For what i'm thinking of... what i'm doing... and what's inspire me... and this is how i see the world!
Showing posts with label Shopping Center Decor. Show all posts
Showing posts with label Shopping Center Decor. Show all posts

Monday, July 23, 2012

GOOD GOODS JAPAN at Pavilion, Kuala Lumpur

Lunch time tadi, ku telah pergi ke Pavilion untuk recce site Decor 'Blooming Raya' bersama Pavilion. Hujung minggu depan aku akan berkampung 2 hari untuk set-up Festive Decor Kraftangan bersama Pavilion di Center Court Pavilion. Semasa aku datang recce, sedang ada pameran produk dari company-company Jepun - GOOD GOODS JAPAN.

Dari info yang aku dapat, GOOD GOODS JAPAN adalah pameran produk kegunaan harian dari syarikat-syarikat SME dari Jepun dalam memperkenalkan produk lifestyle terkini mereka. Berlangsung selama 5 hari dari 23hb(Selasa) - 27hb(Ahad) Julai di Center Court Pavilion, Kuala Lumpur.

Serentak juga dengan sambutan ulang tahun pertama "Tokyo Street" di Pavilion KL dari 23hb - 29hb Julai, banyaklah aktiviti-aktiviti berkaitan 'kejepunan' diseletkan, antaranya termasuklah penampilan khas MIYAVI 'Samurai Rocker', ENA MATSUMOTO, ORIGAMI Workshop, TOKYO FASHION FIESTA dan juga COSPLAY FASHION FIESTA

aktiviti busking di 'Tokyo Street' yang sempat aku 'snap' sempena TOKYO STREET 1ST ANNIVERSARY

menjengok ke Center Court pula....
Mereka datang dengan display minimalis nya... so Jepun.. Aku suka. Tak perlu rack shelving bertingkat semua, apa yang perlu cuma plain top display..... nanti aku tengok sejauh mana aku boleh masukkan konsep display ni dalam kerja-kerja aku... Harap-harap tak kene bambu dengan Bos... atau Big Boss

Dalam pameran produk ini, ada juga dari daerah utara jepun - daerah yang terkena Tsunami - TOHOKU District dan IBARAKI. Fokus produk mereka banyak kepada hasil kerja tangan tradisional Jepun. Bagi aku tradisional jepun adalah satu yang cukup kontemporari.... sesuai dengan gaya hidup minimalis.

Cardboard Papercraft Zirafah.... dari Aki Co. Ltd

Pameran GOOD GOODS JAPAN ini merupakan anjuran JETRO- Japan External Trade Organization, - organisasi yang bertanggungjawab membantu SME Jepun untuk memaksimumkan potensi ekspot mereka dan mempromosikan pelaburan terus asing ke dalam Jepun.... ala-ala Matrade aku rasa. Pada yang berminat, sila lah ke Center Court Pavilion hingga hujung minggu ini. Zirafah kertas menuggu anda.




Wednesday, January 4, 2012

Mall War.... CNY 2012 Sneak Peak!!

Terlanjur aku sudah ke OU, Pavi, KLCC, Mid Valley dan Fahrenheit utk window shopping.... Aku lihat mereka dah mula sibuk dengan preparation dekor Chinese New Year....

....so, here goes my CNY Mall War Sneak Peak....

One UTAMA New Wing....
Recycle dari dekor krismas yg lepas... masih gunakan underwater ambiance....


Mid Valley....


Fahrenheit......
 

Pavilion.......


KLCC.......




Thursday, October 27, 2011

Happy Deepavali 2010 !!.. dengan TAPI!

by http://trixinc.deviantart.com
HAPPY DEEPAVALI to all Malaysian!
especially to all my indian friends (tapi tak ramai manalah...)
Mcm perayaan-perayaan utama yang lain.... Apa yang aku tunggu-tunggu cumalah 'public holiday'. So, boleh lah aku lepak-lepak di rumah dan paling tidak pun keluar utk window shopping.... (sambil-sambil boleh survey decor mall yang aku pergi).

TAPI !!... Apa yang buat aku terkejut.... Mall yang aku sangka akan penuh decor deepavali bewarna warni, rupanya senyap sunyi (sesetengahnya ada bunyi cengkerik lagi) - seperti Deepavali ini bukan perayaan utama di Malaysia... Pelik pulak rasanya...!! Dari 4 Mall yang aku sempat pergi.... 

 Cuma boleh dikatakan Sunway Pyramid saja yang buat setup khas utk deepavali, berkonsep "Garden of Dewali" (time ni aku pulak tak bawa NEX)... Mid valley dan Garden cukup sekadar hiasan 'kolam' di ground floor. KLCC yang gah dibelakang opis aku lagi aneh, seperti tiada apa-apa perayaan berlaku (kat sini ada bunyi cengkerik kedengaran)...

Kolam @ Garden
Kolam @ Mid Valley
 Anehkan.... membuatkan aku malas utk pergi ke mall-mall lain.... Potong stim.... Kebanyakan Mall hanya buat promotion dan sedikit pocket show untuk Deepavali tahun ni... tapi masih anehkan?...

