For what i'm thinking of... what i'm doing... and what's inspire me... and this is how i see the world!
Showing posts with label My word. Show all posts
Showing posts with label My word. Show all posts

Tuesday, January 13, 2015

..jikalau......




" jikalau hari-hari mu semakin membosankan....
.... bercintalah ... "

sepintas lalu di wall FB siapa ntah


Logik....!

Kuatnya kuasa cinta sehingga boleh merubah suasana tanpa mengira ruang dan masa....tanpa perlu kisah berapa lama kebosanan yang dah melanda..... tanpa perlu kisah berapa banyak perkara membosankan yang dah berlaku..... Dan bila kuasa cinta tu datang, semua kebosanan hilang begitu saja..

Tapi, aku juga rasa 'bosan' tak hilang.... di cuma terpinggir sementara. Kesian aku pada bosan- sudah la membosankan dan menunggu masa untuk dipinggirkan. Tapi nanti bila cinta itu dah mula pudar, kebosanan akan kembali menjenguk....

Jadi, bercintalah untuk pinggirkan kebosanan hidup..... bercinta pada siapa, itu terpulanglah.... bercinta dengan hobi?, bercinta dengan kerja?, bercinta dengan duit?... Aku ingat pada 1 script Kuch Kuch Hota Hai bila masa Rahul menjawab soalan 'what is love' Miss Briganza semasa di kelas:

"Pyar dosti hai , agar woh meri sab se achchi dost nahin ban sakti to main us se pyaar kar hi nahi sakta".... Eceeeh!.. (translation cari sendiri..)

....sesungguhnya bercinta dengan Sang Pencipta adalah yang paling berbaloi.




"....People may not have the professional capacity to comment on production of architecture, but they are in the right place to comment on reception of architecture......"

taken from my ex-colleague's FB Wall
Xeem Nor
"....People may not have the professional capacity to comment on production of architecture, but they are in the right place to comment on reception of architecture......"

taken from my ex-colleague's FB Wall
Xeem Nor
"....People may not have the professional capacity to comment on production of architecture, but they are in the right place to comment on reception of architecture......"

taken from my ex-colleague's FB Wall
Xeem Nor
"....People may not have the professional capacity to comment on production of architecture, but they are in the right place to comment on reception of architecture......"

taken from my ex-colleague's FB Wall
Xeem Nor
"....People may not have the professional capacity to comment on production of architecture, but they are in the right place to comment on reception of architecture......"

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
"....People may not have the professional capacity to comment on production of architecture, but they are in the right place to comment on reception of architecture......"

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Friday, June 6, 2014

T-Minus 48 Days.....

 
 
Ok....
 
 
Terbukti khabar angin boleh jadi khabar benar untuk aku.... Bila disampaikan sendiri oleh R.S.K.P.P. (Rakan Sekerja Kau Paling Percaya)- Laili, tak ada apa lagi yang nak di nafikan lagi....
 
Aku akan dipindahkan ke Cawangan untuk mencuba bidang baru- Produk Kraf dan kemungkinan besar unit yang aku ada akan ditutup.
 
 
................
 
........
 
....
 
..
 
 
Otak masih cuba cari di mana positifnya.... apa positifnya. Tapi itu cuma nak sedapkan hati yang dah membuak-buak kepanasan bila masa banyak yang negative berlegar dalam kepala. Persoalan-persoalan yang berbaur Conspiracy Theory pun dah masuk meracun minda..... Whatdahek!!. Apa perlu aku lepaskan Unit ID aku sendiri untuk beralih angin pada kerja-kerja yang aku sendiri selalu kondem?... Ini peluang untuk aku buktikan sesuatu pulak ke? Buktikan yang aku boleh jadi bidan terjun menjadi Product Designer (dan berjaya dengan jayanya di cawangan sana??!!) dan lupakan terus bidang Interior Design??... Positive please..!!. Atras be positive!. Silver lining cloud kot.... Naaahh.
 
Dalam situasi yang aku tidak diberi pilihan, aku sendiri yang kene 'create' pilihan nampaknya. Belum ada lagi sekelumit dihati untuk aku tinggalkan my-ID, tinggalkan my-KL, tinggalkan my-family, tinggalkan segala kehidupan sedia ada, tinggalkan si Laili di Kraf dan tinggalkan sekali lagi impian yang aku nak kejar semata-mata 'demi kepentingan organisasi' katanya---- dan aku yang sudah biasa melihat dengan alas an kepentingan organisasi yang lambat laun tak beri apa-apa impak melainkan pada mereka yang terkesan.
 
