11 September 2001...
...............
........
....
..
dan 10 tahun kemudian....
National 9/11 Memorial & Museum....
Genap 10 tahun runtuhnya WTC, kini terbinalah pula National 9/11 Memorial atau World Trade Center Memorial, betul2 di atas tapak Ground Zero.... Presiden Obama bersama George W. Bush telah diberi penghormatan utk menjadi orang pertama melawat tapak Memorial itu pada hari memperingati tragedi 9/11, semalam....
Kepala genius di sebalik idea ini ialah Arkitek muda Michael Arad dan Lanskap Arkitek Peter Walker (landskap arkitek untuk Marina Bay Sand di Singapore). "Reflecting Absence" ini dipilih daripada 5'201 penyertaan dari 63 negara yang menyertai satu global competition merekabentuk memorial WTC pada 2003...
"Two square voids floating in the Hudson River"; Sketches Arad beberapa bulan selepas tragedi 9/11Mock-up 'Two Square void' dari plexiglass berlatar belakangkan Manhattan yang di ambil dari atas ofis Arad di East Village
sketches 'Two Square void' Arad mengikut tapak asal WTC
Michael Arad - arkitek berbangsa israel-amerika |
Sebelum itu, 27 Februari 2003- Arkitek Daniel Libeskind telah dilantik menjadi arkitek master plan untuk permbinaan semula tapak WTC yang baru di tempat asal WTC. (juga melalui competition) dan Libeskind adalah antara arkitek deconstructivist yang sentiasa menjadi sumber inspirasi aku terutama dalam kerja-kerja Design Extension - tak hairan lah aku bila aku tengok end-result pada projek ini.
Selain dari itu, Maya Lin - pereka tersohor Vietnam Veterans Memorial di Washington, D.C juga terlibat menjadi juri dalam memilih hasil kerja Micheal Arad.
National 9/11 Memorial Plaza atau World Trade Center Memorial ini, yang terdiri dari plaza yang mengandungi 2 kolam air terjun, taman, dan sebuah bangunan muzium dibina mengikut komposisi asal WTC. Tarikan utama Memorial ini pastinya 2 kolam air terjun buatan manusia yang terbesar di Amerika Utara- North Pool dan South Pool, dibina pada 'footprint' asal bangunan WTC yang runtuh.
Nama setiap mereka yang terkorban pada hari serangan bom 1993 dan 9/11 (WTC Tower 1 & 2, Pentagon, Flight175, Flight 11, Flight 77, Flight 93 dan 1st Responder) telah diabadikan pada parapet panel gangsa yang dipasang sekeliling North & South Pool - memperingati jumlah kehilangan nyawa orang awam yang paling ramai dalam sejarah Amerika, termasuk juga para penyelamat yang terkorban semasa operasi menyelamat pada har kejadian.
Berikut adalah rendering cadangan asal Memorial Plaza dari website rasmi National 9/11 Memorial. Website interaktif yang penuh dengan informasi dari awal pembinaan sehingga ke content pameran... lengkap!!
Dari nama-nama hebat orang yang terlibat dalam projek ini, membuatkan aku kagum pada setiap detail aspect pada projek memorial ini....
Photos are owned by respective owner(s)