Lunch time tadi, ku telah pergi ke Pavilion untuk recce site Decor 'Blooming Raya' bersama Pavilion. Hujung minggu depan aku akan berkampung 2 hari untuk set-up Festive Decor Kraftangan bersama Pavilion di Center Court Pavilion. Semasa aku datang recce, sedang ada pameran produk dari company-company Jepun - GOOD GOODS JAPAN.
Dari info yang aku dapat, GOOD GOODS JAPAN adalah pameran produk kegunaan harian dari syarikat-syarikat SME dari Jepun dalam memperkenalkan produk lifestyle terkini mereka. Berlangsung selama 5 hari dari 23hb(Selasa) - 27hb(Ahad) Julai di Center Court Pavilion, Kuala Lumpur.
Serentak juga dengan sambutan ulang tahun pertama "Tokyo Street" di Pavilion KL dari 23hb - 29hb Julai, banyaklah aktiviti-aktiviti berkaitan 'kejepunan' diseletkan, antaranya termasuklah penampilan khas MIYAVI 'Samurai Rocker', ENA MATSUMOTO, ORIGAMI Workshop, TOKYO FASHION FIESTA dan juga COSPLAY FASHION FIESTA
Serentak juga dengan sambutan ulang tahun pertama "Tokyo Street" di Pavilion KL dari 23hb - 29hb Julai, banyaklah aktiviti-aktiviti berkaitan 'kejepunan' diseletkan, antaranya termasuklah penampilan khas MIYAVI 'Samurai Rocker', ENA MATSUMOTO, ORIGAMI Workshop, TOKYO FASHION FIESTA dan juga COSPLAY FASHION FIESTA
aktiviti busking di 'Tokyo Street' yang sempat aku 'snap' sempena TOKYO STREET 1ST ANNIVERSARY
menjengok ke Center Court pula....
Mereka datang dengan display minimalis nya... so Jepun.. Aku suka. Tak perlu rack shelving bertingkat semua, apa yang perlu cuma plain top display..... nanti aku tengok sejauh mana aku boleh masukkan konsep display ni dalam kerja-kerja aku... Harap-harap tak kene bambu dengan Bos... atau Big Boss
Dalam pameran produk ini, ada juga dari daerah utara jepun - daerah yang terkena Tsunami - TOHOKU District dan IBARAKI. Fokus produk mereka banyak kepada hasil kerja tangan tradisional Jepun. Bagi aku tradisional jepun adalah satu yang cukup kontemporari.... sesuai dengan gaya hidup minimalis.
Cardboard Papercraft Zirafah.... dari Aki Co. Ltd
Pameran GOOD GOODS JAPAN ini merupakan anjuran JETRO- Japan External Trade Organization, - organisasi yang bertanggungjawab membantu SME Jepun untuk memaksimumkan potensi ekspot mereka dan mempromosikan pelaburan terus asing ke dalam Jepun.... ala-ala Matrade aku rasa. Pada yang berminat, sila lah ke Center Court Pavilion hingga hujung minggu ini. Zirafah kertas menuggu anda.
No comments:
Post a Comment