Yup... Nampaknya aku sendiri kene create pilihan untuk terus survive. If you can't beat the system, just leave it, let the system takes its toll. I will create my own silver lining cloud.
 
 
Hurmmmm.....
 

 
...Countdown sequence initiated... T-Minus 48 Days.....
 
 
 
 

Thursday, April 17, 2014

Facebook 2014

Ini cuma pandangan peribadi.....

Facebook a.k.a FB masih lagi bertahan walaupun sudah 10 tahun berlegar-legar di internet.... Aku yang mula2 berjinak dgn  Friendster dan kemudian Myspace yang hanya bertahan 2-4 tahun, dan barulah terbuka hati join Facebook akhir 2006 - selepas 2 tahun menjadi trending di internet. Disebabkan 2 tahun terlewat, aku mencari rakan-rakan lama Myspace kalau-kalau mereka sudah lama punyai akaun Facebook. Dan rata-ratanya sudah ada... Cuma, keterujaan awal berfacebook, tak seseronok masa mula-mula bermyspace... tapi aku layankan saja

8 tahun kemudian (sekarang), boleh dikatakan semua orang dah ade akaun FB sebelum ada Kad Pengenalan lagi... Dah jadi wajib dari yang lagi wajib. (walaupun aku sendiri kenal orang yang tak ada akaun Facebook- katanya mcm budak2 main FB---> Lagha kot bagi dia walaupun dah 10 tahun). 

FB umpama macam dunia alternative untuk semua orang. Kawan ko kat dunia reality tak semestinya kawan dalam FB. Kadang-kadang kat dunia reality takde ramai kawan pun, tapi di dunia FB dengan 578 friend + 120 friend request yang belum approve menampakkan something la. (contoh... contoh je). Bunyinya 'FRIEND', tapi dalam friendlist tu semua kadang-kadang Mak, Ayah, Pakcik, Makcik, Paksu, Pakngah, Sepupu, Anak Sedara dah lengkap ada. FB pun dah jadi macam perkampungan sanak sedara. Ini bagusnya social networking untuk mensosialkan kita yang tiada masa untuk berjumpa.

Dan kemudian bila dunia FB menjadi dunia harian kita. Perangai harian kita pun mula lah menular masuk ke alam maya ni. Sedar tak sedar, perangai mengomen, mengutuk, meng'like', me'remove', meng'unfriend', meng'untag' dan meng'update' status harian dah menjadi habit harian di dunia FB ni. Status yang sekarang lebih pada luahan. Luahan hati gembira, luahan hati yang lara, luahan hati yang tertekan..... semua genre luahan boleh di baca oleh semua orang dalam Friendlist kita (terpulang pada privacy setting juga..). Terbuka pula pada semua orang untuk menilai apa status luahan kita... Penilaian sekarang pula bergantung pada tahap pemikiran seseorang..... 

Sekarang aku zoom out sikit. FB kini dah bukan hanya untuk aku, ko, kawan, best friend je. Facebook sekarang dah jadi tempat maklumat tersebar. Maklumat baru, maklumat lapok, maklumat harian dan macam-macam update dari business group, NGO, parti politik dan macam-macam group yang tak tau apa motif mereka. Ini kelebihan FB yang tak mampu dikembangkan oleh Myspace & Friendster....

Selepas sepuluh tahun bertahan, FB telah punyai 1.23 billion pengguna seluruh dunia (Facebook:Wikipedia) dan 13 juta penguna sahaja dari Malaysia. FB sudah umpama lebuhraya yang penuh dengan macam-macam kenderaan yang setiap pemandunya ada macam-macam peal. Bila kita dah masuk kenderaan, rata-ratanya kita akan berubah sikap. Bagi aku, kenderaan umpama akaun FB, pemandunya umpama otak pengguna.

Dalam FB, status update boleh dilihat oleh sesiapa saja. Orang yang otaknya cetek berpeluang untuk mengomen apa-apa isu sama seperti orang-orang yang bijak sikit akalnya. Takkan termampu orang yang cerdik untuk membangkang mereka yang dangkal dengan hanya membalas komentar.... Sifat orang cerdik yang lebih baik diam dan mengelak pertengkaran kurang bijak, membuatkan FB kebanyakkannya dipenuhi komen-komen kurang cerdik.

