For what i'm thinking of... what i'm doing... and what's inspire me... and this is how i see the world!

Friday, August 8, 2014

Belated wishing.... Sorry.




"Kerajaan tidak pandai berniaga. Kerajaan memerintah sahaja."

Tun Daim Zainuddin, Berita Harian 13 Jun 2014





Dibawah adalah salah satu petikan penuh interview berkaitan:

Soalan: 
Pada pandangan Tun, sejauh mana agenda pemerkasaan ekonomi bumiputra dapat membantu melayu menguasai kek ekonomi yang lebih besar?

Tun Daim:
Saya sudah tidak tahu macam mana lagi nak buat orang melayu jadi kaya. Macam yang kita buat menerusi (agenda) pemerkasaan ekonomi (bumiputera). Bagi saya sepatutnya ambil usahawan Melayu daripada sektor swasta yang  berjaya, suruh mereka bagi idea macam mana nak lahirkan lebih ramai usahawan Melayu yang berjaya. 

Panggil mereka bagi ceramah praktikal dan bentangkan kajian bagaimana seseorang usahawan seperti Tan Sri Halim Saad umpamanya, naik dan jatuh, malah ketika saya di (universiti) Havard, Mereka turut buat kajian kes mengenai DEB (Dasar Ekonomi Baru).

Akan tetapi (kita lihat) kerajaan ambil peranan sendiri, buat mesyuarat sesama sendiri (pelbagai agensi kerajaan) sebulan sekali minta laporan. Sekarang sudah terlalu banyak agensi mengenai usaha memperkasakan usahawan melayu. Kerajaan tidak pandai berniaga. Kerajaan memerintah sahaja. Sebab apa bagi duit untuk buat itu ini. Apa yang kerajaan tahu mengenai perniagaan?.

~ ~ ~ ~ ~

.... Logik teguran Tun itu dan aku sudah lama saksikan dengan mata kepala aku sendiri. Satu demi satu program/projek cuba diperkenalkan tanpa ada struktur yang kuat. Lebih-lebih lagi hanya melibatkan hanya ilmu 'orang-orang dalam'.

Sebagai orang yang dulunya hanya melaksanakan arahan (need-to-know-basis?), mempertikaikan arahan punyai risiko yang amat tinggi. Walaupun aku bukan jenis rebellious dalam mengikut arahan, tapi tahap rebellious aku agak tinggi dalam mempertikaikan agenda & program yang dirancang. Mungkinkah itu antara penyebab aku cuba di 'cawangan' kan?. Wallahualam.

Jadi, bulan ini aku bukan lagi seorang penjawat awam. Anggaplah ini ucapan terlewat (belated wish) aku untuk bekas rakan-rakan sepejuangan: 
"Semoga apa yang korang usahakan dengan lebihan masa kerja dan keringat, akan membuahkan setitik hasil. Teruskanlah usaha kalian. Terus gigih. Kalau pun akhirnya gagal (atau digagalkan).... anda sudah pun belajar serba sedikit ilmu perniagaan..... "
"Berniaga tanpa risiko, tak ada apa yang rugi. Cuma duit je dibazirkan....."




Friday, June 6, 2014

T-Minus 48 Days.....

 
 
Ok....
 
 
Terbukti khabar angin boleh jadi khabar benar untuk aku.... Bila disampaikan sendiri oleh R.S.K.P.P. (Rakan Sekerja Kau Paling Percaya)- Laili, tak ada apa lagi yang nak di nafikan lagi....
 
Aku akan dipindahkan ke Cawangan untuk mencuba bidang baru- Produk Kraf dan kemungkinan besar unit yang aku ada akan ditutup.
 
 
................
 
........
 
....
 
..
 
 
Otak masih cuba cari di mana positifnya.... apa positifnya. Tapi itu cuma nak sedapkan hati yang dah membuak-buak kepanasan bila masa banyak yang negative berlegar dalam kepala. Persoalan-persoalan yang berbaur Conspiracy Theory pun dah masuk meracun minda..... Whatdahek!!. Apa perlu aku lepaskan Unit ID aku sendiri untuk beralih angin pada kerja-kerja yang aku sendiri selalu kondem?... Ini peluang untuk aku buktikan sesuatu pulak ke? Buktikan yang aku boleh jadi bidan terjun menjadi Product Designer (dan berjaya dengan jayanya di cawangan sana??!!) dan lupakan terus bidang Interior Design??... Positive please..!!. Atras be positive!. Silver lining cloud kot.... Naaahh.
 
