Beginilah lebih kurang skrol yang terdapat 'Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu Kepada Rakyat' yang telah menarik perhatian aku dipenghujung pameran 'PAMERAN KESULTANAN PERAK' di Galeri Petronas tempoh hari....
Dari sedikit research yang aku buat, Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada
rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek kepada Raja-Raja
Melayu.
Sebelum merdeka, kedaulatan negeri-negeri dan seterusnya negara adalah terletak di pada tangan Raja-Raja Melayu dan penjajah British hanya diberi kuasa untuk mentadbir.
Menurut dari Blog Pesan-Pesan, kuasa mentadbir British itu diperolehi melalui diplomasi ugutan (
gunboat diplomacy) para-para kapitalis dan pedagang-pedagang British dan dilegitimasi melalui perjanjiian-perjanjian dengan Raja-raja Melayu.
Ada
pihak berpendapat kemerdekaan adalah apabila Raja-Raja Melayu
perkenan untuk mengalihkan kuasa-kuasa mutlak mereka kepada rakyat dalam hal-hal
mentadbir negara melalui sistem demokrasi yang dinamakan Perlembagaan
Beraja (Constitutional Monarchy).
Pihak istana terlibat dalam
proses-proses perbincangan dan perundingan untuk Merdeka. Walaupun
peralihan kuasa telah dilakukan, Raja-Raja Melayu masih mempunyai
kuasa-kuasa tertentu.
Menurut dari Blog Pesan-Pesan lagi, atas
kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan
sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada
raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaulatan negara yang terletak
kepada Raja-Raja Melayu serta
mendapat penerimaan rakyat (consensus) melalui wakil-wakil sah yang mempunyai
locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu (seperti tersebut dlm skrol di atas) memerlukan izin Majlis-Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan perlembagaan Parlimen dibenarakan berkuatkuasa.
'Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu Kepada Rakyat' ini perlu difahami dari intipati kemerdekaan, bukan sekadar merdeka dari penjajah.
~~ Demi negara, yang tercinta.... Fahami lah