu ini. Zirafah kertas menuggu anda.




Tuesday, May 22, 2012

Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu Untuk Rakyat Asal

Beginilah lebih kurang skrol yang terdapat 'Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu Kepada Rakyat' yang telah menarik perhatian aku dipenghujung pameran 'PAMERAN KESULTANAN PERAK' di Galeri Petronas tempoh hari....

Dari sedikit research yang aku buat, Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek kepada Raja-Raja Melayu.

Sebelum merdeka, kedaulatan negeri-negeri dan seterusnya negara adalah terletak di pada tangan Raja-Raja Melayu dan penjajah British hanya diberi kuasa untuk mentadbir.

Menurut dari Blog Pesan-Pesan, kuasa mentadbir British itu diperolehi melalui diplomasi ugutan (gunboat diplomacy) para-para kapitalis dan pedagang-pedagang British dan dilegitimasi melalui perjanjiian-perjanjian dengan Raja-raja Melayu.

Ada pihak berpendapat kemerdekaan adalah apabila Raja-Raja Melayu perkenan untuk mengalihkan kuasa-kuasa mutlak mereka kepada rakyat dalam hal-hal mentadbir negara melalui sistem demokrasi yang dinamakan Perlembagaan Beraja (Constitutional Monarchy).

Pihak istana terlibat dalam proses-proses perbincangan dan perundingan untuk Merdeka. Walaupun peralihan kuasa telah dilakukan, Raja-Raja Melayu masih mempunyai kuasa-kuasa tertentu.

Menurut dari Blog Pesan-Pesan lagi, atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaulatan negara yang terletak kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat (consensus) melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu (seperti tersebut dlm skrol di atas) memerlukan izin Majlis-Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan perlembagaan Parlimen dibenarakan berkuatkuasa.

'Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu Kepada Rakyat' ini perlu difahami dari intipati kemerdekaan, bukan sekadar merdeka dari penjajah.

~~ Demi negara, yang tercinta.... Fahami lah





Wednesday, May 16, 2012

Pameran Kesultanan Perak (The Perak Sultanate Exhibition)


Today, i bump into an interesting title while walking in front of Galeri PETRONAS at KLCC..... -PAMERAN KESULTANAN PERAK (The Perak Sultanate Exhibition). A large image of 'Keris Taming Sari' that had catch my eyes which make me spend half and hour, reading and examine all the exhibit area..... 

Quite an impressive exhibit, even thought there is no 'Keris Taming Sari' being displayed. (but if not mistaken, there's a replica of the 'keris' being put as part of Royal Costume display). Its still a good exhibit with a lot of pictorial information dated back from Parameswara- founder of Malacca Sultanate.

One thing that attract me most is the 'Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu Kepada Rakyat' (The 7 Will of the Malay Rulers to the People)- a promise by all the Malay Rulers that were presented before the Independence to the Malay peoples as the original people and the subject of the Malay Rulers- which i'll detail it up in another posting....

The Perak Sultanate Exhibition start from 26 April 2012 until 24 June 2012. I highly recommended this exhibit for those who love Malaysian History.... especially the Malays

p/s: Last month, I've been given a task to propose a display area entitled -'The Art of Carving in Malay Weaponry' which include 'Keris Taming Sari' as the highlighted item.... till now I've no information on a proper handling of this well-known mystical 'keris'... hhmmmmm..... i've handled normal 'keris' display before- and its got a lot of do & don't... wait till i get my hand into 'Keris Taming Sari'..




Friday, January 20, 2012

BMW Vision Full-scale Mock-up Car

Follow-up pada apa yang aku janjikan.....


 20 Jan 2012; 1330; Level 2, PAVILION Kuala Lumpur
 BMW Vision Full-scale Mock-up Car





































perasan tak ada roda di bawah bonet Mock-up car ini.....??!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...