For what i'm thinking of... what i'm doing... and what's inspire me... and this is how i see the world!

Wednesday, July 3, 2013

At last..... for me, its sumthing.


Event Promosi Kerja kahwin 2013 tamat semalam..... Harini aku mula sibuk dengan kerja-kerja pulling down exhibition area.... Selain aku, designer-designer lain pun sibuk jugak membungkus produk mereka....

Terang-terang aku mengaku, tak ada produk kraf yang buat aku mahu tengok dengan detail- sekali lalu itu selalu. Tapi kali ini ada juga dalam celahan-celahan produk 'lemau' ini, ada produk yang 'bernyawa'. Ini 3 antara yang aku nampak 'bernyawa'...

~ ~ ~ ~ ~ ~

Kotak tepak sirih ....... dengan penutup magnetic.... Tradisional content with modern approach...

Set cawan & piring dari Kayu Sena....... good as souvenir item...

Full scale Mangkuk tingkat dari Kayu Sena juga.... maybe good as souvenir item too...

So far, aku bagi credit a.k.a pujian pada designer yang buat 3 product di atas..... Inilah level produk kraf yang boleh jadi benchmark. Bukan je dari segi kualiti design, tapi karakter produk yang marketable.... So far, ada nampak usaha PREKA untuk UP kan standard produk kraf. Aku nak tengok berapa lama mereka dapat bertahan.....

Ini cuma pandangan peribadi.....

p/s: PREKA by Kraftangan Malaysia--> segmen produk kraf yang mementingkan kualiti untuk pasaran upmarket. Boleh di dapati di Outlet PREKA --> Main Outlet- House of PREKA di Kompleks Kraf Kuala Lumpur Jalan Conlay




Wednesday, May 8, 2013

Tahniah..... Better Nation!!!


Alhamdulillah, Ahad lepas, selesai sudah hari mengundi yang aku rasa paling getir dalam sejarah negara.... (sehinggakan masih ada yang belum berpuashati/terima dengan keputusan PRU). Dan masih lagi terbukti, Barisan Nasional berjaya mengekalkan kuasanya sebagai kerajaan pemerintah untuk 5 tahun akan datang... Tahniah sekali lagi....
Dengan 133 kerusi parlimen, BN berjaya mendapat simple majority melebihi 112 kerusi....hanya kurang 15 kerusi untuk menang 2/3 undi. Meninggalkan pembangkang 44 kerusi.... Walaupun keputusan ini menurun dari pilihanraya ke-12 tahun 2008.... Tapi BN masih lagi menjadi pilihan... (Walaupun Popular Vote memihak pada pembangkang, its Electoral Vote that count).


Niat posting kali ini, cumalah untuk ucapkan tahniah pada Barisan Nasional, parti yang aku rasa memang berada dalam keadaan do-or-die situation dalam pilihanraya kali ini. Bertambah lagi dengan suasana politik kurang matang walaupun dah 13 kali bertanding....

Personally, aku rasakan BN perlu menang, bukan untuk teruskan legasi 55 tahun, tapi untuk diberi ruang muhasabah diri, melihat apa perkara-perkara yang perlu diperbaiki hasil dari suara-suara rakyat yang prihatin (kerna memang lagi banyak suara-suara yang menjahanamkan... vice versa situation). Mungkin menjadi kerajaan terlalu lama- menjadikan BN sedikit alpa.....Diharap dengan 133 kerusi ini- kurang 7 kerusi dari prestasi terburuk BN 2008 -merupakan wake-up call yang sangat-sangat perlu diambil kisah.

Mengadili prestasi sebenar dengan fitnah & scandal yang hanya berputar di laman web dan tabloit, bagi aku satu taktik tidak matang....(vice versa situation) tapi bagaimana pula dengan kematangan mereka yang menerima perkara-perkara itu. Mereka-mereka ini juga masih boleh menentukan sama ada pemerintah sekarang masih boleh berkuasa atau sebaliknya..... Pada parti opportunist, ini adalah peluang untuk memanipulasikan situasi.

