For what i'm thinking of... what i'm doing... and what's inspire me... and this is how i see the world!

Monday, May 6, 2013

Ujian aku 5 tahun lepas.....

Malam tadi Barisan Nasional baru saja lulus ujian PRU-13nya yang paling gentir.... walaupun bukan dengan cemerlang, tapi masih lagi berjaya dalam ujiannya....

5 tahun yang lepas, pada tarikh yang sama...... Aku juga melalui satu ujian. Ujian yang menentukan sama ada aku dapat berbakti kepada rakyat... ataupun terus menjadi orang biasa yang pentingkan hal kocek sendiri.... Dan Alhamdulillah... 5 tahun lepas, telah aku lulus dengan jayanya....

Ketika itu, sebelum aku di interview oleh para penal.... aku telah diminta untuk buat satu ujian sketches ... dan ini hasilnya (yang agak buruk strok drawingnya...)
"Soalan:- Anda dikehendaki untuk melakar rekabentuk produk kraf yang berkaitan dengan kepakaran bidang anda. Lakaran produk tersebut perlu disesuaikan mengikut situasi yang sesuai di mana mengambarkan ciri-ciri produk tersebut. Rekabentuk produk tersebut perlulah menepati kehendak pasaran semasa, tetapi masih mengekalkan ciri-ciri tradisional. Anda digalakkan untuk mencatatkan idea secara kasar pada lakaran tersebut untuk menyokong lakaran konsep. Anda bebas mengunakan medium untuk membuat lakaran. Anda perlu menyiapkan lakaran dalam masa 45 minit."

COKMAR HOLDER....

Aku pun tak tahu macamana idea cokmar holder ni boleh ada dalam otak aku.... dan terus menjadi lakaran di atas kertas ujian yang diberi.... (Tindakan bawah sedar aku...). Boleh kira detail juga explanation aku dalam sketches ini- dah macam technical drawing pun ada.

Kombinasi rehal, pending, motif songket & batik dan segala bagai idea mengarut yang datang untuk 10 minit pertama, dah cukup untuk hasilkan sketches ini.... Dalam kerja aku yang sebenar pun, tak mencapai tahap explanation konsep se detail ini..

Sebenarnya, aku baru terjumpa gambar ini. Dalam timbunan gambar-gambar koleksi 2008.....Oleh sebabkan tarikh ini ulang tahun ke-5 aku dalam Kraftangan. Aku tributekan posting ini untuk sketches yang menyebabkan segalanya menjadi kenyataan...


Alhamdulillah amin...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...