For what i'm thinking of... what i'm doing... and what's inspire me... and this is how i see the world!

Friday, August 8, 2014

Belated wishing.... Sorry.




"Kerajaan tidak pandai berniaga. Kerajaan memerintah sahaja."

Tun Daim Zainuddin, Berita Harian 13 Jun 2014





Dibawah adalah salah satu petikan penuh interview berkaitan:

Soalan: 
Pada pandangan Tun, sejauh mana agenda pemerkasaan ekonomi bumiputra dapat membantu melayu menguasai kek ekonomi yang lebih besar?

Tun Daim:
Saya sudah tidak tahu macam mana lagi nak buat orang melayu jadi kaya. Macam yang kita buat menerusi (agenda) pemerkasaan ekonomi (bumiputera). Bagi saya sepatutnya ambil usahawan Melayu daripada sektor swasta yang  berjaya, suruh mereka bagi idea macam mana nak lahirkan lebih ramai usahawan Melayu yang berjaya. 

Panggil mereka bagi ceramah praktikal dan bentangkan kajian bagaimana seseorang usahawan seperti Tan Sri Halim Saad umpamanya, naik dan jatuh, malah ketika saya di (universiti) Havard, Mereka turut buat kajian kes mengenai DEB (Dasar Ekonomi Baru).

Akan tetapi (kita lihat) kerajaan ambil peranan sendiri, buat mesyuarat sesama sendiri (pelbagai agensi kerajaan) sebulan sekali minta laporan. Sekarang sudah terlalu banyak agensi mengenai usaha memperkasakan usahawan melayu. Kerajaan tidak pandai berniaga. Kerajaan memerintah sahaja. Sebab apa bagi duit untuk buat itu ini. Apa yang kerajaan tahu mengenai perniagaan?.

~ ~ ~ ~ ~

.... Logik teguran Tun itu dan aku sudah lama saksikan dengan mata kepala aku sendiri. Satu demi satu program/projek cuba diperkenalkan tanpa ada struktur yang kuat. Lebih-lebih lagi hanya melibatkan hanya ilmu 'orang-orang dalam'.

Sebagai orang yang dulunya hanya melaksanakan arahan (need-to-know-basis?), mempertikaikan arahan punyai risiko yang amat tinggi. Walaupun aku bukan jenis rebellious dalam mengikut arahan, tapi tahap rebellious aku agak tinggi dalam mempertikaikan agenda & program yang dirancang. Mungkinkah itu antara penyebab aku cuba di 'cawangan' kan?. Wallahualam.

Jadi, bulan ini aku bukan lagi seorang penjawat awam. Anggaplah ini ucapan terlewat (belated wish) aku untuk bekas rakan-rakan sepejuangan: 
"Semoga apa yang korang usahakan dengan lebihan masa kerja dan keringat, akan membuahkan setitik hasil. Teruskanlah usaha kalian. Terus gigih. Kalau pun akhirnya gagal (atau digagalkan).... anda sudah pun belajar serba sedikit ilmu perniagaan..... "
"Berniaga tanpa risiko, tak ada apa yang rugi. Cuma duit je dibazirkan....."




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...