Aku selalu ingatkan diri aku sendiri, "Malaysia-ku negara yang sangat kompleks tapi masih harmony.... acuan kita tak akan sama dengan mana-mana negara di dunia dan kita terbukti berjaya....!!". Tabiat mula membanding-banding kelebihan negara lain tanpa melihat kekurangannya; menjadi virus setahun sebelum pilihanraya... dan semakin merebak bila pilihanraya semakin hampir tiba. Ramai yang juga alpa (seperti juga BN) merasakan apa yang ada, bukanlah usaha harmony... lebih pada usaha korupsi.

Buat sekian kali, semua orang berpeluang untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara hari ahad lepas (termasuk aku buat kali pertamanya....). Semua mahukan yang terbaik untuk negara kita... harap-harap semua orang ini masih mahu tengok Malaysia hidup dalam 'harmony'.


Maaflah pada yang tak setuju... bagi aku ... Barisan Nasional masih releven... dan aku harapkan Barisan Nasional yang baru.... Barisan Nasional yang lebih kontemporari.... Still, Tahniah buat BN!
(cerita politik sampai kiamat pun tak habis..... aku berenti di sini saja...)


P/s: Maaf aku hanya bercakap pasal Parti, bukan pada individu parti.... individu boleh ditukar... 

#Harmony --> peaceful coexistence -the apparent inability of the party's right and left wings to resolve their conflicts and live in harmony at least during the convention-




Monday, May 6, 2013

Ujian aku 5 tahun lepas.....

Malam tadi Barisan Nasional baru saja lulus ujian PRU-13nya yang paling gentir.... walaupun bukan dengan cemerlang, tapi masih lagi berjaya dalam ujiannya....

5 tahun yang lepas, pada tarikh yang sama...... Aku juga melalui satu ujian. Ujian yang menentukan sama ada aku dapat berbakti kepada rakyat... ataupun terus menjadi orang biasa yang pentingkan hal kocek sendiri.... Dan Alhamdulillah... 5 tahun lepas, telah aku lulus dengan jayanya....

Ketika itu, sebelum aku di interview oleh para penal.... aku telah diminta untuk buat satu ujian sketches ... dan ini hasilnya (yang agak buruk strok drawingnya...)
"Soalan:- Anda dikehendaki untuk melakar rekabentuk produk kraf yang berkaitan dengan kepakaran bidang anda. Lakaran produk tersebut perlu disesuaikan mengikut situasi yang sesuai di mana mengambarkan ciri-ciri produk tersebut. Rekabentuk produk tersebut perlulah menepati kehendak pasaran semasa, tetapi masih mengekalkan ciri-ciri tradisional. Anda digalakkan untuk mencatatkan idea secara kasar pada lakaran tersebut untuk menyokong lakaran konsep. Anda bebas mengunakan medium untuk membuat lakaran. Anda perlu menyiapkan lakaran dalam masa 45 minit."

COKMAR HOLDER....

Aku pun tak tahu macamana idea cokmar holder ni boleh ada dalam otak aku.... dan terus menjadi lakaran di atas kertas ujian yang diberi.... (Tindakan bawah sedar aku...). Boleh kira detail juga explanation aku dalam sketches ini- dah macam technical drawing pun ada.

Kombinasi rehal, pending, motif songket & batik dan segala bagai idea mengarut yang datang untuk 10 minit pertama, dah cukup untuk hasilkan sketches ini.... Dalam kerja aku yang sebenar pun, tak mencapai tahap explanation konsep se detail ini..

Sebenarnya, aku baru terjumpa gambar ini. Dalam timbunan gambar-gambar koleksi 2008.....Oleh sebabkan tarikh ini ulang tahun ke-5 aku dalam Kraftangan. Aku tributekan posting ini untuk sketches yang menyebabkan segalanya menjadi kenyataan...


Alhamdulillah amin...


Wednesday, April 17, 2013

Man of Steel Trailer #3.... The Best Ever!

Officially, trailer ini baru sahaja release di IMDB semalam....