Maknanya tak semuanya sehappy dewali tahun ini.... 

Tuesday, August 23, 2011

2011 Eidul Mall War - Armcorp Mall

Sebenarnya, pergi ke Armcorp Mall setiap kali hari Ahad dah menjadi rutin mingguan aku.... Sebulan, sekurang-kurangnya 2 kali aku (Akan atau perlu?) pergi ke sana. Lebih-lebih lagi Ahad lepas adalah Ahad terakhir sebelum menyambut Hari Raya (tepat Ahad minggu ini....) Mana tau ada barang-barang menarik mata menandang..... Tapi ada benda lain yang menarik pandangan aku.... 

'Dekor Aidilfitri di Armcorp Mall'
Pagar tumbang terkena aircond...... Cute kan?....
Aku rasa Mall Dekor paling SEMPOI aku penah tengok.... Main column yang di balut dengan canvas printed seakan-akan rumah kayu. Ditambah sikit daun nipah di atasnya sebagai atap dan lampu kelip-kelip... Pagar buluh beserta pelita.... (Comelnya... dah tumbang masa aku datang). Dan sedikit prop kuali dodol dan kelapa.... 

70% kriteria suasana rumah kayu dah ada, cuma personally aku rasa tak presentable- shoddy display..... Pemilihan canvas berbanding sticker juga boleh aku persoalkan.... tapi semuanya mengikut budget yang disediakan.... (aku cuba positifkan keadaan... hehehe). Tapi, ber-flea market di Armcorp Mall tak memerlukan ambiance raya seperti ini.... Mall ini sudah ada audiencenya sendiri yang juga sempoi... (mcm aku?)

Aku masukkan Armcorp Mall dalam 'Mall Hunting List' aku... dan tahun depan aku akan tengok dekor apa pula yang mereka akan buat.... (mungkin di tiang yang sama....) Cute!

Tuesday, August 9, 2011

2011 Eidul Mall War - KLCC....

Setiap kali menjelang hari raya, boleh dikatakan kebanyakkan shopping complex akan bersungguh untuk express mood raya di premis masing-masing... Ini penting untuk create mood raya pada pengunjungnya utk terus ter'pukau' bershopping raya di tempat mereka.... Selain menjadi 'crowd puller' dlm sesuatu shopping complex- juga menjadi venue untuk pengunjung bergambar kenang-kenangan..... Seakan sudah menjadi trend kepada shopping complex utama sekitar KL untuk berlawan antara satu sama lain- siapa lagi hebat dan siapa lagi gah dalam mengekpresi dan mempromosi mood raya pada pengunjung mereka... e.g KLCC, Pavilion, Mid Valley, OU, etc...

Center Court dan Main Entrance selalu menjadi kawasan pilihan menempatkan dekorasi bertema ini..... Di sinilah 1st impression setiap pengunjung yg datang ke Mall untuk melihat bersungguh mana mereka akan di'sambut'. Ini yang akan menentukan banyak mana atau lama mana mereka sanggup berada dan berbelanja di sana... Aku akan cuba lawat seberapa banyak shopping complex sekitar KL untuk melihat apa yang mereka lakukan untuk Aidilfitri 2011...

Suria KLCC sudah tentu menjadi tempat pertama yg aku survey(walaupun Pavilion lagi dekat dgn opis aku) kerana aku memang kerap kesana.... Center Court KLCC mengambil konsep 'halaman rumah kampung' dengan membina sebuah mock-up full-scale rumah kampung limas, bertanggakan rumah melaka lengkap dengan hiasan-hiasan bunga di sekitar rumah.... sungguh colorful!
Gabungan bunga hidup & tiruan

Full-scale rumah limas
Pentas persembahan menjadi salah satu kriteria utama ruang untuk aktiviti fashion show & live music yang telah dirancang sepanjang promosi. Positioning pentas ini juga penting untuk tidak kelihatan janggal dengan persekitaran dekorasi yang telah direka.... Di KLCC, pentas betul-betul dibina seakan sebahagian dari landing tangga....
Pentas Persembahan




































 
Selain dari dekorasi di Center Court, terdapat satu setting patio garden di depan entrance fountain dan hanging deco 'pokok kelapa' di sepanjang atrium di kedua-dua belah Ramlee dan Ampang Mall. Sepanjang passageway di setiap level juga dihiasi dengan hanging deco garden lattice - continuity dari patio di entrance fountain tadi....

Deco partio garden di Entrance Fountain
Hanging Deco 'Pokok Kelapa' di sepanjang atrium Ramlee & Ampang Mall....
Hanging Deco 'Pokok Kelapa' di atrium Center Court
Hanging deco lattice dengan wording 'Salam Aidilfitri di passageway setiap level...
Selepas KLCC, aku akan buat Mall Hunting untuk tengok deco mall lain plak... Harap lebih bagus dari KLCC yang aku rasa mereka agak 'So-So' tahun ni....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...