Tambahan pula ada yang berlindung di sebalik akuan palsu (81k Fake User Account: StaticBrain) dengan agenda tertentu sudah mula cuba meracun minda yang prihatin. Sekarang mula kelihatan jurang perbezaan pendapat yang besar, dan end-up selepas 300++ komen (utk isu-isu panas) hanyalah bertujuan untuk provoke pembaca.

Beruntunglah pada mereka yang masih menganggap FB ini sebagai medium sosial perkampungan sanak saudara. Selepas 10 tahun bergelumang secara virtual, bagi aku FB dah mula diluar kawalan.... Untungnya, FB hanya wujud di alam maya, bila-bila masa boleh kita tinggalkan.... tapi yang terpengaruh dengannya, akan terbawa-bawa ke alam realiti nya. Janganlah sampai menjadikan FB sebagai Tembok Ratapan---> if you know what i mean....


Ini cuma pandangan peribadi.....


Monday, March 24, 2014

10 simple photography tips and tricks.... a reminder for me.

Semua org sepatutnya dah punya personal camera sekarang ini.... tak kiralah camera dari handphone..., compact digital..., Go-Pro.., DLSR dan sampailah ke hardcore photographer yang ade lense keliling pinggang. Kamera dah jadi item-wajib-harian bila semua orang dah jadikan selfie itu sebagai habit.

Setakat point & shoot kemudian mengaku gambar itu dah tahap masterpiece, bagi aku tidak adillah.. (kesian org macam adik aku yg belajar bertahun2 untuk dapatkan Degree dalam Photography nya..). melainkan kalau kita betul-betul apply kan tips or trick yang ada- kemudian barulah hasil yang kita dapat itu--->20% dah nak sampai level Masterpiece.

Ini antara reminder untuk diri aku sendiri yang hanya tau point & shoot dan berharap pada filter Instagram sahaja.... hehe



10 tips photography mudah yang aku dapat dr Yahoo--> Click sini


1. Pilihlah kamera dan peralatan yang bersesuaian.
-->Sekarang terlalu banyak jenis kamera di pasaran. Fokus pada jenis subjek apa yang kita suka.(Sport?, Landsape? Potrait?...etc etc. Aku suka Sport!) - di situ lebih mudah untuk kita memulakan untuk memilih jenis kamera, lens yang sesuai, tripod dan lain-lain.

2. Fahami Kemampuan Kamera...
--> Setelah membeli kamera pilihan, ambik sedikit masa untuk memahami tentang fungsi ISO, Apeture, Shutter Speed- untuk kita tahu macamana kamera kita berfungsi dalam situasi2 yang berlainan...

3. Langkaui Kemampuan Kamera...!!
--> Selepas mengetahui kemampuan... Cuba untuk melangkaui apa kemampuan biasa kamera... eksperimen kan Shutter Speed di waktu malam untuk efek 'light trail'....Terokai Depth of Field dgn bermain dengan Aperture..

4. Merapat!!
--> Snap gambar objek/subjek pada satu jarak, dan kemudian bergerak rapat pada objek.... Belajarlah untuk memahami kesesuaian 'frame' dengan objek/subjek.... Perbandingan gambar antara dua jarak akan memberikan signifikasi berbeza.

5. Perhatikan cahaya..
--> Fikirkan bagaimana pengcahayaan akan memberi efek pada subjek kita. Gunakan berapa situasi pengcahayaan berbeza pada subjek untuk dapatkan keputusan yang berlainan.

6. Komposisi
--> Gambar yang hampir menjadi masterpiece pastinya punyai komposisi yang menarik. Itu pun baru hampir, kalau dah tahap masterpiece pulak?!! Fuh!! Paling mudah, ingat 'Rule of Third'. Kita cuma perlu bayangkan 9 petak yang menghasilkan 4 garisan pada subjek kita. Gunakan lah imiginasi persilangan 4 garisan itu sebagai panduan posisi subjek... Gambar akan lebih menarik dari pada asyik2 subjek berada di tengah2 gambar.... Learn the basic rule before you tend to break it..!!

7. White Balance
--> Tak perlu gunakan Tabita atau AuraWhite... Hanya perlu menukar setting White Balance pada situasi berbeza... Contohnya; Tungsten & Fluorescent setting pada situasi Sunset akan menghasilkan tone biru & purple pada langit.... (kot!)

