Tahun 2009 yang lepas, tat kala aku masih setahun jagung sebagai pereka dalam gomen ni.... aku telah hantar ke Kuching Sarawak untuk kerja-kerja dekor untuk event Sambutan Hari Malaysia yang pertama di Padang Merdeka, Kuching- event yang telah menjadikan 16 September setiap tahun sebagai cuti umum. Kerja-kerja dekor ini melibatkan hiasan di persekitaran padang untuk menampakkan kemeriahan sambutan merdeka.....
Keadaan persiapan di padang seperti biasa sehinggalah tiba-tiba munculnya sesuatu yang men'jolok' mata aku. Pihak aku tak tahu menahu tentang grafik ini. Sama ada aku sorang sahaja yang tak boleh terima, atau memang orang yang approve kan design ini 'tak ada taste'.... Terkejut aku kalau grafik ini terus akan berada di atas pentas utama, di hadapan PM, dihadapan orang ramai tanpa ada yang sedar....
Maaf pada pereka yang bertungku-lumus menyiapkan design ini di Semenanjung, kemudian mencetaknya dan membiarkan mereka di Sarawak ini memasang dan melihatnya- kerja anda 'Hampas'..... Jauh dari standard budak lepasan Sijil. Yang aku pikirkan, mungkin ada orang yang akan menunding jari pada pihak kami jika ke'unik'an grafik itu dipersoalkan- orang akan kata- "kami kan yang memantau dekorasi acara di padang.....??!"
~ ~ ~ ~
Alhamdulillah... ada yang sedar....
Walaupun lebih kurang sama sahaja dengan yang asal..... tapi inisiatif untuk Play Safe itu dah menyelamatkan keadaan.... Pada hari Full-Dress Rehearsal, keseluruhan grafik itu telah ditukar pada yang baru. Daripada 'asal ada' kepada 'asal ada yg cantik sikit'- sudah cukup memadai..... Jadi acara itu berlansung tanpa ada tunding-menunding....
...AMAN...
~ ~ ~ ~ ~
Tiba-tiba 3 tahun kemudian...
Toiinkk!!
ait....(gosok mata). Muncul lagi?.... ingatkan dah mampus.....
Tapi kali ni betul-betul mampus...
Sekian Dejavu aku....
No comments:
Post a Comment