For what i'm thinking of... what i'm doing... and what's inspire me... and this is how i see the world!

Tuesday, August 23, 2011

2011 Eidul Mall War - Armcorp Mall

Sebenarnya, pergi ke Armcorp Mall setiap kali hari Ahad dah menjadi rutin mingguan aku.... Sebulan, sekurang-kurangnya 2 kali aku (Akan atau perlu?) pergi ke sana. Lebih-lebih lagi Ahad lepas adalah Ahad terakhir sebelum menyambut Hari Raya (tepat Ahad minggu ini....) Mana tau ada barang-barang menarik mata menandang..... Tapi ada benda lain yang menarik pandangan aku.... 

'Dekor Aidilfitri di Armcorp Mall'
Pagar tumbang terkena aircond...... Cute kan?....
Aku rasa Mall Dekor paling SEMPOI aku penah tengok.... Main column yang di balut dengan canvas printed seakan-akan rumah kayu. Ditambah sikit daun nipah di atasnya sebagai atap dan lampu kelip-kelip... Pagar buluh beserta pelita.... (Comelnya... dah tumbang masa aku datang). Dan sedikit prop kuali dodol dan kelapa.... 

70% kriteria suasana rumah kayu dah ada, cuma personally aku rasa tak presentable- shoddy display..... Pemilihan canvas berbanding sticker juga boleh aku persoalkan.... tapi semuanya mengikut budget yang disediakan.... (aku cuba positifkan keadaan... hehehe). Tapi, ber-flea market di Armcorp Mall tak memerlukan ambiance raya seperti ini.... Mall ini sudah ada audiencenya sendiri yang juga sempoi... (mcm aku?)

Aku masukkan Armcorp Mall dalam 'Mall Hunting List' aku... dan tahun depan aku akan tengok dekor apa pula yang mereka akan buat.... (mungkin di tiang yang sama....) Cute!

Tuesday, August 9, 2011

2011 Eidul Mall War - KLCC....

Setiap kali menjelang hari raya, boleh dikatakan kebanyakkan shopping complex akan bersungguh untuk express mood raya di premis masing-masing... Ini penting untuk create mood raya pada pengunjungnya utk terus ter'pukau' bershopping raya di tempat mereka.... Selain menjadi 'crowd puller' dlm sesuatu shopping complex- juga menjadi venue untuk pengunjung bergambar kenang-kenangan..... Seakan sudah menjadi trend kepada shopping complex utama sekitar KL untuk berlawan antara satu sama lain- siapa lagi hebat dan siapa lagi gah dalam mengekpresi dan mempromosi mood raya pada pengunjung mereka... e.g KLCC, Pavilion, Mid Valley, OU, etc...

Center Court dan Main Entrance selalu menjadi kawasan pilihan menempatkan dekorasi bertema ini..... Di sinilah 1st impression setiap pengunjung yg datang ke Mall untuk melihat bersungguh mana mereka akan di'sambut'. Ini yang akan menentukan banyak mana atau lama mana mereka sanggup berada dan berbelanja di sana... Aku akan cuba lawat seberapa banyak shopping complex sekitar KL untuk melihat apa yang mereka lakukan untuk Aidilfitri 2011...

Suria KLCC sudah tentu menjadi tempat pertama yg aku survey(walaupun Pavilion lagi dekat dgn opis aku) kerana aku memang kerap kesana.... Center Court KLCC mengambil konsep 'halaman rumah kampung' dengan membina sebuah mock-up full-scale rumah kampung limas, bertanggakan rumah melaka lengkap dengan hiasan-hiasan bunga di sekitar rumah.... sungguh colorful!
Gabungan bunga hidup & tiruan

Full-scale rumah limas
Pentas persembahan menjadi salah satu kriteria utama ruang untuk aktiviti fashion show & live music yang telah dirancang sepanjang promosi. Positioning pentas ini juga penting untuk tidak kelihatan janggal dengan persekitaran dekorasi yang telah direka.... Di KLCC, pentas betul-betul dibina seakan sebahagian dari landing tangga....
Pentas Persembahan




































 
Selain dari dekorasi di Center Court, terdapat satu setting patio garden di depan entrance fountain dan hanging deco 'pokok kelapa' di sepanjang atrium di kedua-dua belah Ramlee dan Ampang Mall. Sepanjang passageway di setiap level juga dihiasi dengan hanging deco garden lattice - continuity dari patio di entrance fountain tadi....