8. Bila masa menggunakan FLASH
--> Built-in Flash pada kamera hanya sesuai untuk situasi tertentu sahaja..!! Biasanya untuk subjek yang berada beberapa meter dari lens kita. Pada masa ini cahaya dari flash yang terkena subjek akan memberi kesan terbaik.... jarak yang agak jauh, mungkin tidak.

9. Pastikan kamera anda sentiasa di sisi.
--> yup!! kita tak tahu bila masa peluang untuk mendapatkan shoot terbaik itu datang.... Pada yang hanya berharap pada kamera handphone yang hebat- tak menjadi masalah.

10. Ber ekperimen lah.... Belajar.... dan Enjoy!!
--> Hurrrmmmm..... Photography adalah antara cabang seni. Maka nya... tak ada penghujung untuk kita berhenti belajar benda-benda baru. Sentiasa perbaiki skill bila kita berpeluang untuk mendapatkan shoot terbaik!!!..

Aku suka pada tip & trick yang tak terlalu technical.... sebab itulah aku suka 10 tips photography di atas.....

Sekian!



Monday, May 6, 2013

Ujian aku 5 tahun lepas.....

Malam tadi Barisan Nasional baru saja lulus ujian PRU-13nya yang paling gentir.... walaupun bukan dengan cemerlang, tapi masih lagi berjaya dalam ujiannya....

5 tahun yang lepas, pada tarikh yang sama...... Aku juga melalui satu ujian. Ujian yang menentukan sama ada aku dapat berbakti kepada rakyat... ataupun terus menjadi orang biasa yang pentingkan hal kocek sendiri.... Dan Alhamdulillah... 5 tahun lepas, telah aku lulus dengan jayanya....

Ketika itu, sebelum aku di interview oleh para penal.... aku telah diminta untuk buat satu ujian sketches ... dan ini hasilnya (yang agak buruk strok drawingnya...)
"Soalan:- Anda dikehendaki untuk melakar rekabentuk produk kraf yang berkaitan dengan kepakaran bidang anda. Lakaran produk tersebut perlu disesuaikan mengikut situasi yang sesuai di mana mengambarkan ciri-ciri produk tersebut. Rekabentuk produk tersebut perlulah menepati kehendak pasaran semasa, tetapi masih mengekalkan ciri-ciri tradisional. Anda digalakkan untuk mencatatkan idea secara kasar pada lakaran tersebut untuk menyokong lakaran konsep. Anda bebas mengunakan medium untuk membuat lakaran. Anda perlu menyiapkan lakaran dalam masa 45 minit."

COKMAR HOLDER....

Aku pun tak tahu macamana idea cokmar holder ni boleh ada dalam otak aku.... dan terus menjadi lakaran di atas kertas ujian yang diberi.... (Tindakan bawah sedar aku...). Boleh kira detail juga explanation aku dalam sketches ini- dah macam technical drawing pun ada.

Kombinasi rehal, pending, motif songket & batik dan segala bagai idea mengarut yang datang untuk 10 minit pertama, dah cukup untuk hasilkan sketches ini.... Dalam kerja aku yang sebenar pun, tak mencapai tahap explanation konsep se detail ini..

Sebenarnya, aku baru terjumpa gambar ini. Dalam timbunan gambar-gambar koleksi 2008.....Oleh sebabkan tarikh ini ulang tahun ke-5 aku dalam Kraftangan. Aku tributekan posting ini untuk sketches yang menyebabkan segalanya menjadi kenyataan...


Alhamdulillah amin...


Wednesday, July 25, 2012

Logo Kemerdekaan ke-55 ~~ Dejavu...

Tahun 2009 yang lepas, tat kala aku masih setahun jagung sebagai pereka dalam gomen ni.... aku telah hantar ke Kuching Sarawak untuk kerja-kerja dekor untuk event Sambutan Hari Malaysia yang pertama di Padang Merdeka, Kuching- event yang telah menjadikan 16 September setiap tahun sebagai cuti umum. Kerja-kerja dekor ini melibatkan hiasan di persekitaran padang untuk menampakkan kemeriahan sambutan merdeka.....

