For what i'm thinking of... what i'm doing... and what's inspire me... and this is how i see the world!

Friday, October 22, 2010

Suzuki Swift 'Bumblebee Stealth' Project; Part II

Seminggu selepas aku tinggalkan dibengkel....





Alhamdulillah.... rasanya 98% apa yang aku visualize jadi realiti.... hehe. Material asal lining hanya sticker, tapi ditukar pada paint kuning- so akan jd permenant pada hood & bumper fog light. Even outline yg aku nak pun nampak perfect seperti dlm gambar....

Cuma headlight baru aku saja yang berkabus.... mcmana boleh masuk air pun aku tak tau, sedangkan aku tinggalkan dalam kotak (siap plastik) masa hantar ke kedai dulu.... tapi itu hal kecik aja....

So, aku puas hati dgn workmanship kedai ni (hehehe kedai cat Iki je pun) siap polish satu kereta lagi... Xde bodypart baru melainkan headlight dan kerja repairing lain cuma ketuk & repaint sahaja.... Kos pun xbyk sgt, dlm 1K... Dan sekarang, aku dah boleh bwk Benji jalan2 mcm biasa.... So, dah boleh aku panggil 'Benjiblebee'?

Saturday, October 9, 2010

Bumblebee Swift

Sudah ada Suzuki Swift yang bertukar menjadi Bumblebee,

Aku terjumpa gambar ini dalam blog seorg Swifter - The Story of Koh -Swift- . Berkemungkinan ini adalah total make-over kalau dilihat pada warna kuning camaro- bukannya standard color body Suzuki Swift Sport biasa. Cuma design lining hitamnya saja yang sambung hingga ke bumbung. Malangnya, tak ada gambar bahagian bonnet.

Tarikh pada post ni 19 July 2009 - 1 tahun awal dari aku. Berkemungkinan semasa filem Transformers; Revenge of the Fallen tengah top kat wayang... So, dah ada contoh terdekat utk aku meneruskan niat Swift Stealth aku.... yahhhoo....

Friday, October 8, 2010

Suzuki Swift 'Bumblebee Stealth' Project; Part I

Lebih kurang sebulan aku gunakan kereta Swift Benjamin aku dlm keadaan remuk & pecah headlight kanan.... disebabkan accident 2 hari sebelum raya di Cyberjaya.

Dalam sebulan tu, satu persatu bende dlm kereta aku menjadi malfunction... bermula dgn lampu headlight terbakar, fog light xboleh pakai, dashboard jadi gelap, indicator light hilang.... rasanya, dah tiba masanya utk aku mula ambik perhatian pada Benji.

So, pendekkan cerita. Bila Benji dah masuk workshop utk ketuk, aku mula ushar ape make-up yg aku boleh buat pada Benji.... mulalah aku mencari gambar Swift plain black sebagai canvas experiment aku...
Untuk mengurangkan kos make-up, aku cadang utk maintain warna asal hitam dan pilihan yang ada cuma kombinasi warna yang suit dgn hitam.... Body Suzuki Swift yang curvy & kurang rigid agak menyukarkan utk make-up specific area or parts.

Di pendekkan cerita lagi, salah satu mainan aku dah bagi idea yang paling cun!.. 'Transformer Bumblebee Stealth' - Body hitam dengan lining effect kuning Camaro. Perfecto!!!

Beza dengan 'Bumblebee Camaro' biasa yang keseluruhannya bewarna kuning dan lining hitam... 'Stealth' adalah reverse color scheme daripada yang asal. Sangat sesuai dgn Benji. Aku pun terus visualize design lining kuning pada 'canvas experiment' swift aku... Aku tambah satu outline kecil seperti effect lining camaro asal... Kalau mengikut pada kereta Camaro Bumblebee, bahagian roof memang tiada design lining- itulah karakter unik lining Camaro kalau nak dibandingkan dengan design lining yang biasa ada di kereta-kereta lain...


Di sebabkan surface body Swift yg terhad & kecil, aku highlightkan juga warna kuning pada bahagian Fog Light supaya bahagian bumper depan nampak lebih menonjol. (tak ada pada design asal Camaro Bumblebee Stealth). Cuma aku ragu2, kalau2 perlu juga sedikit lining pada sidemirror?.... hhmmm takpe, aku biarkan dahulu.

So terpulang pada workmanship workshop tu nanti utk jadikan design aku ni reality..... harap2 boleh dapat 80% dari apa yang aku harapkan....

....To be continue part II....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...