Sampai hari ini, dah berpuluh-puluh kali aku tengok. Tadi baru saja aku convert masuk ke dalam iPad Mini (untuk menemani perjalanan ku ke Langkawi... )

There's something about this trailer that's really make me stunted!!!.... the score by Hans Zimmer maybe.All the scene were perfectly choreograph into one emotional journey of superhero, Speechless....

Betul-betul aku speechless dan meremang bulu tengkuk aku, setiap kali tengok Trailer ini.... Bagi aku, the best ever trailer..... Nice work Nolan.... Nice work Snyder.... Enjoy!



"It's not an 'S'.... in my world, it means hope..."

.......

"How about Supe...zzzzzz....,"
"Excuse me...."

 Damn!!! 




Friday, April 5, 2013

Bivacco Gervasutti: Inspirasi yang datang dari tebing Gunung!!

Sekali pandang gambar ini, otak aku dah memproses data-data yang boleh dimanipulasi di atas situasi yang sama dalam gambar ini...

(Photo: Photograph by Francesco Mattuzzi / Courtesy of The Leap Factory)
Bivacco Gervasutti di tebing Mont Blanc, Italy direka oleh Luca Gentilcore and Stefano Testa

Bivacco bermaksud kawasan perkhemahan sementara yang menggunakan bahan semulajadi, yang digunakan oleh pendaki gunung.... Gervasutti pula merujuk kepada Giusto Gervasutti (17 April 1909 – 16 September 1946), seorang pendaki terkenal Italy yang terbunuh semasa mendaki di Mont Blanc du Tacul.  

Bivacco Gervasutti dibina untuk menggantikan pondok pendaki di East Face, Grandes Jorasses, yang telah dibina semenjak 1948 yang menggunakan prefabricated wooden construction. Bivacco Gervasutti merupakan hasil dari Projek LEAP - Living Ecological Alpine Pod - yang merupakan environmentally conscious alternative kepada para pendaki yang perlukan tempat berlindung sementara semasa sesi pendakian mereka. Semestinya projek sebegini tak menjadi isu di Malaysia.

~ ~ ~ ~

Apa yang bermain-main di otak aku sebenarnya penggunaan motif jacquard weaving berwarna merah, kontra dengan badan capsule bewarna putih yang menyebabkan ia nampak begitu menyerlah dari jauh- dan yang penting ia 'masuk' (tak jumpa ayat yang sesuai...) dengan suasana pergunungan sekeliling. Menurut artikel dari Domus, motif red jacquard ini mewakili iconography tradisional sebuah pergunungan di sana....

Aku terpikir, adakah Batik Malaysia punyai peluang yang sama?... Signifikannya sesuai guna di mana?....

Projek yang berjaya menyelesaikan hampir kesemua isu yang patut di 'tackle' hari ini- Go Green!!-Pre-Fab---> Bina di tempat lain dan hanya pindahkan tanpa perlu mengubah (mungkin memusnahkan?!!) kawasan persekitarannya.

"Bringing the “Pre-fab” notion to a whole new level, the Living Ecological Alpine Pod, or LEAP, offers an environmentally conscious alternative to traditional mountain shelters. Assembled off-site and then flown into its desired location, the LEAP goes green via its unique plane and ship-style construction technologies. A biological toilet, thermally isolated doors and electric induction cooker are just a few of its refined interior attributes, while the self-sustaining home is outfitted with an array of technologies that allow it to self-diagnose structural issues, weather conditions, maintain emergency communications and generate power naturally through its exterior photovoltaic films. The core benefits of the LEAP are rooted in its ability to leave a significantly less footprint on the environment due to its greater mobility and self-sustaining capabilities."
Taken from HYPERBEAST


Adios.....



Tuesday, March 12, 2013

~Quote of the week~

Architecture-really?!!

"....People may not have the professional capacity to comment on production of architecture, but they are in the right place to comment on reception of architecture......"

taken from my ex-colleague's FB Wall
Xeem Nor


~ ~ ~

If architect and designer don't read more on critical analysis of architecture, DOES that mean they do not care about the reception of their work so long as the production happens?....

Mind you, what you read in magazine are mostly the architect intention and not the critical review.....


I think, we still need both....


~Quote of the week~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...