Keadaan persiapan di padang seperti biasa sehinggalah tiba-tiba munculnya sesuatu yang men'jolok' mata aku. Pihak aku tak tahu menahu tentang grafik ini. Sama ada aku sorang sahaja yang tak boleh terima, atau memang orang yang approve kan design ini 'tak ada taste'.... Terkejut aku kalau grafik ini terus akan berada di atas pentas utama, di hadapan PM, dihadapan orang ramai tanpa ada yang sedar....

Maaf pada pereka yang bertungku-lumus menyiapkan design ini di Semenanjung, kemudian mencetaknya dan membiarkan mereka di Sarawak ini memasang dan melihatnya- kerja anda 'Hampas'..... Jauh dari standard budak lepasan Sijil. Yang aku pikirkan, mungkin ada orang yang akan menunding jari pada pihak kami jika ke'unik'an grafik itu dipersoalkan- orang akan kata- "kami kan yang memantau dekorasi acara di padang.....??!"

~ ~ ~ ~

 Alhamdulillah... ada yang sedar....

Walaupun lebih kurang sama sahaja dengan yang asal..... tapi inisiatif untuk Play Safe itu dah menyelamatkan keadaan.... Pada hari Full-Dress Rehearsal, keseluruhan grafik itu telah ditukar pada yang baru.  Daripada 'asal ada' kepada 'asal ada yg cantik sikit'- sudah cukup memadai..... Jadi acara itu berlansung tanpa ada tunding-menunding....

...AMAN...


~ ~ ~ ~ ~


Tiba-tiba 3 tahun kemudian...  
Toiinkk!!


  ait....(gosok mata). Muncul lagi?.... ingatkan dah mampus.....
Tapi kali ni betul-betul mampus...



Sekian Dejavu aku....

Friday, May 11, 2012

Superman on Spidey....

 

Quite confusing when a prominent superhero, that had its own trademark- still depends on others superhero (even different publisher) iconic font for their promotion... Yes! I'm talking about Superman:The Black Ring Vol 1& 2.

Its on a hard cover compilation of Action Comics Series which come in 2 volume. In 2007, there's already an issue on why Spidey Font appear on PS3 body console... here's what i got;-


In an interview with Official PlayStation Magazine, the PlayStation 3′s designer –Teiyu Goto– revealed how the Spider-Man letter font came to be used on the PS3. To quote Goto-san: “Take the PS2 logo – we created it to blend in with the rectangular shape of the console. Personally, I feel very strongly that the logo would not have looked right on PS3.

If you really look at the PS3 contour carefully, it is rounded when viewing the console in profile. Rather than creating a typography with all the risks that entails, it was wiser to use the one from Spider-Man, for which Sony has the rights.

It was also the wish of President Kutaragi, who insisted that I use this typography. In fact, the logo was one of the first elements he decided on and the logo may have been the motivating force behind the shape of PS3.”

Shame on you Man of Steel.... Not a good move BTW....

Read more: Why the Spider-Man letter font was used on the PlayStation 3




Photos are owned by respective owner(s)

Tuesday, January 3, 2012

HAPPY NEW YEAR!!!


Happy New Year 2012!


sempat lagi kan?... semalam di Bandung cuma boleh online Fb dari BB saja... Bukak blog dr BB akan merugikan perbelanjaan nanti.... jadi, aku masih mahu ucapkan...

Happy New Year 2012!

Friday, October 7, 2011

Tribute to Steve Job

" There goes my inspirational keynote presenter....  R.I.P Steve Jobs. :( :( "

My 1st reaction on FB after reading Yahoo News on the death of Steve Jobs....


Bila aku buka Apple.com, terus ada tribute page - gambar Steve Jobs dan tahun kelahiran & matinya dan condolence message dari Apple - 2 pages in remembering Steve Jobs



Walaupun kenal hanya dari artikel-artikel yang aku baca, Steve Jobs adalah antara orang yang sentiasa mengkagumkan aku... Jalan hidupnya yang keluar masuk Apple Inc pun dah menunjukkan dedikasinya pada minatnya sehingaa nafasnya yang terakhir... Bagi aku, Steve Job adalah salah seorang insan yang ditakdirkan dapat merubah cara hidup manusia dengan idea dan kegeniusan yang telah tuhan berikan padanya... (Kalau lah tuhan diberikan aku peluang yang sama...)

Pixar, Lucasfilm,Walt Disney dan tentunya Apple, merupakan syarikat-syarikat yang sentiasa melakukan 'Wonders!' dan semuanya punya sentuhan dari Steve Jobs. Apa saja sentuhannya, pasti 'turn into gold'.

