For what i'm thinking of... what i'm doing... and what's inspire me... and this is how i see the world!

Thursday, April 17, 2014

Facebook 2014

Ini cuma pandangan peribadi.....

Facebook a.k.a FB masih lagi bertahan walaupun sudah 10 tahun berlegar-legar di internet.... Aku yang mula2 berjinak dgn  Friendster dan kemudian Myspace yang hanya bertahan 2-4 tahun, dan barulah terbuka hati join Facebook akhir 2006 - selepas 2 tahun menjadi trending di internet. Disebabkan 2 tahun terlewat, aku mencari rakan-rakan lama Myspace kalau-kalau mereka sudah lama punyai akaun Facebook. Dan rata-ratanya sudah ada... Cuma, keterujaan awal berfacebook, tak seseronok masa mula-mula bermyspace... tapi aku layankan saja

8 tahun kemudian (sekarang), boleh dikatakan semua orang dah ade akaun FB sebelum ada Kad Pengenalan lagi... Dah jadi wajib dari yang lagi wajib. (walaupun aku sendiri kenal orang yang tak ada akaun Facebook- katanya mcm budak2 main FB---> Lagha kot bagi dia walaupun dah 10 tahun). 

FB umpama macam dunia alternative untuk semua orang. Kawan ko kat dunia reality tak semestinya kawan dalam FB. Kadang-kadang kat dunia reality takde ramai kawan pun, tapi di dunia FB dengan 578 friend + 120 friend request yang belum approve menampakkan something la. (contoh... contoh je). Bunyinya 'FRIEND', tapi dalam friendlist tu semua kadang-kadang Mak, Ayah, Pakcik, Makcik, Paksu, Pakngah, Sepupu, Anak Sedara dah lengkap ada. FB pun dah jadi macam perkampungan sanak sedara. Ini bagusnya social networking untuk mensosialkan kita yang tiada masa untuk berjumpa.

Dan kemudian bila dunia FB menjadi dunia harian kita. Perangai harian kita pun mula lah menular masuk ke alam maya ni. Sedar tak sedar, perangai mengomen, mengutuk, meng'like', me'remove', meng'unfriend', meng'untag' dan meng'update' status harian dah menjadi habit harian di dunia FB ni. Status yang sekarang lebih pada luahan. Luahan hati gembira, luahan hati yang lara, luahan hati yang tertekan..... semua genre luahan boleh di baca oleh semua orang dalam Friendlist kita (terpulang pada privacy setting juga..). Terbuka pula pada semua orang untuk menilai apa status luahan kita... Penilaian sekarang pula bergantung pada tahap pemikiran seseorang..... 

Sekarang aku zoom out sikit. FB kini dah bukan hanya untuk aku, ko, kawan, best friend je. Facebook sekarang dah jadi tempat maklumat tersebar. Maklumat baru, maklumat lapok, maklumat harian dan macam-macam update dari business group, NGO, parti politik dan macam-macam group yang tak tau apa motif mereka. Ini kelebihan FB yang tak mampu dikembangkan oleh Myspace & Friendster....

Selepas sepuluh tahun bertahan, FB telah punyai 1.23 billion pengguna seluruh dunia (Facebook:Wikipedia) dan 13 juta penguna sahaja dari Malaysia. FB sudah umpama lebuhraya yang penuh dengan macam-macam kenderaan yang setiap pemandunya ada macam-macam peal. Bila kita dah masuk kenderaan, rata-ratanya kita akan berubah sikap. Bagi aku, kenderaan umpama akaun FB, pemandunya umpama otak pengguna.

Dalam FB, status update boleh dilihat oleh sesiapa saja. Orang yang otaknya cetek berpeluang untuk mengomen apa-apa isu sama seperti orang-orang yang bijak sikit akalnya. Takkan termampu orang yang cerdik untuk membangkang mereka yang dangkal dengan hanya membalas komentar.... Sifat orang cerdik yang lebih baik diam dan mengelak pertengkaran kurang bijak, membuatkan FB kebanyakkannya dipenuhi komen-komen kurang cerdik.

Tambahan pula ada yang berlindung di sebalik akuan palsu (81k Fake User Account: StaticBrain) dengan agenda tertentu sudah mula cuba meracun minda yang prihatin. Sekarang mula kelihatan jurang perbezaan pendapat yang besar, dan end-up selepas 300++ komen (utk isu-isu panas) hanyalah bertujuan untuk provoke pembaca.

Beruntunglah pada mereka yang masih menganggap FB ini sebagai medium sosial perkampungan sanak saudara. Selepas 10 tahun bergelumang secara virtual, bagi aku FB dah mula diluar kawalan.... Untungnya, FB hanya wujud di alam maya, bila-bila masa boleh kita tinggalkan.... tapi yang terpengaruh dengannya, akan terbawa-bawa ke alam realiti nya. Janganlah sampai menjadikan FB sebagai Tembok Ratapan---> if you know what i mean....


Ini cuma pandangan peribadi.....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...