For what i'm thinking of... what i'm doing... and what's inspire me... and this is how i see the world!

Wednesday, May 8, 2013

Tahniah..... Better Nation!!!


Alhamdulillah, Ahad lepas, selesai sudah hari mengundi yang aku rasa paling getir dalam sejarah negara.... (sehinggakan masih ada yang belum berpuashati/terima dengan keputusan PRU). Dan masih lagi terbukti, Barisan Nasional berjaya mengekalkan kuasanya sebagai kerajaan pemerintah untuk 5 tahun akan datang... Tahniah sekali lagi....
Dengan 133 kerusi parlimen, BN berjaya mendapat simple majority melebihi 112 kerusi....hanya kurang 15 kerusi untuk menang 2/3 undi. Meninggalkan pembangkang 44 kerusi.... Walaupun keputusan ini menurun dari pilihanraya ke-12 tahun 2008.... Tapi BN masih lagi menjadi pilihan... (Walaupun Popular Vote memihak pada pembangkang, its Electoral Vote that count).


Niat posting kali ini, cumalah untuk ucapkan tahniah pada Barisan Nasional, parti yang aku rasa memang berada dalam keadaan do-or-die situation dalam pilihanraya kali ini. Bertambah lagi dengan suasana politik kurang matang walaupun dah 13 kali bertanding....

Personally, aku rasakan BN perlu menang, bukan untuk teruskan legasi 55 tahun, tapi untuk diberi ruang muhasabah diri, melihat apa perkara-perkara yang perlu diperbaiki hasil dari suara-suara rakyat yang prihatin (kerna memang lagi banyak suara-suara yang menjahanamkan... vice versa situation). Mungkin menjadi kerajaan terlalu lama- menjadikan BN sedikit alpa.....Diharap dengan 133 kerusi ini- kurang 7 kerusi dari prestasi terburuk BN 2008 -merupakan wake-up call yang sangat-sangat perlu diambil kisah.

Mengadili prestasi sebenar dengan fitnah & scandal yang hanya berputar di laman web dan tabloit, bagi aku satu taktik tidak matang....(vice versa situation) tapi bagaimana pula dengan kematangan mereka yang menerima perkara-perkara itu. Mereka-mereka ini juga masih boleh menentukan sama ada pemerintah sekarang masih boleh berkuasa atau sebaliknya..... Pada parti opportunist, ini adalah peluang untuk memanipulasikan situasi.

Aku selalu ingatkan diri aku sendiri, "Malaysia-ku negara yang sangat kompleks tapi masih harmony.... acuan kita tak akan sama dengan mana-mana negara di dunia dan kita terbukti berjaya....!!". Tabiat mula membanding-banding kelebihan negara lain tanpa melihat kekurangannya; menjadi virus setahun sebelum pilihanraya... dan semakin merebak bila pilihanraya semakin hampir tiba. Ramai yang juga alpa (seperti juga BN) merasakan apa yang ada, bukanlah usaha harmony... lebih pada usaha korupsi.

Buat sekian kali, semua orang berpeluang untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara hari ahad lepas (termasuk aku buat kali pertamanya....). Semua mahukan yang terbaik untuk negara kita... harap-harap semua orang ini masih mahu tengok Malaysia hidup dalam 'harmony'.


Maaflah pada yang tak setuju... bagi aku ... Barisan Nasional masih releven... dan aku harapkan Barisan Nasional yang baru.... Barisan Nasional yang lebih kontemporari.... Still, Tahniah buat BN!
(cerita politik sampai kiamat pun tak habis..... aku berenti di sini saja...)


P/s: Maaf aku hanya bercakap pasal Parti, bukan pada individu parti.... individu boleh ditukar... 

#Harmony --> peaceful coexistence -the apparent inability of the party's right and left wings to resolve their conflicts and live in harmony at least during the convention-




Monday, May 6, 2013

Ujian aku 5 tahun lepas.....

Malam tadi Barisan Nasional baru saja lulus ujian PRU-13nya yang paling gentir.... walaupun bukan dengan cemerlang, tapi masih lagi berjaya dalam ujiannya....

5 tahun yang lepas, pada tarikh yang sama...... Aku juga melalui satu ujian. Ujian yang menentukan sama ada aku dapat berbakti kepada rakyat... ataupun terus menjadi orang biasa yang pentingkan hal kocek sendiri.... Dan Alhamdulillah... 5 tahun lepas, telah aku lulus dengan jayanya....

Ketika itu, sebelum aku di interview oleh para penal.... aku telah diminta untuk buat satu ujian sketches ... dan ini hasilnya (yang agak buruk strok drawingnya...)
"Soalan:- Anda dikehendaki untuk melakar rekabentuk produk kraf yang berkaitan dengan kepakaran bidang anda. Lakaran produk tersebut perlu disesuaikan mengikut situasi yang sesuai di mana mengambarkan ciri-ciri produk tersebut. Rekabentuk produk tersebut perlulah menepati kehendak pasaran semasa, tetapi masih mengekalkan ciri-ciri tradisional. Anda digalakkan untuk mencatatkan idea secara kasar pada lakaran tersebut untuk menyokong lakaran konsep. Anda bebas mengunakan medium untuk membuat lakaran. Anda perlu menyiapkan lakaran dalam masa 45 minit."

COKMAR HOLDER....

Aku pun tak tahu macamana idea cokmar holder ni boleh ada dalam otak aku.... dan terus menjadi lakaran di atas kertas ujian yang diberi.... (Tindakan bawah sedar aku...). Boleh kira detail juga explanation aku dalam sketches ini- dah macam technical drawing pun ada.

Kombinasi rehal, pending, motif songket & batik dan segala bagai idea mengarut yang datang untuk 10 minit pertama, dah cukup untuk hasilkan sketches ini.... Dalam kerja aku yang sebenar pun, tak mencapai tahap explanation konsep se detail ini..

Sebenarnya, aku baru terjumpa gambar ini. Dalam timbunan gambar-gambar koleksi 2008.....Oleh sebabkan tarikh ini ulang tahun ke-5 aku dalam Kraftangan. Aku tributekan posting ini untuk sketches yang menyebabkan segalanya menjadi kenyataan...


Alhamdulillah amin...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...