Suatu masa dulu, bila aku punyai masalah dalam presentation idea aku pada khalayak ramai.... Steve Jobs juga menjadi sumber inspirasi aku dalam mencari tips untuk menjual idea dalam presentation ku... Apple Keynote pasti menjadi benda yang aku tunggu-tunggu untuk melihat bagaimana Steve Job ini memukau audience dengan fakta-fakta, ayat bombastik, dan hanya berbekalkan simple presentation yang sama setiap kali dia bercerita... itu aku kagum...

Harini, hilanglah salah seorang sumber inspirasi aku....

Rest in Peace 
Steven Paul "Steve" Jobs (February 24, 1955 – October 5, 2011)
 
 

Photos are owned by respective owner(s)

Tuesday, June 14, 2011

~Quote of the week~

Rimbun Dahan of Hijjas Kasturi




"Always thinking in getting a perfect contemporary look ~ but within a traditional mood... ..vice versa..."
Yes, i say this!

 Aku dah terlalu terikut untuk blend elemen kontemporari & tradisional 'ala-ala gomen'.... Sebenarnya lebih molek utk aku dapatkan elemen kontemporari secara zahirnya tapi tradisional secara batinnya.....atau sebaliknya... Dan 'mereka' takkan mudah faham... Biar kerja2 aku yang fahamkan 'mereka'. Sama seperti kerja2 mereka ini...appearance nampak modern dan kontemporari tapi mereka yang tinggal dan menggunakannya pasti akan merasa elemen kontranya....


South East Asia’s first carbon zero residence project by Sime Darby. Architect; Broadway Malyan


~Quote of the week~

Photos are owned by respective owner(s)

Wednesday, May 11, 2011

~Quote of the week~



"..Ya Allah, ku cari rezeki Mu yang halal di dunia ini... janganlah Kau tarik segala ilham dan bisikan hati yang telah Kau beri selama ini...."
 "....aku amat perlukannya...."


Yes, i say this!

~Quote of the week~ 

Wednesday, April 20, 2011

Out of the box (your box please)!!

 Sedang aku tersangat boringnya mendengar si penceramah yang tak habis-habis menyuruh kami berfikir 'out of the box'.... Dan bila penyelesaian yang diberinya pun aku anggap biasa... Aku mula pertikaikan 'Box' nya...

Hhhmmmmmm......



Mungkin kah...?? 

Tuesday, March 29, 2011

...Beginilah di tanahairku...


"  ....kalau boleh... yang sesuai, murah, tapi cantik dan senang nak maintain... "

Terngiang-ngiang ayat 'typical' Malaysian di telinga, sepanjang aku berada di Shanghai bila terpana melihat kemajuan negara komunis ini..... Negara China yg sinonim dengan kepakaran untuk meniru apa saja dalam kos yang cukup murah, tapi kadang-kala masih mampu untuk menghasilkan barang berkualiti dan tinggi nilai estetiknya. Adakah mereka juga mengamalkan 'prinsip' kita di atas?.
 
Bila sesuatu rekaan yang telah disesuaikan, murah dan nampak cantik tetapi sukar diselenggara/dijaga- dianggap gagal?  Di negara kita, apa yang aku nampak- kegagalan untuk membolehkan sesuatu rekaan mudah diselenggara adalah kelemahan pereka untuk mengikuti kriteria yang diberikan. Betul! itu aku setuju... Akan tetapi bila si pereka menetapkan bahawa untuk mudah diselenggara, rekaannya perlukan kos yang lebih flexible.... maka,  ini dapat mengurangkan risiko kegagalan rekaan. Inilah win-win situation yang perlu diambil kira.

Maintenace?- adakah perlu sesuatu itu mudah diselenggara (easy maintenance) bila kos membuatnya semula sudah murah...? Hhhmmm. Aku rasa ada sikit kekeliruan pada 'prinsip' kita ini....

Tuesday, March 22, 2011

~Quote of the week~


"..Kadang-kadang aku lebih rasa takut kalau design aku tak diterima oleh client, daripada design aku tak dibayar oleh client.... sebab kerja itu amanah dari tuhan, dan rezeki adalah ganjaran darinya.... bukan dari client"

Yes, i say this!