Dalam situasi yang aku tidak diberi pilihan, aku sendiri yang kene 'create' pilihan nampaknya. Belum ada lagi sekelumit dihati untuk aku tinggalkan my-ID, tinggalkan my-KL, tinggalkan my-family, tinggalkan segala kehidupan sedia ada, tinggalkan si Laili di Kraf dan tinggalkan sekali lagi impian yang aku nak kejar semata-mata 'demi kepentingan organisasi' katanya---- dan aku yang sudah biasa melihat dengan alas an kepentingan organisasi yang lambat laun tak beri apa-apa impak melainkan pada mereka yang terkesan.
 
Yup... Nampaknya aku sendiri kene create pilihan untuk terus survive. If you can't beat the system, just leave it, let the system takes its toll. I will create my own silver lining cloud.
 
 
Hurmmmm.....
 

 
...Countdown sequence initiated... T-Minus 48 Days.....
 
 
 
 

Thursday, May 29, 2014

....Houston, WE'VE HAD A GO FOR AUTO-SEQUENCE START... T-Minus ? days.....




..... Apa rasanya bila ada rakan sekerja datang dan berkata....


"Akak ade dengar bunyi-bunyi yang Farid mungkin nak kene transfer.... Harap Farid sabar erk!!!"

~ ~ ~
 
Whatdahek!
 
 
.....Harap-harap apa akak dengar tu bunyi-bunyi sumbang sepanjang kursus tempohari sajalah...

 Berbalik pada rasa.... inilah rasa yang paling tak enak bila kau ada dalam 'sistem' kerajaan (melainkan kau memohon setiap masa dan berharap) lebih-lebih lagi bila kau tak tau apa logik akalnya kau perlu di transfer. Rasa sebu dalam perut dah mula terasa.... Otak dah mula pikir hal-hal -ve..... Rumors di jabatan aku selalunya jadi kenyataan.... tapi rileks brother, brother rileks.....
 
 ...aku dah boleh mula countdown ke tarikh yang tak tau munculnya bila....
 
 
 
....Houston, WE'VE HAD A GO FOR AUTO-SEQUENCE START... T-Minus.....
 
 
 

 

Thursday, April 17, 2014

Facebook 2014

Ini cuma pandangan peribadi.....

Facebook a.k.a FB masih lagi bertahan walaupun sudah 10 tahun berlegar-legar di internet.... Aku yang mula2 berjinak dgn  Friendster dan kemudian Myspace yang hanya bertahan 2-4 tahun, dan barulah terbuka hati join Facebook akhir 2006 - selepas 2 tahun menjadi trending di internet. Disebabkan 2 tahun terlewat, aku mencari rakan-rakan lama Myspace kalau-kalau mereka sudah lama punyai akaun Facebook. Dan rata-ratanya sudah ada... Cuma, keterujaan awal berfacebook, tak seseronok masa mula-mula bermyspace... tapi aku layankan saja

8 tahun kemudian (sekarang), boleh dikatakan semua orang dah ade akaun FB sebelum ada Kad Pengenalan lagi... Dah jadi wajib dari yang lagi wajib. (walaupun aku sendiri kenal orang yang tak ada akaun Facebook- katanya mcm budak2 main FB---> Lagha kot bagi dia walaupun dah 10 tahun). 

FB umpama macam dunia alternative untuk semua orang. Kawan ko kat dunia reality tak semestinya kawan dalam FB. Kadang-kadang kat dunia reality takde ramai kawan pun, tapi di dunia FB dengan 578 friend + 120 friend request yang belum approve menampakkan something la. (contoh... contoh je). Bunyinya 'FRIEND', tapi dalam friendlist tu semua kadang-kadang Mak, Ayah, Pakcik, Makcik, Paksu, Pakngah, Sepupu, Anak Sedara dah lengkap ada. FB pun dah jadi macam perkampungan sanak sedara. Ini bagusnya social networking untuk mensosialkan kita yang tiada masa untuk berjumpa.

