For what i'm thinking of... what i'm doing... and what's inspire me... and this is how i see the world!

Monday, April 16, 2012

Aku dan World Expo...

 

12 Mei depan sehingga 12 Ogos, Expo 2012 YEOSU - expo dwi-tahunan dunia akan berlangsung di Yeosu, Korea Selatan selama 3 bulan... Dan tak seperti World Expo 2010 Shanghai yang mana aku berpeluang untuk menyumbangkan sedikit design dalam Pavilion Malaysia, kali ini aku langsung tidak terlibat.... Tapi disebabkan kementerian aku antara yang bertanggungjawab dlm mempromosikan elemen-elemen kebudayaan negara- mustahillah penglibatan KPKK di ketepikan. Makanya akan ada beberapa member pejabat ku dihantar Korea untuk menguruskan hal-hal berkaitan dgn jualan atau demo kraf dalam Pavilion Malaysia.

Agak terkilan aku sebenarnya.... :( :( :(

Tahun ini Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) menjadi kementerian yang bertanggungjawab ke atas Pavilion Malaysia berdasarkan tema 'International Exposition' kali ini - 'The Living Ocean and Coast' yang mempunyai kaitan langsung dgn pengurusan alam sekitar. World Expo 2010 Shanghai bertemakan ‘Better City, Better Life’ diberi kepada Kementerian Pelancongan Malaysia mungkin sebagai mempromosikan produk pelancongan Malaysia- tapi aku tidak paham apa kaitannya pelancongan dan kehidupan di bandar??- dan hasilnya.... approach yang mengecewakan... Personally aku kata: sangat mengecewakan. Diharap kali ini, dapatlah Pavilion Malaysia setanding jiran sebelah- dulunya Pavilion Indonesia - yang menerima Bronze Medal dlm kategori Creative Display dan tergolong dalam 10 pavilion paling dilawati dalam Expo 2010.

 

Kali kedua dalam 4 tahun Asia dipilih untuk menganjurkan World Expo dan sebelum kembali ke Eropah. Milan dipilih untuk penganjuran 'Universal Exposition' pada tahun 2015, jadi rugilah jika aku terlepas peluang untuk pergi ke acara sebesar ini walaupun perlukan kos yag agak tinggi.... 4 kali aku ke tapak World Expo Shanghai (2 trip bersama office dan 2 trip persendirian), dan masih belum dapat aku cover keseluruhan Pavilion... lebih-lebih lagi bila dah dibuka kepada org ramai. Oleh kerana kali ini aku pasti terlepas trip sebagai official, aku akan cuba menafaat masa aku sebagai pelancong kesana..... InsyaAllah.


Aku akan sambung pasal Pavilion Malaysia secara terperinci dalam posting yang lain... Ada beberapa posting aku pasal World Expo Shanghai di Our Little big Planet




Photos are owned by respective owner(s)

Tuesday, April 3, 2012

Teaser poster - Man Of Steel

official teaser poster utk Man of Steel.......



Taken from IMDb; Photo by Warner bros. Picture.
Photos are owned by respective owner(s)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...