~Quote of the week~

Sunday, February 6, 2011

Kedai Pemurah


Di sek9 shah alam, ade sebuah kedai lampu yang tak pernah berhenti2 buat promotion.... Ada saja jualan rayalah, jualan cuti skolah lah, jualan penghabisan stoklah, jualan besar2an akhir tahun dan sekarang aku tgk... Promosi Tahun Baru. Depan kedai tu juga sudah ada huruf2 yg dah luntur colornya. Dan masih bersusun ayat "Big Promotion Lowest Price" yg aku rasa dah ada dari aku diploma di ITM kot.

Kalau dilihat dari luar, koleksi lampu kedai bolehlah dikatakan pelbagai... Dari koleksi chandelier mak datin sampailah koleksi lampu meja makcik2.... Tapi, yang buat aku jadi terpikir.... Adakah kedai2 begini yang akan buatkan kerja2 seorg ID menjadi leceh?

Kisah bermula bila penghuni a.k.a client ada kelebihan utk memilih item mereka sendiri mengikut koleksi yang terhad hanya di kedai seperti ini....hanya disebabkan harga yg murah...? Situasi yang pasti akan memuaskan hati si client... tp pasti tidak utk si designer. Tapi client a.k.a customer kan always right?!... Kebanyakkannya akan ikutkan saja.

Kadang-kadang si client sudah mula membeli barang2 ini awal sebelum mereka mencari designer.... Dan ada juga yang secara tiba2 membawa designer utk memilih terus item mereka dari kedai2 sebegini...

Kalau diikutkan keseluruhan projek, mungkin masalah ini kecil sahaja tapi bila dah menjadi habit pada semua bakal client.... Pasti akan melecehkan. Kadang menyebabkan designer itu sendiri pening utk mix & match item asalnya bertema. Dan finish produknya cuma sebuah design yang boleh kata 'harmoni' saja...

Taklah aku menyalahkan kedai mcm ni 100%. Mereka pun nak berniaga utk dptkan untung. Tapi sedikit sebanyak adalah menyumbang kot.... Pada yang bernasib tidak baik, bertemu dgn client ala-ala 'designer' pasti bila sudah hand-over, mungkin si designer terpikir sejenak- "dah mcm kontraktor aje, semua design dia yg pilih sendiri..."

Wednesday, December 22, 2010

"....sindrom Takpe Takpe semakin menjadi di hujung-hujung tahun ni.... ada gaya jadi pandemic kalau melarat ke tahun depan...."
Yes, i say this!

kalau aku ada masa, aku try explain balik ape tu sindrom takpe takpe....

Saturday, September 18, 2010

~Quote of the week~

"Manusia boleh dibezakan bila 'kuasa' yg ada/diberi, digunakan sebagai tanggungjawabnya ataupun sebagai kesempatan yang ada padanya;- tapi akan tidak dapat melawan apa yg telah ditakdirkan oleh Allah kepadanya"
Yes, i say this!

~Quote of the week~

Friday, July 30, 2010

~Quote of the week~

"What exactly is a Satisfaction? - is it the feeling of securing your design or seeing others failed theirs? ...I think designer must learn to accept both..."

Yes, i say this!


~Quote of the week~

Friday, July 16, 2010

~Quote of the week~

"better to look like an idiot if u want to work as smart as possible...."
Yes, i say this!


~Quote of the week~

Wednesday, June 23, 2010

Aku kata apa yang aku pikir...

Blog ini adalah blog ke-tiga dibawah jagaan aku.... bezanya dari 2 blog yang lain- blog ini akan aku gunakan utk mendokumenkan apa saja yg aku dengar, apa yang aku pikir, apa yang aku paham; tentang kehidupan aku sebagai seorg designer...

Ada golongan yang senang mengaku mereka Designer, dan ada juga yang takut nak guna title Designer. Terpulanglah... Aku percaya pada qadaq & qadar. Aku dah diberi peluang untuk memahami hidup yang singkat ini dari mata seorg pereka,dan aku takkan lepaskan begitu saja...

Semakin lama semakin aku paham tanggungjawab aku yang diamanahkan oleh Designer alam semesta - Yg Maha Esa.... Mungkin pendapat2 aku tidak disukai, atau tidak menepati kehendak sesiapa... tapi itulah aku. Diharap blog ini akan beri pandangan alternatif kepada mereka yang membacanya.. dan aku sentiasa dahagakan inspirasi.... sluuurrrpp!

Akhir kata, Assalamualaikum Dunia...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...