12 Mei depan sehingga 12 Ogos, Expo 2012 YEOSU - expo dwi-tahunan dunia akan berlangsung di Yeosu, Korea Selatan selama 3 bulan... Dan tak seperti World Expo 2010 Shanghai yang mana aku berpeluang untuk menyumbangkan sedikit design dalam Pavilion Malaysia, kali ini aku langsung tidak terlibat.... Tapi disebabkan kementerian aku antara yang bertanggungjawab dlm mempromosikan elemen-elemen kebudayaan negara- mustahillah penglibatan KPKK di ketepikan. Makanya akan ada beberapa member pejabat ku dihantar Korea untuk menguruskan hal-hal berkaitan dgn jualan atau demo kraf dalam Pavilion Malaysia.
Agak terkilan aku sebenarnya.... :( :( :(

Kali kedua dalam 4 tahun Asia dipilih untuk menganjurkan World Expo dan sebelum kembali ke Eropah. Milan dipilih untuk penganjuran 'Universal Exposition' pada tahun 2015, jadi rugilah jika aku terlepas peluang untuk pergi ke acara sebesar ini walaupun perlukan kos yag agak tinggi.... 4 kali aku ke tapak World Expo Shanghai (2 trip bersama office dan 2 trip persendirian), dan masih belum dapat aku cover keseluruhan Pavilion... lebih-lebih lagi bila dah dibuka kepada org ramai. Oleh kerana kali ini aku pasti terlepas trip sebagai official, aku akan cuba menafaat masa aku sebagai pelancong kesana..... InsyaAllah.
Aku akan sambung pasal Pavilion Malaysia secara terperinci dalam posting yang lain... Ada beberapa posting aku pasal World Expo Shanghai di Our Little big Planet
Photos are owned by respective owner(s)