Dan kemudian bila dunia FB menjadi dunia harian kita. Perangai harian kita pun mula lah menular masuk ke alam maya ni. Sedar tak sedar, perangai mengomen, mengutuk, meng'like', me'remove', meng'unfriend', meng'untag' dan meng'update' status harian dah menjadi habit harian di dunia FB ni. Status yang sekarang lebih pada luahan. Luahan hati gembira, luahan hati yang lara, luahan hati yang tertekan..... semua genre luahan boleh di baca oleh semua orang dalam Friendlist kita (terpulang pada privacy setting juga..). Terbuka pula pada semua orang untuk menilai apa status luahan kita... Penilaian sekarang pula bergantung pada tahap pemikiran seseorang..... 

Sekarang aku zoom out sikit. FB kini dah bukan hanya untuk aku, ko, kawan, best friend je. Facebook sekarang dah jadi tempat maklumat tersebar. Maklumat baru, maklumat lapok, maklumat harian dan macam-macam update dari business group, NGO, parti politik dan macam-macam group yang tak tau apa motif mereka. Ini kelebihan FB yang tak mampu dikembangkan oleh Myspace & Friendster....

Selepas sepuluh tahun bertahan, FB telah punyai 1.23 billion pengguna seluruh dunia (Facebook:Wikipedia) dan 13 juta penguna sahaja dari Malaysia. FB sudah umpama lebuhraya yang penuh dengan macam-macam kenderaan yang setiap pemandunya ada macam-macam peal. Bila kita dah masuk kenderaan, rata-ratanya kita akan berubah sikap. Bagi aku, kenderaan umpama akaun FB, pemandunya umpama otak pengguna.

Dalam FB, status update boleh dilihat oleh sesiapa saja. Orang yang otaknya cetek berpeluang untuk mengomen apa-apa isu sama seperti orang-orang yang bijak sikit akalnya. Takkan termampu orang yang cerdik untuk membangkang mereka yang dangkal dengan hanya membalas komentar.... Sifat orang cerdik yang lebih baik diam dan mengelak pertengkaran kurang bijak, membuatkan FB kebanyakkannya dipenuhi komen-komen kurang cerdik.

Tambahan pula ada yang berlindung di sebalik akuan palsu (81k Fake User Account: StaticBrain) dengan agenda tertentu sudah mula cuba meracun minda yang prihatin. Sekarang mula kelihatan jurang perbezaan pendapat yang besar, dan end-up selepas 300++ komen (utk isu-isu panas) hanyalah bertujuan untuk provoke pembaca.

Beruntunglah pada mereka yang masih menganggap FB ini sebagai medium sosial perkampungan sanak saudara. Selepas 10 tahun bergelumang secara virtual, bagi aku FB dah mula diluar kawalan.... Untungnya, FB hanya wujud di alam maya, bila-bila masa boleh kita tinggalkan.... tapi yang terpengaruh dengannya, akan terbawa-bawa ke alam realiti nya. Janganlah sampai menjadikan FB sebagai Tembok Ratapan---> if you know what i mean....


Ini cuma pandangan peribadi.....


Monday, March 24, 2014

10 simple photography tips and tricks.... a reminder for me.

Semua org sepatutnya dah punya personal camera sekarang ini.... tak kiralah camera dari handphone..., compact digital..., Go-Pro.., DLSR dan sampailah ke hardcore photographer yang ade lense keliling pinggang. Kamera dah jadi item-wajib-harian bila semua orang dah jadikan selfie itu sebagai habit.

Setakat point & shoot kemudian mengaku gambar itu dah tahap masterpiece, bagi aku tidak adillah.. (kesian org macam adik aku yg belajar bertahun2 untuk dapatkan Degree dalam Photography nya..). melainkan kalau kita betul-betul apply kan tips or trick yang ada- kemudian barulah hasil yang kita dapat itu--->20% dah nak sampai level Masterpiece.

