For what i'm thinking of... what i'm doing... and what's inspire me... and this is how i see the world!

Saturday, August 6, 2011

1st "Man of Steel" Photo Release....

Henry Cavill sebagai 'Man Of Steel' baru - Photo: Warner Bros Pictures

WooWWw!! Aku terkejut bila tengok first image release filem terbaru Superman; Man of Steel yang bukannya dilakonkan oleh Nicholas Cage (tak update langsung aku pasal ura-ura Nic Cage dpt watak Superman baru tu... sebelum Brandon Routh; Superman Return lagi..) tapi oleh Henry Cavill??!. 
 
Nicholas Cage yang sepatutnya jadi Superman terbaru...????


So, ini membuatkan aku gatal tangan untuk buat sedikit research. Dan baru aku tau Superman; Man of Steel ni adelah reboot filem Superman... Jadi boleh katakan tiada kaitan langsung dari segi jalan cerita mana-mana Superman sebelum ni.. wah! refreshing!!

Arahan Zack Snyder (300, Watchmen) bersama Nolan Brothers - Chistoper & Jonathan (Batman Begin, Dark Knight, Inception!!) pasti dapat memberi versi baru tentang asal usul Superman mengikut olahan mereka. Seperti mana berjayanya filem superhero Batman; The Dark Knight.... Mengikut Screenrant.com, Snyder cuba untuk mengolah Superman; Man of Steel mengikut beberapa jalan cerita komik Superman yg agak popular ; "Superman Secret Origin" dan "Superman; Birthright" dengan cuba menyelami karekter Clark Kent dari awal sehingga dia menjadi superhero terhebat- Supeman.




Dari gambar ini, boleh aku katakan kostum baru Superman nampak lebih maskulin dari kostum Superman Return yg lepas... Fit pada muscle aktor, texture kostum yg jelas dan warna yang agak gelap- menunjukkan sedikit keseriusan watak Superman kali ini.... mungkin ekplorasi kepada karekter dark-side Superman. Yang lebih menarik... kembalinya logo 'S' Superman di dada dengan design yang lebih besar dan timbul!!. Seperti filem-filem sebelum Superman Return. (ini kerana cuma 'S' Superman Return yang agak kecil kerana ingin meniru 'S' asal Superman awal 30an)









Aku sebenarnya sangat berharap, untuk mana2 kemunculan filem Superman yang akan datang... logo 'S' merah hitam Alex Ross (Kingdom Come; 1996) dapat digunakan.... Kemudian dengan logo itu , Superman muncul watak cukup matang yang penuh penyesalan.... (kurang senyuman..)

Superman : Man Of Steel yang sepatutnya berada dipawagam December 2012 telah ditunda ke June 2013 disebabkan tidak mahu bersaing dengan filem blockbuster keluaran Warner Bros, The Hobbit An Unexpected Journey.

Silakan, kami akan tunggu... tunggu... dan terus menunggu...



Photos are owned by respective owner(s)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...