Deco partio garden di Entrance Fountain
Hanging Deco 'Pokok Kelapa' di sepanjang atrium Ramlee & Ampang Mall....
Hanging Deco 'Pokok Kelapa' di atrium Center Court
Hanging deco lattice dengan wording 'Salam Aidilfitri di passageway setiap level...
Selepas KLCC, aku akan buat Mall Hunting untuk tengok deco mall lain plak... Harap lebih bagus dari KLCC yang aku rasa mereka agak 'So-So' tahun ni....


Saturday, August 6, 2011

1st "Man of Steel" Photo Release....

Henry Cavill sebagai 'Man Of Steel' baru - Photo: Warner Bros Pictures

WooWWw!! Aku terkejut bila tengok first image release filem terbaru Superman; Man of Steel yang bukannya dilakonkan oleh Nicholas Cage (tak update langsung aku pasal ura-ura Nic Cage dpt watak Superman baru tu... sebelum Brandon Routh; Superman Return lagi..) tapi oleh Henry Cavill??!. 
 
Nicholas Cage yang sepatutnya jadi Superman terbaru...????


So, ini membuatkan aku gatal tangan untuk buat sedikit research. Dan baru aku tau Superman; Man of Steel ni adelah reboot filem Superman... Jadi boleh katakan tiada kaitan langsung dari segi jalan cerita mana-mana Superman sebelum ni.. wah! refreshing!!

Arahan Zack Snyder (300, Watchmen) bersama Nolan Brothers - Chistoper & Jonathan (Batman Begin, Dark Knight, Inception!!) pasti dapat memberi versi baru tentang asal usul Superman mengikut olahan mereka. Seperti mana berjayanya filem superhero Batman; The Dark Knight.... Mengikut Screenrant.com, Snyder cuba untuk mengolah Superman; Man of Steel mengikut beberapa jalan cerita komik Superman yg agak popular ; "Superman Secret Origin" dan "Superman; Birthright" dengan cuba menyelami karekter Clark Kent dari awal sehingga dia menjadi superhero terhebat- Supeman.




Dari gambar ini, boleh aku katakan kostum baru Superman nampak lebih maskulin dari kostum Superman Return yg lepas... Fit pada muscle aktor, texture kostum yg jelas dan warna yang agak gelap- menunjukkan sedikit keseriusan watak Superman kali ini.... mungkin ekplorasi kepada karekter dark-side Superman. Yang lebih menarik... kembalinya logo 'S' Superman di dada dengan design yang lebih besar dan timbul!!. Seperti filem-filem sebelum Superman Return. (ini kerana cuma 'S' Superman Return yang agak kecil kerana ingin meniru 'S' asal Superman awal 30an)









Aku sebenarnya sangat berharap, untuk mana2 kemunculan filem Superman yang akan datang... logo 'S' merah hitam Alex Ross (Kingdom Come; 1996) dapat digunakan.... Kemudian dengan logo itu , Superman muncul watak cukup matang yang penuh penyesalan.... (kurang senyuman..)

Superman : Man Of Steel yang sepatutnya berada dipawagam December 2012 telah ditunda ke June 2013 disebabkan tidak mahu bersaing dengan filem blockbuster keluaran Warner Bros, The Hobbit An Unexpected Journey.

Silakan, kami akan tunggu... tunggu... dan terus menunggu...



Photos are owned by respective owner(s)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...