For what i'm thinking of... what i'm doing... and what's inspire me... and this is how i see the world!
Showing posts with label My iPad Sketches. Show all posts
Showing posts with label My iPad Sketches. Show all posts

Thursday, April 21, 2011

Semangat Tersandar

Apa yang aku nampak, "Sepanduk Kumpulan" menjadi barang paling berharga sepanjang kursus aku ini.... semua org ada rasa tanggungjawab pada sepanduk grup masing2... Sepanduk ini umpama 'Semangat' untuk terus berada dalam kursus ini,.... Ia perlulah dijaga, dihias, dan bawa ke mana saja kumpulan itu berada... Bila sesi ceramah bermula, sepanduk akan diletakkan pada tempat paling selamat bagi mereka.... paling mudah, sandarkan pada dinding
(Sepanduk Grup Blackberry)

Wednesday, April 20, 2011

Out of the box (your box please)!!

 Sedang aku tersangat boringnya mendengar si penceramah yang tak habis-habis menyuruh kami berfikir 'out of the box'.... Dan bila penyelesaian yang diberinya pun aku anggap biasa... Aku mula pertikaikan 'Box' nya...

Hhhmmmmmm......



Mungkin kah...?? 

Wednesday, March 30, 2011

Design center....

Lama dah aku tak buat sketches guna Penultime.... sebenarnya Stylus Ozaki aku dah lama hilang... jadi inilah contengan pertama gunakan stylus semulajadi ku- jari. Bermula dengan design pending di center drawing. Aku berjaya juga siapkan semuanya sebelum En Yusak habis berucap selepas designer presentation di Craft Design Center pagi tadi.

Saturday, January 29, 2011

Room 8 PPUM....

Room 8 di PPUM, PJ.... Aku yang sedang menemankan isteriku, Nashrina yang terlantar di katil menunggu turn untuk dimasukkan ke wad malam semalam... kesian dia....

Thursday, January 27, 2011

1/2 hari di Istana

Contengan window dressing di Istana Hinggap Seremban semasa mengadap Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan semalam... kagum aku bila tengok Tunku Ampuan juga mengepit iPad ke mana baginda pergi...

Monday, January 24, 2011

My 1st Time.....


View book rack dan floor lamp dari favorite couch aku.... 
(Pertama kali gunakan stylus Ozaki dalam Penultime apps)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...