Ini antara reminder untuk diri aku sendiri yang hanya tau point & shoot dan berharap pada filter Instagram sahaja.... hehe



10 tips photography mudah yang aku dapat dr Yahoo--> Click sini


1. Pilihlah kamera dan peralatan yang bersesuaian.
-->Sekarang terlalu banyak jenis kamera di pasaran. Fokus pada jenis subjek apa yang kita suka.(Sport?, Landsape? Potrait?...etc etc. Aku suka Sport!) - di situ lebih mudah untuk kita memulakan untuk memilih jenis kamera, lens yang sesuai, tripod dan lain-lain.

2. Fahami Kemampuan Kamera...
--> Setelah membeli kamera pilihan, ambik sedikit masa untuk memahami tentang fungsi ISO, Apeture, Shutter Speed- untuk kita tahu macamana kamera kita berfungsi dalam situasi2 yang berlainan...

3. Langkaui Kemampuan Kamera...!!
--> Selepas mengetahui kemampuan... Cuba untuk melangkaui apa kemampuan biasa kamera... eksperimen kan Shutter Speed di waktu malam untuk efek 'light trail'....Terokai Depth of Field dgn bermain dengan Aperture..

4. Merapat!!
--> Snap gambar objek/subjek pada satu jarak, dan kemudian bergerak rapat pada objek.... Belajarlah untuk memahami kesesuaian 'frame' dengan objek/subjek.... Perbandingan gambar antara dua jarak akan memberikan signifikasi berbeza.

5. Perhatikan cahaya..
--> Fikirkan bagaimana pengcahayaan akan memberi efek pada subjek kita. Gunakan berapa situasi pengcahayaan berbeza pada subjek untuk dapatkan keputusan yang berlainan.

6. Komposisi
--> Gambar yang hampir menjadi masterpiece pastinya punyai komposisi yang menarik. Itu pun baru hampir, kalau dah tahap masterpiece pulak?!! Fuh!! Paling mudah, ingat 'Rule of Third'. Kita cuma perlu bayangkan 9 petak yang menghasilkan 4 garisan pada subjek kita. Gunakan lah imiginasi persilangan 4 garisan itu sebagai panduan posisi subjek... Gambar akan lebih menarik dari pada asyik2 subjek berada di tengah2 gambar.... Learn the basic rule before you tend to break it..!!

7. White Balance
--> Tak perlu gunakan Tabita atau AuraWhite... Hanya perlu menukar setting White Balance pada situasi berbeza... Contohnya; Tungsten & Fluorescent setting pada situasi Sunset akan menghasilkan tone biru & purple pada langit.... (kot!)

8. Bila masa menggunakan FLASH
--> Built-in Flash pada kamera hanya sesuai untuk situasi tertentu sahaja..!! Biasanya untuk subjek yang berada beberapa meter dari lens kita. Pada masa ini cahaya dari flash yang terkena subjek akan memberi kesan terbaik.... jarak yang agak jauh, mungkin tidak.

9. Pastikan kamera anda sentiasa di sisi.
--> yup!! kita tak tahu bila masa peluang untuk mendapatkan shoot terbaik itu datang.... Pada yang hanya berharap pada kamera handphone yang hebat- tak menjadi masalah.

10. Ber ekperimen lah.... Belajar.... dan Enjoy!!
--> Hurrrmmmm..... Photography adalah antara cabang seni. Maka nya... tak ada penghujung untuk kita berhenti belajar benda-benda baru. Sentiasa perbaiki skill bila kita berpeluang untuk mendapatkan shoot terbaik!!!..

Aku suka pada tip & trick yang tak terlalu technical.... sebab itulah aku suka 10 tips photography di atas.....

Sekian!



Monday, March 3, 2014

Yang ini ada dapat dari sendiri.....

Akhirnya, hari ini aku juga business card ini dari tangan Prof sendiri.....


Banyak lagi benda yang aku dapat dari Prof TJ arini.... selain perkongsian ilmu dia semasa Bicara Kreatif sempena Hari Kraf Kebangsaan 2014 pagi tadi.... Nanti ada masa free, aku cerita lagi....

~ ~ ~ ~ ~


~ ~ ~ ~ ~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...